Selamat Ke Pakai Smart Door Lock Untuk Rumah?

Trend menggunakan smart door lock tidak lagi asing di kebanyakan kediaman high rise dan landed di Malaysia. 

Suatu ketika dahulu, teknologi yang mahal ini popular digunakan di premis perniagaan dan lot-lot komersial. 

Hari ini, teknologi semakin berkembang pesat dan mampu milik lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan keselamatan. 

Apa yang bagus adalah, kesedaran menambah sistem keselamatan di kediaman untuk diri dan keluarga semakin meningkat. 

Smart door lock ini tidak terbatas di kediaman high rise mewah sahaja, pemilik rumah landed juga banyak yang menggunakan teknologi dengan ciri keselamatan tinggi ini. 

Isunya, selamatkah bergantung harap pada smart door lock secara total? 

Adakah sistem smart door lock ini boleh digodam? 

Jom ikut penjelasannya dalam artikel ini. 

Selamat Ke Pakai Smart Door Lock? 

Sebelum penulis menjawab persoalan-persoalan di atas, ada baiknya anda didedahkan dengan beberapa fakta penting berkenaan smart door lock ini terlebih dahulu. 

Apa Itu Smart Door Lock? 

Secara asasnya, smart door lock sama dengan sistem kunci biasa mekanikal dari sudut mekanisme. 

Akan tetapi, perbezaannya terletak pada cara membuka kunci tersebut. 

Smart door lock hanya boleh diakses menggunakan salah satu :- 

  • Biometrik
  • Akses kad 
  • Kod laluan 
  • Token keselamatan

Apa Fungsi Yang Ada Pada Smart Lock? 

Setiap smart door lock mempunyai fungsi berbeza mengikut jenis dan spesifikasinya. Hari ini, ada smart door lock yang direka dengan fungsi keselamatan tambahan dan ‘custom’ mengikut keperluan dan kehendak pemilik rumah. 

Fungsi smart door lock adalah :- 

  • Sistem penggera yang mengesan cubaan pecah masuk 
  • Pelepasan pintu secara automatik apabila kebakaran berlaku 
  • Notifikasi menerusi aplikasi smartphone untuk yang akses yang berjaya dan gagal

Berapa Harga Smart Door Lock Untuk Rumah? 

Semakan secara online di portal iPrice untuk harga smart door lock setakat bulan Mac 2022 adalah di antara RM712 – RM3,088. 

Jenis smart door lock paling popular di Malaysia adalah :- 

  • Yale YDR343 / 343 : RM 712.00
  • Xiaomi Smart Door Lock E : RM899.00
  • Samsung SHP-DH537 : RM1,385.00
  • Samsung SHP-DR708 : RM2,749.00
  • Philips EasyKey 7300 : RM1,688.00
  • Philips EasyKey 9300 : RM3,088.00

Fungsi setiap smart door lock adalah berbeza mengikut spesifikasi, jenama dan harga.

Jenis Smart Door Lock Yang Anda Boleh Guna Untuk Rumah 

Soal keselamatan diri dan keluarga di rumah adalah sangat penting dan anda sewajarnya gunakan smart door lock yang sesuai dengan bajet anda. 

Sistem keselamatan smart door lock terbukti mampu mengelakkan diri dan keluarga anda daripada jenayah dan rumah anda selamat daripada dipecah masuk. 

Berikut merupakan jenis smart door lock yang anda boleh guna untuk rumah anda. 

  • Push Button Smart Lock 

Sesuai digunakan pada pintu utama dan pintu bilik rumah atau pejabat.

Gambar : SAVAAG

Merupakan teknologi terawal untuk smart door lock dan hanya boleh diakses apabila individu tersebut mempunyai kata laluan yang tepat sahaja. 

  • Combination Smart Door Lock 

Pilihan paling popular di Malaysia khususnya buat kedai, pejabat, hotel dan kediaman. 

Gambar: Key Plus

Sistem keselamatannya adalah gabungan antara kunci standard, pengimbas cap jari, kad akses dan kod laluan.

Anda boleh tetapkan jenis akses keselamatan yang anda inginkan menggunakan smart door lock jenis ini. 

  • Keyless Door Lock 

Paling banyak digunakan di kebanyakan rumah dan pejabat dan digunakan bukan sahaja pada pintu utama, bahkan pada pintu bilik. 

Gambar : Currys

Selain kerana harganya yang lebih mampu milik, pengguna yang menggunakan sistem ini biasanya individu yang tidak inginkan sebarang penggunaan kunci. 

Penggunaannya adalah lebih praktikal kerana anda tidak perlu mencari kunci rumah untuk keluar dan masuk rumah/bilik pada bila-bila masa. 

Selamat Ke Pakai Smart Door Lock? 

Ya, penggunaan smart door lock lebih selamat dan praktikal berbanding menggunakan kunci biasa. 

Anda tidak perlu risau kehilangan kunci rumah kerana diri anda adalah kunci untuk masuk ke rumah anda. 

Risau orang lain tahu kod laluan? Anda boleh tukar bila-bila masa. 

Dengan smart door lock ini, anda boleh lihat siapa yang akses dan gagal membuka pintu menggunakan smartphone.

Ada juga model tertentu smart door lock yang mempunyai kamera tersembunyi. 

Adakah smart door lock boleh digodam?

Jawapannya, ya. 

Sebagai langkah keselamatan, anda perlu sentiasa kemas kini aplikasi smart door lock di smartphone dan hardware tersebut supaya anda menggunakan sistem keselamatan terkini. 

Dan tentunya, belilah jenama yang ada reputasi dalam pembuatan sistem keselamatan seperti Yale, Philips dan SAMSUNG. 

