‘Stuck In A Box’, Teknik Swing Trading Yang Popular

Benarkah ada teknik yang kurang risiko rugi dalam pelaburan saham?

Jawapannya, ya memang ada dan wujud banyak teknik yang digunapakai para pelabur dan pedagang saham.

Sebenarnya, anda boleh lakukannya sendiri dengan teknik yang kami kongsikan dalam artikel ini.

Kami kongsikan satu teknik mudah yang bukan sahaja digunakan pedagang Malaysia tetapi turut digunakan oleh pedagang antarabangsa.

Pedagang antarabangsa terkenal bernama Rayner Teo menamakan teknik ini sebagai ‘Stuck In a Box”.

Teknik ‘Stuck In A Box’

Gambar rajah di atas adalah contoh harga saham yang bergerak dalam satu jurang harga.

Garisan merah mewakili paras rintangan (resistance) dan garisan berwarna biru pula mewakili paras sokongan (support).

Teknik ini sebenarnya mudah dan tidak rumit untuk dipraktikkan oleh pelabur atau pedagang yang baru berkecimpung dalam dunia pelaburan saham.

Hal ini kerana, sekiranya kita dapat mengenal pasti di mana paras sokongan dan paras rintangan, mudah bagi kita untuk tahu masa yang tepat untuk beli dan jual.

Berdasarkan gambar rajah di atas, ada sesetengah pedagang mungkin membeli saham pada titik A dan membuat keputusan memeram saham tersebut dan kemudian menjualnya di titk F.

Setiap saham mempunyai sifat pergerakan yang tersendiri.

Jika kita dapat mengenal pasti pergerakan harga sesebuah saham, kita sebenarnya boleh memaksimakan keuntungan dengan cara beli pada paras sokongan dan jual pada paras rintangan.

Dengan teknik ini, kita sebenarnya boleh membuat keuntungan sebanyak 3 kali sekiranya kita membeli saham ini pada paras sokongan dan menjualnya pada paras rintangan.

Perkara yang paling mengujakan adalah, anda boleh ulang teknik ini beberapa kali untuk mendapatkan keuntungan semaksima mungkin daripada lantunan ini.

Swing pertama  : Beli pada titik A & jual pada titik B

Swing kedua    : Beli pada titik C & jual pada titik D

Swing ketiga    : Beli pada titik E & jual pada titik F

Kajian Kes Swing Trading

Sumber: Trading View

Gambar rajah di atas adalah sebuah saham yang di senaraikan di Bursa Malaysia dan membuat corak pergerakan harga di dalam jurang paras support dan paras resistance.

Nama saham terpaksa dirahsiakan untuk mengelakkan para pembaca tersalah tafsir sebagai saranan belian.

Anda ingin tahu di mana paras sokongan dan paras rintangan?

Paras sokongan adalah paras di mana candlestick telah beberapa kali cuba untuk jatuh. Namun begitu, harga saham seolah-olah disokong kuat di paras tersebut.

Jika anda dapat mengenal pasti di mana paras sokongan, anda boleh membeli ketika harga saham berada di paras sokongan.

Paras rintangan pula adalah paras di mana candlestick beberapa kali cuba untuk menembusi rintangan tersebut namun tidak berjaya.

Seterusnya saham tersebut membuat lantunan ke bawah semula untuk mencari paras support.

Bila harga saham telah mencecah paras rintangan dan tidak berjaya melepasi paras rintangan, maka anda boleh merancang untuk menjual saham anda dan mengambil keuntungan.

Tak tahu bagaimana nak lukis support dan resistance?

Tak mengapa. Biar kami tunjukkan.

Baca juga 3 Cara Untuk Tentukan Support dan Resistance

Penulis sendiri mempunyai pengalaman mengaplikasikan teknik swing pada saham ini sepanjang bulan September 2020 sehingga Disember 2020.

Sekiranya para pedagang mengaplikasikan teknik swing pada saham ini maka mereka akan membeli saham tersebut ketika ianya berada hampir pada paras sokongan iaitu titik ‘A’.

Dan kemudian, menjualnya semula ketika saham gagal menembusi paras rintangan iaitu titik ‘B’.

Sumber: Trading View

Daripada gambar di atas, pedagang boleh membuat keuntungan sebanyak 4 kali sepanjang tempoh September 2020 sehingga Disember 2020. Jom lihat berapa ROI yang berjaya diperoleh daripada setiap swing tersebut.

