Panel of Experts Bantu Struktur Dasar Rumah Mampu Milik

Baru-baru ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melantik seramai 25 individu yang mempunyai kepakaran serta pengalaman luas dalam bidang perumahan bagi menganggotai Panel of Experts.

Pelantikan ini merupakan satu inisiatif strategik kementerian dalam menggembleng tenaga, mendapatkan pandangan serta cadangan pemegang taruh sektor perumahan dan juga penggabungan idea bersama pemain industri hartanah tempatan bagi membantu kerajaan melaksanakan pelan dasar perumahan terbaik untuk rakyat.

May be an image of 15 people, people standing and indoor

Ahli Panel of Experts ini dipilih berdasarkan latar belakang merangkumi keseluruhan industri hartanah dan perumahan antaranya  bekas pegawai tinggi kerajaan, ahli akademik, penyelidik, pakar perundangan, pemaju, persatuan pembeli rumah, ahli perbankan, ahli ekonomi dan wakil Majlis Belia Malaysia.

Setakat pada suku ketiga tahun 2021 terdapat lambakan rumah mampu milik yang tidak terjual sebanyak  7,729 unit pada harga RM300,000 ke bawah. Menerusi isu ini Panel of Experts telah diminta untuk mencari punca dan penyelesaian.

Sehubungan itu Panel of Experts akan membincangkan cabaran dan isu-isu yang membelenggu sektor perumahan seperti ketersediaan rumah, akses pemilikan rumah, kemampuan pemilikan rumah, kualiti perumahan dan daya huni.

May be an image of 5 people, people standing and text that says "Pengerusi Bursa Malaysia Berhad, Mantan Menteri di Jabatan Perdan Menteri"
May be an image of 5 people, people standing and suit

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berharap dengan perlantikan Panel of Experts ini, ia mampu membawa kepada pembentukan sebuah model baharu dalam aspek ekosistem keseluruhan penyediaan dan pemilikan rumah serta dapat menjayakan agenda Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu rumah mampu milik sebanyak 500,000 unit dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

May be an image of 1 person, standing and indoor

Tambah beliau lagi, dalam isu pemilikan rumah dan penyediaan rumah untuk rakyat, satu pendekatan baharu perlu dirangka bagi melebarkan akses pemilikan kediaman khususnya kepada generasi muda yang antaranya mempunyai masalah penyediaan wang pendahuluan atau deposit. Ini selaras dengan hasrat KPKT untuk menggalakkan generasi muda melalui kempen Miliki Rumah di Usia Muda.  

Panel of Experts ini  dianggotai oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan Pengerusi Bursa Malaysia Berhad, Tan Sri Arpah Abdul Razak, mantan Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Zamani Abdul Ghani, mantan Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Suraya Ismail, Pengarah Penyelidikan Khazanah Research Institute, Dato Soam Heng Choon, Presiden REHDA dan Faizul Ridzuan, Pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif FAR Capital.

KPKT komited dan bersungguh-sungguh dalam menangani isu perumahan negara menerusi inisiatif perlantikan Panel of Experts, dalam memastikan aksesibiliti perumahan kepada kumpulan sasar dapat dilaksanakan secara holistik selari dengan agenda dan fokus KPKT iaitu Liveable Malaysia.

Berikut adalah senarai penuh Panel of Experts KPKT.

  1. Tan Sri Ahmad Phesal bin Talib – Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur.
  2. Tan Sri Abdul Wahid bin Omar – Pengerusi Bursa Malaysia.
  3. Tan Sri Arpah binti Abdul Razak – Bekas Ketua Setiausaha KPKT.
  4. Tan Sri Ahmad Zaki Ansore – Bekas Ketua Pengarah (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
  5. Datuk Zamani Abdul Ghani – Bekas Timbalan Bank Negara
  6. Datuk Chung Chee Leong – Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas Berhad.
  7. Datuk Chang Kim Loong – Pengasas Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah
  8. Dato’ Soam Heng Choon – Presiden REHDA
  9. Dato’ Idzham Mohd Hashim – Ketua Pengarah Komersial ENRA Group
  10. Datuk Ezumi Harzani – Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia 
  11. Prof. Dato’ Mohd Fozi bin Ali – Profesor Kejuruteraan Awam UiTM
  12. Prof. Dr Abdul Hadi bin Nawawi – Profesor Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur UiTM
  13. Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri – Dekan Fakulti Ekologi Manusia UPM
  14. Dr. Suraya Ismail – Pengarah Penyelidikan di Khazanah Research Institute
  15. Puan Kalpana Sambasivamurthy – Peguam
  16. Abdul Murad bin Che Chik – Peguam
  17. Mohd Syahrul bin Ishak – Pengarah Urusan & Ketua Serantau Pengurusan Tunai, Kumpulan Perbankan Transaksi CIMB
  18. Encik Chen Yin Heng Ketua Pegawai Eksekutif Prokhas Sdn Bhd
  19. Sufian bin Abdullah –  Bekas Ketua Pegawai Eksekutif KWEST Sdn Bhd
  20. Jufitri bin Joha – Presiden Majlis Belia Malaysia
  21. Shahril Sufian bin Hamdan – Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri
  22. Hamdan bin Abdul Majeed- Pengarah Urusan Think City
  23. Au Foong Yee – Editor Emeritus The Edge
  24. Faizul Ridzuan – Pengasas & Ketua Pengarah Eksekutif FAR Capital

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka selepas ini susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman daripada pihak bank.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI