PLS Plantations Ditaraf Silver3 oleh RAM Sustainability

PLS Plantations Berhad (“PLS Plantations” atau “Syarikat”) hari ini  telah mengumumkan penarafan Silver3 mereka yang dianugerahkan oleh RAM Sustainability bagi  segmen perladangan dan perdagangan prinsipalnya, memperlihatkan kewujudan jurang dan titik  permulaan amalan ESG Syarikat ini yang mustahak bagi usaha penghutanan semula serta bagi sektor berkaitan perladangan. 

Penarafan kemampanan ini oleh RAM Sustainability, iaitu penyedia analitik ESG persendirian  terkemuka, merangkap prestasi kemampanan korporat Syarikat ini berdasarkan tema alam sekitar,  sosial, dan tadbir urus (ESG), serta garis panduan antarabangsa dan domestik yang relevan seperti  dokumen Perubahan Iklim dan Taksonomi Berasaskan Prinsip (CCPT) diusulkan oleh Bank Negara  Malaysia (BNM).  

Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif bagi PLS Plantations, Tan Sri Nazir Razak berkongsi, “Penarafan  tersebut memahat satu tanda aras bagi Syarikat ini dalam menetapkan strategi yang jelas dari segi  keutamaan dan bidang tumpuan kami, merentasi seluruh perniagaan dan operasi PLS Plantations,  khususnya sudut-sudut yang perlu ditambah baik. Tidak kurang pentingnya, ia menawarkan para  pemegang tara kami – pelabur, pengawal selia, rakan perniagaan, pembekal dan klien – suatu objektif  dan penilaian yang telus mengenai komitmen kami terhadap kemampanan, di samping tanggungjawab  kami sebagai pembekal, rakan perniagaan, dan majikan yang boleh dipercayai. PLS Plantations bekerja  keras dalam melaksanakan strategi untuk menjadi pembekal agromakanan serba mampan yang  terkemuka di Malaysia dalam jangka waktu terdekat.”  

Ketua Pegawai Eksekutif RAM Sustainability, Promod Dass sementara itu menyatakan, “PLS  Plantations sedang mengorak titik permulaan dalam perjalanan ESG mereka dengan membenarkan dirinya tertakluk kepada penarafan kemampanan yang berstandard tinggi, dan ketelusan ini penting meskipun ia memdedahkan profil risiko ESG mereka yang tinggi – justeru langkah tersebut harus dipuji,  dan kami berbesar hati untuk menggalas tanggungjawab dalam memantau kemajuan mereka dari sudut  kemampanan. Kami berharap langkah ini akan menjadi teladan bagi syarikat-syarikat lain dalam memulakan perjalanan kemampanan masing-masing serta menanam aspirasi untuk memperoleh  penarafan yang tertinggi.”  

Sebagai sebahagian daripada perjalanan ke arah pemulihan Syarikat ini, PLS Plantations menunjukkan komitmen yang kukuh untuk meluaskan rangka pentadbiran korporat dan polisinya, terutamanya dalam  bab pentadbiran kemampanan, sementara menunggu rangka kerja dan dasar yang mentadbir  kumpulan Syarikat secara menyeluruh diluluskan. Berpaksikan Kerjasama Awam-Swasta (PPP), visi  PLS Plantations adalah untuk menyumbang kepada sekuriti makanan negara serta mencetus impak  sosioekonomi yang positif melalui inisiatif-inisiatif yang memanfaatkan petani tempatan, khususnya  golongan B40 dan komuniti Orang Asli.

Syarikat ini bertekad untuk menghasilkan produk dan  perkhidmatan yang berkualiti, seperti dibuktikan melalui pelbagai pensijilan yang telah diperolehi seperti  Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bagi segmen perladangan PLS Plantations.  Perniagaan Syarikat ini dalam segmen perdagangan juga telah memperoleh pensijilan Amalan  Perkilangan Baik (GMP), Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP), HALAL serta Analisis Bahaya dan  Titik Kawalan Kritikal (HACCP) antara lainnya, selain menggunapakai dasar khusus dalam urusan  sumber manusia dan hak asasi manusia termasuk Dasar Amalan Sosial Baik, Dasar Keselamatan dan  Kesihatan Pekerjaan, Dasar Buruh Kanak-Kanak dan Dasar Gangguan Seksual.  

Untuk maklumat lanjut, atau jika anda ingin memuat turun laporan penarafan RAM Sustainability yang  dianugerahkan kepada PLS Plantation, sila klik di sini. 

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.