Swing pertama  : 24% (Beli pada harga RM0.25; jual pada harga RM0.31)

Swing kedua     : 24% (Beli pada harga RM0.25; jual pada harga RM0.31)

Swing ketiga     : 19% (Beli pada harga RM0.26; jual pada harga RM0.31)

Swing keempat : 17% (Beli pada harga RM0.26; jual pada harga RM0.31)

Lihat potensi yang anda boleh dapat sekiranya anda menggunakan teknik swing ini berbanding hanya membeli saham ini sekali. In swing trading, you don’t want to look for the lowest price. You want to get the right price.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya pergerakan saham tidak seperti yang dijangka dan malah jatuh menembusi paras support?

Jawapannya adalah, cut loss.

Baca juga Kenapa Entry Price, Target Price Dan Cut Loss (Trading Plan) Penting Dalam Pelaburan Saham?

Anda perlu tahu yang di dalam pelaburan saham tiada teknik yang mampu menjamin keuntungan konsisten 100% kepada anda.

Sumber: Trading View

Kita kembali ke gambar rajah di atas.

Jika anda sedar pada titik B yang terakhir, saham ini akhirnya membuat breakout dan berjaya menembusi paras rintangan.

Jika anda telah menjual saham anda pada titik B yang terakhir dan saham tersebut berjaya membuat breakout pada keesokan harinya, anda boleh lah menggunakan teknik Buy on Breakout pula.

Haa…Nak belajar teknik Buy on Breakout?

Baca Sini : Buat RM9,000 Dengan Teknik Buy On Breakout

Sekiranya anda berminat untuk untuk belajar rahsia teknik Buy on Breakout yang dipraktikkan pelabur saham profesional, anda boleh dapatkan ebook Buy on Breakout di sini.

Natijahnya, jika anda tiada masa untuk mengawasi portfolio saham setiap hari, anda disarankan untuk mencuba teknik swing kerana teknik ini sesuai untuk pelabur separuh masa yang mempunyai kerja hakiki.

Setelah diperkenalkan dengan strategi ‘Stuck In A Box’ ini, anda boleh mula membuat carian saham yang membuat pergerakan serupa dan praktikkan ilmu yang telah dipelajari dari artikel ini.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama korang. Bila faham isi kandungan buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain!

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak ketenangan, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini. Misi kami agar dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat dalam bidang kewangan dan pelaburan.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Dan Industri Broker Saham Umum Penambahbaikan Daya Tahan Siber Untuk Perkukuh Intergriti Industri Bursa Malaysia

Kuala Lumpur, 11 November 2025 – Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia” atau “Bursa”), dengan kerjasama industri broker saham Malaysia, hari ini mengumumkan satu siri penambahbaikan daya tahan siber bagi memperkukuh integriti ekosistem broker saham. Penambahbaikan ini digariskan dalam satu Kertas Syor (Recommendation Paper) yang dibangunkan sebagai sebahagian daripada tindak balas kolektif industri terhadap insiden dagangan tanpa kebenaran pada akhir April 2025.

Kertas Syor ini merupakan hasil kolektif daripada kumpulan kerja industri yang ditubuhkan pada Jun 2025, terdiri daripada wakil organisasi peserta (“PO”) berasaskan bank dan bukan bank, serta pakar keselamatan siber.

Kumpulan kerja industri tersebut dipengerusikan oleh Encik Julian M Hashim, Ketua Pegawai Kawal Selia Bursa Malaysia, dan ditugaskan untuk menilai amalan keselamatan siber industri semasa bagi mengenal pasti kelemahan, membangunkan piawaian industri yang menyeluruh untuk pengurusan risiko Teknologi Maklumat (“IT”) dan tindak balas insiden, serta mencadangkan penambahbaikan kawal selia dan operasi.

Dato’ Fad’l Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia berkata, “Keutamaan kami adalah melindungi pelabur dan mengekalkan kepercayaan mereka terhadap pasaran sekuriti. Penambahbaikan ini mencerminkan komitmen industri untuk memastikan keselamatan siber diambil serius dan menjadi keutamaan utama. Dengan memperkukuh daya tahan siber ekosistem broker saham, kami mengambil langkah aktif untuk memperkukuh pasaran agar pelabur boleh berdagang dengan yakin, mengetahui pelaburan mereka dilindungi daripada ancaman siber.”

Julian M Hashim menambah, “Kertas Syor ini mencerminkan janji industri untuk bertindak secara kolaboratif. Penambahbaikan yang digariskan direka bentuk agar boleh dilaksanakan dan disesuaikan – memastikan semua broker, tanpa mengira saiz atau kerumitan, dapat melaksanakannya secara bermakna.”

Kertas Syor yang dimuktamadkan dan dikeluarkan kepada broker hari ini selepas sesi taklimat industri telah disemak oleh pakar keselamatan siber bebas bagi memastikan keteguhan dan penjajarannya dengan amalan terbaik.

