FamilyMart Ada Di Mana-Mana, Tapi Boleh Ke Kita Buka Francais Sendiri?

Makanan dan minuman di kedai Family Mart merupakan antara pilihan rakyat Malaysia. Pelbagai pilihan makanan dijual untuk memudahkan kehidupan harian rakyat Malaysia seperti Oden, aiskrim, Onigiri, Bento, Pasta, sandwic, pencuci mulut dan banyak lagi.

Jika anda salah seorang pelanggan setia Family Mart, sayang sekali jika anda tidak menjadi sebahagian daripada perniagaan syarikat itu.

Tahukah anda sebenarnya anda boleh menjadi sebahagian dari pemilik Family Mart?

Family Mart Malaysia dimiliki oleh QL Resources Berhad dan saham QL Resources didagangkan di Bursa Malaysia.

QL Resources Berhad didagangkan di Papan Utama Bursa Malaysia dengan simbol “QL”. Paling penting adalah saham ini berstatus patuh syariah.

Kedai Family Mart pertama yang dibuka di Malaysia adalah pada November 2016. Sejak itu, semakin banyak Family Mart telah dibuka di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Pulau Pinang. 

Syarikat QL Resources Berhad

QL Resources berusaha untuk memberi sumbangan positif kepada masyarakat melalui lima aktiviti utama iaitu:

  1. Pengeluaran produk makanan laut
  2. Produk makanan pengguna
  3. Peruncitan
  4. Minyak sawit dan teknologi alam sekitar
  5. Produk ternakan

Prestasi Kewangan QL Resources

Prestasi kewangan QL Resources nampak masih kukuh, tetapi momentum pertumbuhannya mula perlahan.

Hasil syarikat meningkat daripada RM6.24 bilion pada tahun kewangan 2023 kepada RM6.65 bilion pada 2024 dan seterusnya RM7.05 bilion pada 2025. Namun bagi tahun kewangan 2026, hasil hampir tidak berubah apabila mencatatkan RM7.04 bilion.

Keuntungan bersih pula menunjukkan peningkatan yang agak baik sejak beberapa tahun lalu. Daripada RM346.82 juta pada 2023, keuntungan bersih meningkat kepada RM437.85 juta pada 2024 dan RM455.08 juta pada 2025.

Bagaimanapun, bagi tahun kewangan 2026, keuntungan bersih susut sedikit kepada RM450.32 juta, iaitu penurunan sekitar 1%.

Lebih menarik untuk diperhatikan ialah keuntungan operasi. Ia turun daripada RM710.29 juta kepada RM671.53 juta, penurunan sekitar 5%, walaupun hasil syarikat hampir tidak berubah. Ini menunjukkan terdapat sedikit tekanan terhadap kos dan margin operasi syarikat.

Namun keadaan ini belum boleh dianggap sebagai kemerosotan besar. Margin keuntungan bersih QL Resources masih sekitar 6.4%, lebih tinggi berbanding sekitar 5.6% pada tahun kewangan 2023.

Secara keseluruhannya, QL Resources masih sebuah syarikat yang mencatatkan keuntungan yang kukuh. Cuma selepas beberapa tahun menikmati pertumbuhan yang baik, prestasi terkini menunjukkan syarikat mungkin sedang melalui fasa pertumbuhan yang lebih sederhana.

Yang menjadi persoalan sekarang ialah penilaiannya.

Pada harga saham sekitar RM4.05 dan nilai pasaran sekitar RM14.78 bilion, berbanding keuntungan bersih RM450.32 juta, nisbah harga kepada pendapatan kasarnya berada sekitar 33 kali.

Persolannya:

“Prestasi masih solid, tapi untung dah mula mendatar. Persoalannya, harga saham QL sekarang masih berbaloi ke?”

TempohPrestasi Saham QL
Hari ini (27 Julai 2026)
1 hari🟢 +2.02%
1 minggu🟢 +3.85%
1 bulan🟢 +7.14%
3 bulan🟢 +4.65%
6 bulan🟢 +0.50%
1 tahun🔴 -7.95%
Sejak awal tahun (YTD)🟢 +6.86%

Kalau tengok prestasi harga saham QL Resources pula agak menarik.

Dalam tempoh setahun, saham QL masih turun 7.95%. Tetapi sejak awal tahun, ia sudah naik 6.86%. Momentum jangka pendek pun nampak positif dengan sebulan naik 7.14%, tiga bulan naik 4.65% dan seminggu naik 3.85%.

Maksudnya, walaupun prestasi kewangan terkini agak mendatar, harga saham nampak sedang cuba pulih selepas prestasi lemah sepanjang tempoh setahun.

Ini hanyalah contoh. Ada banyak lagi saham syarikat lain yang boleh diperhatikan. Jika masih belum terlibat, bukalah akaun CDS sekarang.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.