Simpan Emas Dengan Selamat Di Ar-Rahnu Express

AMPANG, 14 JULAI 2022 – Emas merupakan logam berharga yang sering dijadikan perhiasan  dan amat sinonim dengan wanita. Rakyat Malaysia kini semakin cakna akan kepentingan emas sebagai simpanan untuk masa hadapan. Biarpun harga emas dilihat semakin meningkat, namun masyarakat masih berlumba-lumba untuk membeli emas untuk dijadikan perhiasan, simpanan dan juga pelaburan.

Dahulu kala, masyarakat gemar menyimpan barang kemas di tempat-tempat seperti di dalam bekas biskut, di bawah bantal malah di dalam almari yang tidak dikunci begitu sahaja. Kebiasaanya, barang kemas emas akan disimpan secara berlonggok-longgok di dalam satu bekas. Kaedah penyimpanan ini sebenarnya kurang sesuai dan mungkin akan merosakkan barang kemas perhiasan.

Masyarakat kini baik wanita mahupun lelaki gemar untuk memilih emas sebagai simpanan masa hadapan tidak kira emas perhiasan mahupun emas pelaburan. Biarpun teknologi di zaman moden ini semakin canggih dan pelaburan emas juga boleh dilakukan secara atas talian, namun bagi sesetengah masyarakat, apabila melabur di dalam pasaran emas, emas fizikal seperti barangan kemas, jongkong emas atau dinar emas tetap lebih senang dipegang di tangan sendiri. Oleh itu, cara penyimpanan emas dengan betul dan selamat di rumah perlu diketahui agar emas selamat dan tidak mudah rosak.

Antara cara paling terkenal untuk menyimpan barang kemas perhiasan adalah dengan  menyimpannya di dalam kotak perhiasan. Bagi wanita yang gemar menyimpan emas perhiasan sebagai pelaburan, kotak perhiasan ini sangat penting bukan sahaja untuk menyimpan barang kemas dengan selamat tetapi dapat juga menjaga kualiti barang kemas agar tidak mudah bercalar atau rosak. Barang kemas perhiasan seperti cincin dan rantai juga tidak boleh dicampurkan bersama-sama malah masing-masing perlu mempunyai kotak yang tersendiri. 

Selain itu, cara penyimpanan emas bukan perhiasan seperti jongkong emas, syiling emas atau dinar emas adalah dengan menyimpan di dalam peti keselamatan. Peti keselamatan kini amat mudah didapati dengan harga yang berpatutan di mana-mana kedai atas talian. Peti keselamatan ini bukan sahaja berguna untuk menyimpan emas dengan betul malah dengan selamat.

Kini, terdapat cara lain untuk menyimpan emas dengan selamat iaitu dengan menyimpan di Ar-Rahnu Express. Ar-Rahnu Express merupakan pajak gadai Islam yang menawarkan pembiayaan sementara sehingga tempoh 9 bulan*. Pajak gadai Islam ini bukan sekadar menawarkan pembiayaan untuk golongan yang memerlukan di waktu kecemasan namun ia juga merupakan tempat yang selamat bagi golongan yang ingin meninggalkan rumah bagi tempoh yang lama seperti pulang ke kampung halaman, bercuti ataupun menunaikan haji dan umrah.

Kelebihan menyimpan di Ar-Rahnu Express ialah tawaran pembiayaan sehingga 75% yang akan diberikan kepada barang kemas emas baik perhiasan atau emas pelaburan mengikut harga emas semasa. Dengan peluang ini, pembiayaan sementara yang diperolehi boleh digunakan sebagai duit tambahan untuk menunaikan haji atau umrah atau duit poket ketika bercuti panjang.

Lebih menarik, upah simpan yang dikenakan adalah tetap. Walapun emas yang disimpan banyak, namun upah simpan tetap tidak berubah sebanyak 1%. Selain itu, simpanan emas di Ar-Rahnu Express dijamin selamat kerana emas simpanan adalah diinsuranskan 100%. Malah, Ar-Rahnu Express merupakan satu-satunya Ar-Rahnu yang menerima barang kemas bertatahkan berlian dan batu permata serta barang kemas HABIB Oro Italia 916® untuk simpanan. Menjadi salah sebuah anak syarikat di bawah syarikat HABIB, Ar-Rahnu Express berpeluang berkongsi kepakaran yang tinggi dan mampu untuk memberikan penilaian untuk barang-barang kemas ini.

Antara kelebihan lain menyimpan barang kemas di Ar-Rahnu Express adalah proses transaksi yang sangat cepat terutama dengan penambahan sistem angka giliran QueueBee. Sistem ini berjaya membuatkan urusan pelanggan menjadi lebih efisyen, tersusun dan pantas. Aplikasi Queuebee ini boleh dimuat turun secara percuma oleh pelanggan dan lebih menarik pelanggan boleh mengambil nombor terlebih dahulu dan nombor akan dipanggil menerusi aplikasi tersebut. Berikutan situasi endemik kini, orang ramai tidak selesa untuk berada terlalu lama di luar serta bersesak dengan orang ramai. Justeru, sistem ini sangat sesuai dalam keadaan norma baharu ini kerana para pelanggan hanya perlu ke kaunter urusan apabila nombor telah dipanggil.

Selain itu, kelebihan lain untuk menyimpan di Ar-Rahnu Express adalah kerana semua cawangan beroperasi setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum terpilih. Malah, pegawai khidmat pelanggan yang terlatih sentiasa bersedia untuk memberikan rundingan mengenai barang kemas secara percuma sahaja.

Pajak gadai Islam Ar-Rahnu Express ini bukan sekadar pajak gadai yang memberikan pembiayaan malah bertujuan untuk membantu masyarakat mendapatkan “peace of mind” atau ketenangan minda selari dengan prinsip Ar-Rahnu Express.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ar-Rahnu Express, sila layari laman sesawang rasmi Ar-Rahnu Express di arrahuexpress.com dan ikuti Ar-Rahnu Express di media sosial Instagram (@arrahnuexpress) dan Facebook (@Ar-Rahnu Express).

*tertakluk pada terma dan syarat

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.