Bursa Malaysia akan melaksanakan pendekatan pemantauan dua hala bagi membimbing pelaksanaan penambahbaikan ini, dengan tumpuan kepada:
(i) menambah baik Piawaian Keselamatan IT (ITSS) Bursa Malaysia untuk broker dengan menggabungkan piawaian keselamatan siber dan kawal selia seperti yang digariskan dalam Kertas Syor; dan
(ii) memperkukuh pemantauan Bursa terhadap Vendor Perisian Bebas (ISV) yang bertindak sebagai penyedia Sistem Pengurusan Pesanan (OMS).

Cadangan ini secara umumnya sejajar dengan Garis Panduan Pengurusan Risiko Teknologi (GTRM) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan rangka kerja Risk Management in Technology (RMiT) oleh Bank Negara Malaysia.

Kertas Syor ini bertujuan menaikkan piawaian keselamatan siber dan daya tahan seluruh industri dengan menetapkan jangkaan jelas terhadap broker, termasuk tanggungjawab untuk menjalankan pemantauan berkesan terhadap penyedia perkhidmatan teknologi pihak ketiga – seperti ISV yang menyediakan OMS – bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan Bursa Malaysia.

Penambahbaikan ini dibahagikan kepada sembilan tonggak utama, membentuk rangka kerja menyeluruh untuk kawalan keselamatan siber dan kawal selia:

  1. Kawalan akses keselamatan: Memastikan akses kepada sistem, aplikasi dan data dihadkan mengikut peranan dan tanggungjawab pengguna, sekali gus meminimumkan akses tanpa kebenaran serta melindungi maklumat sensitif.
  2. Pengesanan dan perlindungan ancaman: Mengenal pasti, memantau dan bertindak balas terhadap potensi ancaman keselamatan siber secara proaktif melalui mekanisme pengesanan dan kawalan perlindungan yang kukuh bagi mengurangkan risiko pencerobohan dan kebocoran data.
  3. Pengurusan tampalan (patch management): Memastikan pengenalpastian, ujian dan pelaksanaan kemas kini perisian dilakukan tepat pada masanya bagi mengurangkan kelemahan dan mengekalkan kestabilan sistem IT.
  4. Daya tahan infrastruktur dan operasi: Memastikan kesinambungan dan kebolehpercayaan infrastruktur IT melalui pelaksanaan seni bina yang berdaya tahan, langkah redundansi dan keupayaan pemulihan bagi meminimumkan gangguan operasi.
  5. Perancangan pemulihan: Menubuhkan prosedur pemulihan yang berstruktur dan diuji bagi membolehkan pemulihan sistem serta data penting dengan cepat sekiranya berlaku gangguan, bagi memastikan operasi perniagaan terus berjalan.
  6. Pemantauan penyedia perkhidmatan teknologi: Memastikan penyedia perkhidmatan teknologi pihak ketiga mematuhi piawaian keselamatan siber dan operasi broker serta pengawal selia bagi meminimumkan risiko luaran dan mengekalkan akauntabiliti.
  7. Pengurusan insiden: Menubuhkan rangka kerja menyeluruh bagi mengenal pasti, melaporkan, mengurus dan menyelesaikan insiden dengan cepat serta berkesan, termasuk insiden pencerobohan siber, gangguan sistem, kehilangan data dan gangguan operasi lain.
  8. Latihan dan kesedaran: Memupuk budaya peka keselamatan dengan menyediakan pendidikan dan latihan berterusan kepada kakitangan dalaman serta pihak berkepentingan luaran supaya dapat mengenal pasti, mencegah dan bertindak balas terhadap risiko IT dan keselamatan siber dengan berkesan.
  9. Penubuhan peranan khusus keselamatan siber: Memastikan tanggungjawab keselamatan siber diberikan secara rasmi kepada individu yang berkelayakan sama ada melalui pelantikan dalaman atau perkhidmatan luar bagi menyediakan pengawasan dan hala tuju strategik terhadap inisiatif keselamatan siber organisasi broker.

Garis Masa Pelaksanaan

Memandangkan peranan penting piawaian yang berkaitan dengan orang, proses dan tadbir urus, khusus di bawah tonggak Perancangan Pemulihan dan Pengurusan Insiden, pematuhan penuh diperlukan dalam tempoh tiga bulan selepas pengeluaran Kertas Syor.

Bagi tonggak yang melibatkan perubahan sistem atau naik taraf infrastruktur, pematuhan penuh disasarkan pada 31 Disember 2026. Garis masa ini memberi ruang kepada broker untuk menyelaras sumber dalaman, infrastruktur dan kesiapsiagaan operasi mereka dengan kawalan yang ditetapkan serta mengintegrasikan piawaian ini ke dalam rangka kerja tadbir urus sedia ada.

Sebarang pertanyaan berkaitan Kertas Syor boleh diajukan kepada: [email protected]