Sektor-Sektor Saham Di Bursa Malaysia

Dalam pasaran saham Bursa Malaysia ada pelbagai sektor. Sektor-sektor ini wujud hasil daripada perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersenarai serta kebanyakan industri yang ada di Malaysia. 

Di Bursa Malaysia ada 13 sektor secara keseluruhannya. 13 sektor tersebut adalah seperti gambar rajah di bawah.

Sumber: Bursa Malaysia

30 saham dengan modal pasaran terbesar pula membentuk indeks FBM KLCI. 

Jika dipecahkan kepada pasaran pula, Bursa Malaysia dikategorikan kepada 3 papan iaitu Pasaran Utama, Pasaran ACE dan Pasaran LEAP. 

Sumber: Bursa Malaysia

Kami ulaskan serba sedikit setiap sektor yang ada di Bursa Malaysia.

1. Pembinaan (Construction)

Sektor pembinaan adalah antara penyumbang utama pembangunan ekonomi negara serta menentukan hala tuju infrastruktur sesebuah negara. Sektor pembinaan boleh terbahagi kepada tiga sub sektor seperti kejuruteraan awam, kediaman dan bukan kediaman. 

Syarikat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung adalah seperti syarikat pembinaan, pengeluar bahan binaan dan penyedia servis berkaitan pembinaan. 

Sebagai seorang pelabur sudah pastinya kita ternanti-nantikan projek mega yang bakal diumumkan oleh kerajaan.

2. Servis & Produk Pengguna (Consumer Products & Services)

Sektor pengguna merupakan antara sektor defensif kerana servis & produk daripda sektor ini merupakan keperluan kehidupan harian. Sebagai contoh makanan & minuman. Tidak kiralah berlakunya pandemik sekalipun, orang ramai tetap perlu makan & minum setiap hari. 

Oleh itu, sektor ini jarang terjejas sekiranya berlakunya krisis atau pandemik. Maka, tidak hairan jika syarikat sektor ini juga mampu memberi dividen secara konsisten.

3. Tenaga (Energy)

Sektor tenaga boleh dikategorikan kepada beberapa sub sektor contohnya seperti minyak & gas dan penyedia tenaga hijau.

Pergerakan harga saham syarikat minyak & gas amat volatile dan sangat berkait dengan harga semasa minyak mentah dunia terutamanya Brent Crude Oil dan WTI Crude Oil. Bagi tenaga hijau pula, saham berkaitan akan dipengaruhi oleh polisi tenaga hijau sesebuah negara.

4. Servis Kewangan (Financial Services) 

Sektor servis kewangan pula terdiri daripada syarikat-syarikat dalam sektor perbankan, insuran dan lain-lain. Beberapa syarikat sektor servis kewangan membentuk indeks FBM KLCI. Untuk pengetahuan anda, majoriti saham sektor servis kewangan adalah tidak patuh syariah. Antara yang patuh syariah adalah BIMB Holdings, Bursa Malaysia, RCE Capital dan Syarikat Takaful Malaysia. 

5. Penjagaan Kesihatan (Healthcare)

Syarikat yang dikategorikan di bawah sektor penjagaan kesihatan adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan, produk kesihatan serta produk kegunaan hospital seperti sarung tangan perubatan, pelitup muka dan banyak lagi.

Maka tidak hairanlah saham syarikat sarung tangan menjadi rebutan ketika di awal pandemik Covid-19.

6. Servis & Produk Industri (Industrial Products & Services)

Sektor ini merupakan sektor yang sangat luas kerana terdapat banyak sub-sektor. Antaranya adalah bahagian automobil, bahan binaan, kimia, besi, pembungkusan, perkayuan, kejuruteraan & servis industri.

Pendek kata semua yang berkaitan dengan industri jatuh pada sektor ini. 

7. Perladangan (Plantation)

Di Malaysia, syarikat yang tersenarai di bawah sektor perladangan adalah majoritinya menjalankan perniagaan perladangan kelapa sawit. Harga komoditi sawit sudah tentunya mempengaruhi harga saham sektor perladangan. Baru-baru ini harga minyak sawit mentah melonjak tinggi dan berjaya mencapai paras tertinggi dalam sejarah. Hal ini secara tidak langsung turut melonjakkan saham berkaitan perladangan kelapa sawit.

8. Hartanah (Property)

Sektor hartanah merangkumi syarikat yang melabur dalam hartanah melalui pembangunan, pelaburan dan pemilikan termasuklah penyedia perkhidmatan hartanah seperti broker, agensi, syarikat pajak, syarikat pengurusan serta syarikat yang menyediakan servis nasihat.

9. Amanah Pelaburan Hartanah (REIT)

Amanah pelaburan hartanah yang memfokuskan pelaburan dalam portfolio hartanah yang mampu menjana pendapatan seperti pusat membeli-belah, hotel, pejabat, dan pangsapuri.

Tahukah anda bagaimana REITs berfungsi?

REITs adalah instumen pelaburan yang membolehkan seorang individu membeli hartanah mahal atau mewah pada harga mampu milik. Dengan kata mudah, saham hartanah komersil yang disenaraikan di Bursa Malaysia diuruskan oleh pemaju hartanah tersebut. 

Pelabur pula mendapat pulangan dari hasil sewa, caj pengurusan hartanah dan lain-lain.

10. Teknologi (Technology)

Teknologi merupakan antara sektor terpenting bagi sebuah negara membangun. Revolusi teknologi berkembang dengan sangat pantas dan semua negara pastinya tidak mahu ketinggalan.

Antara industri yang boleh dikategorikan di bawah sektor teknologi adalah servis digital, semikonduktor, perisian, peralatan teknologi dan banyak lagi. Teknologi di negara ini mungkin masih lagi terhad jika dibandingkan dengan negara barat yang sudah jauh di hadapan dari sudut kemajuan teknologi.

Walaubagaimanapun, kita boleh berbangga kerana banyak pelabur asing yang melabur di negara ini dengan menubuhkan kilang pengeluaran dan pemasangan di negara ini. Ini mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan ekonomi negara.

11. Telekomunikasi & Media (Telecommunications & Media)

Syarikat di bawah sektor ini terdiri daripada syarikat media, peralatan telekomunikasi dan penyedia servis telekomunikasi.

12. Pengangkutan & Logistik (Transportation & Logistics)

Sektor ini merangkumi sektor yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan termasuk syarikat yang menguruskan lapangan terbang, pelabuhan, pembekal kurier dan perkhidmatan logistik.

13. Utiliti (Utilities)

Sub sektor bagi utiliti adalah elektrik, air dan gas. Sektor utiliti juga boleh dianggap sebagai sektor defensif kerana setiap hari kita menggunakan elektrik, air dan gas bukan? Tidak kira dalam apa jua situasi, orang ramai tetap masih menggunakan utiliti untuk menjalani kehidupan harian. 

Nak belajar tutorial cari saham mengikut sektor? Rujuk artikel di bawah kerana dalam artikel tersebut kami kongsikan step by step cari saham mengikut sektor menggunakan laman sesawang Bursa Malaysia. 

Baca : Tutorial : Cari Saham Mengikut Sektor

Sekiranya anda ada laman sesawang lain untuk pilih saham mengikut sektor juga tidak menjadi masalah. Anda bebas memilih platform yang memudahkan diri anda.

Pastikan pelaburan yang dibuat adalah patuh syariah ya.

Baca : Kenali Produk Patuh Syariah Dalam Bursa Malaysia

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.