Malaysia Airlines Kendali Pesawat Penumpang Pertama Guna Bahan Api Mampan (Sisa Minyak Masak)

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Malaysia Airlines Bhd akan mengendalikan penerbangan penumpang pertama menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF) antara Kuala Lumpur dan Singapura pada 5 Jun bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia.

Syarikat itu berkata penerbangan yang dikuasakan SAF — dari Kuala Lumpur ke Singapura menerusi MH603 dan dari Singapura ke Kuala Lumpur melalui MH606 — mengulangi komitmen syarikat penerbangan kebangsaan itu terhadap tema ‘Sustainable Tomorrow’ serta menandakan kemajuan ketara ke arah mencapai penggunaan sumber bahan api yang lebih bersih dan berdaya maju untuk penerbangan biasa menjelang 2025.

“Penerbangan itu akan dikendalikan oleh pesawat Boeing 737-800, menggunakan gabungan kira-kira 38 peratus SAF dan bahan api jet konvensional.

“Berbanding bahan api jet fosil konvensional, pilihan bahan api mampan ini, diperbuat daripada 100 peratus sisa boleh diperbaharui dan sisa bahan mentah (seperti minyak masak), boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sehingga 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysia Airlines menjemput tetamu dan penyokong kemampanan untuk melakukan perjalanan dengan penerbangan penting tersebut. Tetamu boleh menempah mulai sekarang hingga 4 Jun untuk menikmati diskaun sehingga 15 peratus apabila mereka melakukan penerbangan ini.

“Untuk menikmati diskaun, gunakan kod promo ‘SAF2022’ semasa daftar keluar di www.malaysiaairlines.com. Tetamu digalakkan untuk menempah secepat mungkin kerana tiket dijual dengan pantas,” tambahnya.

— BERNAMA


Berita asal:

https://thekapital.my/malaysia-airlines-kendali-pesawat-penumpang-pertama-guna-bahan-api-mampan/

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Umum Pengarah Baharu Pasaran Modal Islam

Kuala Lumpur – Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) hari ini mengumumkan pelantikan Azizan Abdul Aziz (“Azizan”) sebagai Pengarah Pasaran Modal Islam (ICM), berkuat kuasa 1 Mei 2026.

Azizan akan memegang peranan baharu ini selain jawatan semasanya sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bursa Malaysia. Pelantikan ini mencerminkan fokus berterusan Bursa Malaysia dalam memperkukuh penawaran pasaran modal Islamnya seiring dengan keutamaan strategik yang lebih luas.

Dato’ Fad’l Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, berkata, “Pelantikan Azizan memperkukuh fokus kepimpinan Bursa Malaysia terhadap Pasaran Modal Islam pada waktu pertumbuhan pasaran yang berterusan dan penyertaan antarabangsa yang semakin berkembang. Pengalaman, kepakaran kewangan dan pemahaman institusi beliau meletakkannya pada kedudukan yang baik untuk memberikan hala tuju strategik bagi keutamaan pasaran Islam kami, di samping terus memastikan pengurusan kewangan yang kukuh sebagai CFO.”

Pasaran modal Islam Malaysia kekal sebagai tonggak utama pasaran modal domestik, berkembang daripada RM2.2 trilion pada 2020 kepada RM2.7 trilion menjelang akhir 2025, dengan ekuiti patuh Syariah dan sukuk masing-masing menyumbang RM1.3 trilion dan RM1.4 trilion. Mencerminkan kedalaman pelaburan Syariah di peringkat tempatan, syarikat patuh Syariah merangkumi lebih daripada 80% syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia.

Dalam kapasiti beliau sebagai Pengarah ICM, Azizan akan menyediakan pengawasan dan hala tuju strategik bagi keutamaan berkaitan pasaran modal Islam Bursa Malaysia, dengan bekerjasama rapat bersama pihak berkepentingan dalaman dan peserta pasaran untuk menyokong pembangunan berterusan ekosistem ICM. Sebagai CFO, beliau akan terus menyelia fungsi kewangan keseluruhan Bursa Malaysia, termasuk pelaporan kewangan dan pengurusan, perancangan korporat serta penganggaran bajet.

Azizan membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, perakaunan, kewangan korporat dan nasihat. Sebelum menyertai Bursa Malaysia, Azizan berkhidmat sebagai CFO Kumpulan bagi Bank Islam Malaysia Berhad. Beliau juga merupakan Rakan Kongsi Penggabungan dan Pengambilalihan di Deloitte Southeast Asia Ltd., serta pernah memegang jawatan kanan di KPMG Financial Services Advisory di United Kingdom dan Malaysia, antara lain. Beliau memiliki ijazah dalam Perakaunan & Kewangan dari University of Plymouth, UK, dan merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) serta felo Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).