Mata Wang : Ringgit Turun Kerana Tidak Ditetap & Dijamin Kerajaan – Tun Dr Mahathir Mohamad

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan di ruangan Facebook beliau hari ini menyatakan pandangan berkenaan dengan ketidakstabilan Ringgit sejak beberapa kebelakangan ini.

Pandangan itu dilontarkan selepas nilai Ringgit kembali menyusut berbanding Dolar Amerika Syarikat yang memberi tempias kepada peniaga dan rakyat secara amnya.

Ikuti pandangan beliau yang bertajuk ‘Mata Wang’ di bawah ini.

Saya takut memberi pandangan saya terhadap nilai Ringgit kerana saya akan diketawa pakar kewangan. Tetapi walaupun saya akan diketawa orang saya memberanikan diri memberi pendapat saya berkenaan duit Ringgit kita yang naik turun nilainya. Pendapat saya didapati semasa menangani krisis mata wang pada 1997-8. Walaupun tindakan Malaysia dikecam hebat tetapi ia berjaya menghentikan ketidaktentuan nilai Ringgit dan kewangan kita dipulih semula. Akhirnya pihak IMF dan World Bank mengakui bahawa tindakan Malaysia berjaya menghentikan ketidaktentuan nilai Ringgit dan kemiskinan yang berlaku kerananya.

Semua orang sedar bahawa bank dibenar memberi pinjam duit yang tidak ada pada mereka. Syaratnya apabila hutang dibayar, jumlah wang itu dijadikan sebahagian dari aset bank. Dan berhaklah bank memberi pinjam duit yang telah menjadi aset hari ini. Benar atau tidak pakar boleh godam saya.

Demikian juga dengan peniaga mata wang. Mereka boleh beri pinjam atau jual duit yang tidak ada pada mereka. Pinjaman atau penjualan ini menjadi sah apabila duit ini disampaikan kepada peminjam atau pembeli kemudian.

Tetapi penjualan Ringgit oleh mereka menyebabkan pasar kewangan dipenuhi dengan Ringgit. Mengikut teori supply and demand, apabila supply bercambah, permintaan akan berkurangan. Apabila tidak ada demand untuk Ringgit, nilai Ringgit akan jatuh.

Apabila nilai Ringgit jatuh permintaan akan meningkat. Peniaga mata wang akan beli Ringgit yang sudah jatuh nilai dan akan deliver kepada pembeli yang telah beli Ringgit pada nilai yang tinggi sebelum jatuh nilainya.

Maka beruntunglah peniaga kerana menjual Ringgit di masa nilainya tinggi dan membekal kemudian dengan Ringgit yang dibeli semasa nilainya rendah.

Malangnya, apabila nilai Ringgit jatuh, pihak yang pinjam atau peniaga akan rugi. Mereka perlu bayar dengan lebih banyak Ringgit yang sudah jatuh nilai. Katakanlah mereka pinjam RM1,000 diwaktu nilainya tinggi, apabila nilai jatuh 50 peratus, mereka mesti bayar hutang atau harga belian asal dengan RM2,000. Maka rugilah peminjam atau peniaga, sementara peniaga mata wang untung RM1,000 kerana di waktu pinjam RM1000 cukup untuk kos tetapi di waktu nilai Ringgit jatuh 50%, lebih banyak Ringgit diperlukan.

Inilah yang berlaku pada 1997-8 diwaktu mana nilai Ringgit jatuh kerana peniaga mata wang menjual banyak Ringgit yang bukan pun dimiliki oleh mereka. Harapan mereka ialah apabila nilai Ringgit jatuh, mereka boleh beli Ringgit murah ini untuk dibekal kepada pembeli asal.

Apabila kita tetapkan nilai Ringgit pada RM3.80 satu Dollar U.S., dan kita jamin bekalan U.S. Dollar kepada sesiapa yang sanggup membayar RM3.80 untuk 1 Dollar U.S. maka nilai Ringgit tidak lagi akan turun naik. Dan peniaga mata wang pun tidak dapat turunkan nilai Ringgit dengan menjual Ringgit dengan banyaknya untuk jatuhkan nilainya.

Male hands counting 50 Ringgit Malaysia in a leather wallet on a wooden table. RM50 in mans hand. Malaysian Ringgit shown by young man in a wallet. Close up to Malaysian currency.

Sebaliknya jika peminjam hutang Dollar dan nilai Dollar naik, lebih banyak Ringgit diperlukan untuk membayar hutang satu Dollar. Ini merugikan peminjam dan menguntungkan peniaga mata wang.

Sekarang kita lihat nilai Ringgit naik turun kerana nilainya tidak ditetap dan dijamin oleh Kerajaan. Dagangan Malaysia melonjak naik yang mana ini menyumbang kepada ekonomi negara. Tetapi di masa wabak Covid-19 nilai Ringgit tidak stabil. Ada masa ia naik dan ada masa ia menurun.

Bagi peniaga yang import bahan dengan Dollar America atau meminjam Dollar America, jatuhnya nilai Ringgit berbanding Dollar America meningkatkan Ringgit kos pengeluaran dan harga pasar produk. Kerana kenaikan ini harga baru jualan perlu ambil kira nilai Ringgit berbanding dengan Dollar Amerika.

Tetapi jangan cakap berkenaan fixed exchange rate. Ini taboo, haram. Ya. Pada 1997-8 fixed exchange rate selamatkan kita. Tetapi itu kerana orang politik tidak faham sistem kewangan. Jangan ikut mereka.

Belum Terlambat, Masih Sempat Untuk Belajar

Ingat, pasaran saham tidak kalis rugi. Harga saham akan bergerak. Naik, turun atau duk situ saja. Namun begitu, pelaburan saham telah lama terbukti menjadi salah satu instrumen pelaburan yang paling menguntungkan. Paling penting, gunakan modal dari duit lebihan sahaja supaya tidak serabut dan kusut bila rugi.

Nak melabur saham tapi tak tahu caranya?

Dah mula melabur tapi asyik rugi?

Nak tahu cara cari saham yang boleh dibeli?

Nak tahu analisis teknikal untuk ‘entry’?

Banyak ilmu pelaburan saham turut dikongsikan secara percuma di TheKapital. Jika anda ingin mendapatkan ilmu-ilmu eksklusif berdasarkan kepada tajuk-tajuk yang lebih mendalam, dapatkan ilmu tersebut di sini >> Produk TheKapital

Previous ArticleNext Article

Kantoi Beli Kereta dan Aset Tetapi Tidak Lapor Pendapatan Yang Betul

Merujuk kepada kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) bertarikh 20 Jun 2026, agensi tersebut mendedahkan bahawa seramai 52,540 pembayar cukai telah tampil mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun-tahun taksiran ke belakang.

Melalui pelaporan semula ini, jumlah keseluruhan pendapatan yang diisytiharkan adalah sebanyak RM4.07 bilion, dengan jumlah cukai kena dibayar mencecah RM1.009 bilion.

Persoalannya: Bagaimana LHDN boleh “hidu” golongan yang culas ni? Dah tak boleh lari ke sekarang?

Jawapannya ada pada e-Invois dan model analitik data milik HASiL.

3 “Lubang” Yang Berjaya Dikesan Sistem Baharu LHDN

Berdasarkan kenyataan media rasmi HASiL, mereka kini menggunakan analisis data e-invois. Hasilnya, mereka berjaya mengesan tiga corak utama “anomali” atau transaksi mencurigakan pembayar cukai:

  • 1. Transaksi Aktif Tapi Rekod Cukai Kosong: Sistem mengesan individu yang transaksi kewangannya sangat aktif, tetapi apabila disemak dengan profil cukai sedia ada, datanya langsung tidak sepadan.
  • 2. Beli Aset Mewah Melebihi RM100,000: Sesiapa yang membuat pembelian bernilai tinggi seperti kenderaan dan aset melebihi RM100k, automatik “lampu merah” akan menyala di sistem HASiL jika pelaporan pendapatan mereka sebelum ini mencurigakan.
  • 3. Buat Duit Melalui Ekonomi Digital: Aktiviti transaksi dalam talian (online) yang rancak tanpa pengisytiharan cukai yang sewajarnya juga kini berada dalam radar pemantauan rapat.

Kuasa Pendekatan “Nudging” (Cuitan Mesra)

Menariknya, 52,540 pembayar cukai ini bukanlah diseret terus ke mahkamah. HASiL menggunakan pendekatan “nudging” iaitu memberi teguran berasaskan bukti data, memberikan mereka peluang terakhir untuk tampil menyerah diri dan membetulkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun sebelum ini secara sukarela sebelum tindakan tegas diambil.

Perkembangan Terkini e-Invois di Malaysia

Sejak pelaksanaan e-Invois bermula pada 1 Ogos 2024, sistem percukian negara telah mengalami anjakan digital yang sangat besar:

Statistik Utama Pelaksanaan e-InvoisAngka
Jumlah Pembayar Cukai Mengemukakan e-InvoisLebih 230,000 pembayar cukai
Jumlah Pengeluaran e-Invois Secara Keseluruhan1.505 bilion e-Invois

Malah bermula 1 Januari 2026, ketelusan sistem diperketatkan lagi di mana semua pembayar cukai wajib mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi jualan barang atau perkhidmatan yang melebihi RM10,000. Pembeli pula perlu memberikan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau nombor kad pengenalan (IC) kepada penjual untuk pengesahan tepat.

Nota Penting: Walaupun sistem semakin ketat, HASiL mendedahkan masih ada segelintir pembayar cukai yang gagal mematuhi keperluan pelaksanaan e-Invois dan pemantauan berterusan sedang giat dijalankan.

Kesimpulan

Zaman untuk “sorok” pendapatan atau buat-buat lupa bayar cukai nampaknya sudah semakin berakhir. Pengajaran daripada angka RM4.07 bilion ini mudah: Sistem cukai Malaysia kini semakin pintar. Sebelum “dicuit” mesra oleh LHDN, ada baiknya kita semak semula pelaporan cukai masing-masing.