Kesimpulannya, smart door lock perlu sentiasa diselenggara supaya mampu berfungsi pada kadar maksimum setiap masa. 

Anda juga perlu sentiasa semak kadar bateri pada smart door lock, kemaskini aplikasi dan sambungan WiFi ke smart door lock berada pada kadar optimum. 

Tips terakhir adalah, bersihkan pemegang pintu dan skrin LCD smart door lock dengan lembut supaya tidak merosakkan komponen elektronik. 

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka selepas ini susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman daripada pihak bank.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

Axis REIT: Pengambilalihan Kedua Tahun Ini

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR2.42 dikekalkan, potensi kenaikan harga saham sekitar 20%, dengan kadar hasil dividen 5.2% untuk FY26F

Axis REIT telah mengumumkan pengambilalihan keduanya untuk tahun 2026, iaitu sebuah perjanjian jualan dan pajakan semula bernilai MYR128j dengan City-Link Express (M) untuk sebuah pusat pengedaran di Bandar Saujana Putra, Selangor. Kami memandang agak positif akan perkara ini kerana ia masih menepati strategi REIT ini untuk memperoleh aset-aset perindustrian yang memberikan kenaikan hasil sambil menyokong sasaran pengambilalihan pihak pengurusan sebanyak kira-kira MYR350j sepanjang FY26-27.

Butiran mengenai pengambilalihan

Axis REIT mengambil alih hartanah ini dengan bayaran tunai sebanyak MYR128j (kira-kira 2% daripada jumlah aset), yang dibiayai menerusi pembiayaan bank sedia ada. Hartanah ini sekarang dihuni 100% oleh pemilik dan akan dipajak semula kepada City-Link Express untuk tempoh tetap selama 15 tahun, dengan kenaikan sewaan yang dipersetujui semasa tempoh pajakan. Pengambilalihan ini menawarkan pendapatan berulang yang stabil, dengan sokongan daripada struktur pajakan semula yang panjang dan kadar hasil kasar awal yang baik sebanyak 6.2%.

Pengambilalihan ini dijangka selesai pada 4Q26. Selepas perjanjian selesai dimeterai, paras hutang Axis REIT dijangka meningkat kepada kira-kira 35.1%, dengan ruang untuk mengambil pinjaman sekitar MYR840j lagi (berdasarkan penyata kewangan 1Q26 yang terkini).

Butiran mengenai hartanah

Aset ini terdiri daripada dua tanah komersial bersambung dengan status pegangan pajakan selama 99 tahun (baki tempoh pajakan lebih kurang 68 tahun), di samping bangunan-bangunan pusat pengedaran, blok pejabat dan fasiliti sokongan. Hartanah ini mempunyai jumlah kawasan boleh disewakan sebanyak kira-kira 355 ribu kps (sekitar 2% daripada jumlah NLA) dan terletak di Bandar Saujana Putra dengan akses kepada Rangkaian Pusat Lebuh Raya Utara Selatan E6 atau ELITE, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuh Raya Pesisir Barat (WCE), dan Lebuh Raya Shah Alam atau KESAS. Hal ini menyokong kegunaannya sebagai hab logistik dan pengedaran.

Pandangan kami

Kami memandang agak positif akan perjanjian ini, dan setelah ia selesai, kami menjangka ia akan memberikan sumbangan positif mulai FY27, dengan pendapatan sewaan tahunan sekitar MYR7.9j (kira-kira 2% daripada hasil FY27). Perkara ini diterjemahkan kepada kadar hasil kasar sebanyak 6.2% sebelum mengambil kira kos pembiayaan yang berkaitan dengan pinjaman baru. Kami menjangka pengambilalihan ini secara bersihnya akan menaikkan kadar hasil semasa Axis REIT untuk FY27F sebanyak 5.3%.

Sementara itu, tempoh pajakan semula selama 15 tahun kepada pengendali sedia ada, di samping kenaikan sewaan yang termasuk dalam perjanjian, menawarkan prospek jelas untuk pendapatan dalam jangka sederhana. Walaupun ia dibiayai sepenuhnya menggunakan hutang, paras hutang Axis REIT selepas memeterai perjanjian ini masih dalam keadaan terkawal, dengan adanya kapasiti kunci kira-kira yang mencukupi untuk langkah pengambilalihan lain.

Ramalan dan penilaian

Sementara menunggu selesainya pengambilalihan ini dan bayangan lanjut daripada pihak pengurusan, kami kekalkan ramalan perolehan dan TP MYR2.42 yang diperoleh melalui kaedah DDM (dengan kiraan premium ESG 2% kerana markah REIT ini ialah 3.1), iaitu kadar dividen kira-kira 5% untuk FY26F mengikut TP. Risiko negatif: Tiada pembaharuan bagi pajakan-pajakan REIT yang tamat tempoh, kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah daripada jangkaan, dan cadangan pengambilalihan aset terbatal.

Asas Penilaian

Model diskaun dividen (DDM)

Faktor Pemacu Utama

Permintaan lebih tinggi untuk hartanah perindustrian yang disokong oleh penembusan pasaran e-dagang yang berterusan, penstrukturan semula rantai bekalan dan kemasukan pelaburan asing langsung yang kukuh dalam segmen pembuatan.

Risiko Utama

i. Pajakan yang tamat tempoh tidak diperbaharui
ii. Kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah berbanding jangkaan
iii. Cadangan pengambilalihan aset dibatalkan

Profil Syarikat

Axis REIT sebuah REIT yang mempunyai portfolio perniagaan pelbagai, dan berpengkhususan dalam hartanah komersial dan perindustrian.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.