Cara Mudah Bina Tabung Kecemasan Untuk Keluarga

Duit sememangnya diperlukan oleh kita tambah-tambah lagi apabila mengalami kecemasan. Setujukah anda bahawa tabung kecemasan itu sangat penting?

Tabung ini sememangnya sangat penting untuk kegunaan kecemasan ketika mengalami masalah kewangan.

Biasanya untuk membina tabung kecemasan memerlukan cara yang tersendiri. Tanpa cara atau langkah yang betul, pasti tabung kecemasan tidak dapat dibina dengan baik. Dalam entri ini, kami akan kongsikan cara bina tabung kecemasan untuk keluarga.

1. Rancang Simpanan Kewangan

Sebaik sahaja anda mempunyai rancangan kewangan, pastikan anda mengikuti rancangan yang telah dibuat tanpa kompromi. Pastikan ada tidak sesekali tersasar dari matlamat yang telah anda rancangkan. Untuk merancang simpanan kewangan anda, anda perlulah menilai pendapatan bersih anda dengan jumlah yang ingin disimpan dalam tabung kecemasan.

Pastikan anda mengasingkan jumlah perbelanjaan keseluruhan daripada pendapatan bersih anda. Melalui jumlah baki pendapatan anda, ambil 10% untuk disimpan dalam tabung kecemasan. Pastikan jumlahnya tetap setiap bulan untuk memastikan tabung kecemasan anda berkembang secara konsisten dan banyak.

2. Jangan ‘Hangat-Hangat Tahi Ayam’

Antara cabaran dalam menjalankan tabung kecemasan adalah memiliki keazaman yang konsisten dan ramai orang biasanya akan berhenti selepas 6 atau 8 bulan melakukan tabung kecemasan tersebut. Jadi, perkara tersebut perlu dielakkan dan jangan ‘hangat-hangat tahi ayam’

Apa yang patut anda lakukan adalah mengekalkan simpanan untuk tabung kecemasan tersebut. Ingat, jangan pernah sesekali mempunyai niat untuk menggunakan dana kecemasan bagi perkara yang tidak penting dan merugikan.

3. Elakkan Berhutang

Bagi membina tabung kecemasan untuk keluarga juga memerlukan kita mengelakkan diri daripada berhutang. Jadi, ukurlah baju di badan sendiri dan jika tidak mampu maka jangan sesekali membelinya. Kebanyakan daripada kita sering berhutang untuk perkara yang tidak penting seperti membeli telefon bimbit atau pun untuk melancong ke luar negara.

Tabiat seperti ini akan menyebabkan punca pendapatan bulanan anda menjadi semakin berkurangan kerana dibebani hutang. Jika terdesak untuk berhutang, pastikan anda membuat keputusan yang rasional. Jangan sesekali berhutang dengan jumlah yang tidak berkemampuan kerana ianya akan memburukkan lagi rekod CCRIS dan boleh menyebabkan tekanan hidup. 

4. Buat Kerja Sampingan

Bagi individu yang berpendapatan rendah, amat bagus sekiranya anda mendapatkan kerja sampingan bagi membina tabung kecemasan untuk keluarga. Dengan cara ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban pendapatan dan dapat meningkatkan simpanan tabung kecemasan untuk keluarga. 

Sebagai contoh, kerja sampingan yang anda boleh buat secara online adalah blogging, pereka grafik, pereka laman web dan sebagainya. 

Sebagai alternatif, anda juga boleh mendapatkan kerja sambilan di restoran atau mana-mana premis perniagaan yang sesuai dengan kemampuan anda.

5. Mengawal Perbelanjaan Yang Dilakukan

Dalam memastikan pembinaan tabung kecemasan untuk keluarga berjalan dengan lancar, anda perlu berfikir seperti seorang ahli perniagaan dan kesemua perbelanjaan mesti diambil kira. Apa yang penting, pastikan anda tidak berbelanja secara berlebihan dengan membeli barangan yang tidak menjadi keutamaan anda.

6. Sediakan Pelan Tambahan

Rancangan anda untuk membina tabung kecemasan untuk keluarga berjalan dengan jayanya, anda perlu mempunyai pelan tambahan yang kemas terlebih dahulu. Pelan tambahan ini akan menjadi panduan untuk anda mencapai matlamat bina tabung kecemasan untuk keluarga anda. 

Pelan terbaik adalah anda haruslah mempunyai sasaran kewangan yang jelas dan sebagai contoh, anda membuat simpanan sebanyak RM50 seminggu di dalam akaun tabung kecemasan untuk keluarga anda.

Kesimpulannya, cara di atas sememangnya antara cara terbaik dalam usaha untuk membina tabung kecemasan keluarga. Semoga dengan mengikuti cara di atas, tabung kecemasan anda akan mempunyai banyak wang. Ingatlah, tabung kecemasan ini amat diperlukan oleh sesiapa sahaja ketika mengalami masalah kewangan.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA