Jualan Automotif Kumpulan UMW Meningkat Sebanyak 20.4% Pada Bulan Januari 2022

Kumpulan UMW membuka tirai 2022 dengan baik apabila kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, mencatatkan peningkatan bagi jualan automotif pada bulan Januari.  Kumpulan telah mendaftarkan sebanyak 24,972 unit jualan kenderaan pada bulan Januari 2022, 20.4% lebih tinggi berbanding 20,740 unit yang didaftarkan pada bulan Januari 2021, disokong oleh  usaha untuk memenuhi jumlah tempahan yang menggalakkan yang telah tertunggak.

Jualan kenderaan UMWT pada bulan Januari 2022 meningkat hampir dua kali ganda dengan 7,528 unit, 95.8% lebih tinggi berbanding 3,845 unit yang didaftarkan pada bulan yang sama pada tahun 2021.  Toyota Vios, Hilux dan Yaris terus menjadi model terlaris bagi UMWT pada bulan  Januari.  Memperluaskan penawaran produknya ke arah kenderaan elektrik, UMWT telah melancarkan Toyota Corolla Cross pada 14 Januari 2022, Kenderaan Elektrik Hibrid (“HEV”) pertama dengan pemasangan tempatan di platform Toyota New Global Architecture (“TNGA”).  UMWT yakin pelancaran itu akan membuka jalan dalam memperkenalkan lebih banyak HEV dan kenderaan elektrik di Malaysia sekiranya terdapat pengguna yang berhasrat untuk ke arah pemanduan yang lebih bersih, dan terbukti daripada tempahan yang menggalakkan bagi Corolla Cross HEV itu sejak ia dibuka untuk tempahan bermula pada bulan Oktober 2021.  Ia juga selaras dengan matlamat kumpulan untuk mencapai objektif neutral karbon menjelang 2050.

Sementara itu, Perodua mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 17,444 unit pada bulan Januari 2022, 3.2% lebih tinggi berbanding 16,895 unit yang didaftarkan pada bulan Januari tahun 2021.  Perodua mensasarkan jumlah jualan kenderaan sebanyak 247,800 unit pada tahun ini, peningkatan sebanyak 30% berbanding 190,291 unit yang dijual pada tahun 2021.  Perodua merancang untuk meningkatkan pengeluaran kepada 265,900 kenderaan pada tahun ini dan dalam pada itu, akan membeli komponen sumber tempatan yang bernilai RM7.5 bilion pada 2022 yang akan terus membawa kebaikan terhadap industri automotif tempatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami sangat berbesar hati dengan jumlah jualan kenderaan yang memberangsangkan yang didaftarkan oleh kedua-dua UMWT dan Perodua pada bulan Januari 2022.  Kumpulan menjangkakan jualan kenderaan bagi automotif akan berterusan pada masa yang akan datang yang disokong oleh pengenalan model baharu yang menarik serta pengecualian cukai jualan. Persatuan Automotif Malaysia (“MAA”) juga meramalkan bahawa jualan keseluruhan industri (“TIV”) akan meningkat hampir 18% kepada 600,000 unit pada 2022, disokong oleh unjuran pertumbuhan KDNK antara 5.5% dan 6.5% bagi tahun 2022, sokongan berterusan daripada kerajaan serta peningkatan terhadap keyakinan pengguna. Kedua-dua UMWT dan Perodua akan terus memberikan fokus dalam memperkenalkan model baharu dan kemaskini serta menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik bagi memenuhi keperluan dan harapan pelanggan kami untuk mencapai sasaran kami pada tahun 2022.”

Mengenai UMW

Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat serantau yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada empat segmen perniagaan teras – Automotif, Jentera, Pembuatan & Kejuruteraan dan Aeroangkasa.  Ia kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 18,000 orang, termasuk Perodua.

UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri – dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pihak yang berkepentingan.

Sumber: UMW Corporation Sdn Bhd

Belum Terlambat, Masih Sempat Untuk Belajar

Ingat, pasaran saham tidak kalis rugi. Harga saham akan bergerak. Naik, turun atau duk situ saja. Namun begitu, pelaburan saham telah lama terbukti menjadi salah satu instrumen pelaburan yang paling menguntungkan. Paling penting, gunakan modal dari duit lebihan sahaja supaya tidak serabut dan kusut bila rugi.

Nak melabur saham tapi tak tahu caranya?

Dah mula melabur tapi asyik rugi?

Nak tahu cara cari saham yang boleh dibeli?

Nak tahu analisis teknikal untuk ‘entry’?

Banyak ilmu pelaburan saham turut dikongsikan secara percuma di TheKapital. Jika anda ingin mendapatkan ilmu-ilmu eksklusif berdasarkan kepada tajuk-tajuk yang lebih mendalam, dapatkan ilmu tersebut di sini >> Produk TheKapital

Previous ArticleNext Article

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI