EY Jangka GST Pada Kadar 4-6 Peratus Jika Dimasukkan Semula Dalam Bajet 2023

KUALA LUMPUR, 20 Sept  (Bernama) — Sekiranya cukai barang dan perkhidmatan (GST) dimasukkan dalam Bajet 2023, kerajaan boleh mempertimbangkan kadar di antara empat hingga enam peratus berikutan penilaian yang ketat terhadap hasil yang boleh dikutip untuk menyokong perbelanjaannya, kata Ernst & Young Tax Consultants Sdn Bhd (EY). 

Rakan Kongsi Pengurusan Cukai EY Malaysia, Farah Rosley berkata, kemungkinan untuk memperkenalkan semula GST telah menjadi topik perbincangan dan beliau percaya GST yang merupakan cukai penggunaan yang meluas akan menyumbang kepada kutipan hasil negara.

Bagaimanapun, beliau berkata kadar GST mestilah munasabah dan tidak membebankan pengguna dan pembayar cukai, dan pelaksanaan serta pematuhannya perlu dipermudahkan dengan kesan minimum kepada perniagaan.   

“Komunikasi dengan pihak berkepentingan termasuk perniagaan adalah penting dan mempercepatkan pembayaran balik GST serta mempunyai sistem yang mudah dan telus juga penting bagi menjayakan semula GST.

“Masa yang mencukupi mesti diberikan kepada perniagaan untuk bersedia dengan pelaksanaannya,’’ katanya kepada Bernama melalui emel baru-baru ini apabila ditanya mengenai harapan syarikat untuk Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 7 Okt, 2022.

Farah berkata, kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk memperkenalkan ‘hala tuju cukai’ yang mewujudkan perubahan penting kepada rejim cukai di negara ini, bersama-sama dengan garis masa untuk perundingan dan tarikh untuk diperkenalkan serta rasional bagi memperkenalkan cukai yang relevan untuk memberi keselesaan dan kepastian kepada pelabur.

Cukai baharu harus merangsang sektor swasta

Mengenai cukai baharu bagi meningkatkan hasil cukai kerajaan, Farah berkata sebelum memperkenalkan sebarang cukai baharu, kerajaan perlu menjalankan kajian secara menyeluruh dan berunding dengan pihak awam yang sewajarnya.

“Jika ada cukai baharu, seharusnya ia merangsang aktiviti ekonomi sektor swasta,’’ katanya.

Menurut Farah, kerajaan perlu peka terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan memastikan sektor itu tidak terjejas dengan cukai baharu, terutamanya semasa tempoh pemulihan selepas pandemik COVID-19.

“Secara keseluruhannya, perlu ada keseimbangan dalam meningkatkan kutipan hasil cukai dan menarik pelaburan ke dalam negara. Cukai tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk perniagaan beralih ke sektor tidak formal atau menutup operasinya di Malaysia,’’ tambah beliau.

Farah turut menolak kemungkinan Cukai Makmur akan diteruskan dalam Bajet 2023.

Beliau berkata, Cukai Makmur adalah cukai sekali sahaja yang diperkenalkan dalam bajet 2022 yang mana kadar cukai pendapatan yang tinggi sebanyak 33 peratus dikenakan ke atas pendapatan bercukai melebihi RM100 juta, manakala pendapatan bercukai sehingga RM100 juta akan dikenakan cukai pada kadar 24 peratus.

“Tidak mungkin Cukai Makmur akan diteruskan atau dilanjutkan dalam Bajet 2023.”

Cukai minimum global

Mengenai cukai minimum global 15 peratus yang mana Malaysia bersama-sama 135 negara lain secara prinsipnya telah bersetuju untuk mengenakannya kepada syarikat multinasional (MNC) tertentu mulai tahun depan, Farah berkata bagi memastikan daya saing Malaysia, kerajaan mesti memastikan insentif perlu disesuaikan berdasarkan keperluan pelabur individu.

“Mengenai perkara ini, perlu diambil perhatian bahawa kerajaan Malaysia telah memperkenalkan peruntukan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 yang membenarkan Menteri Kewangan menetapkan kadar cukai sehingga 20 peratus untuk beberapa tahun tertentu bagi aktiviti yang diluluskan, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

“Ini memberikan fleksibiliti kepada kerajaan untuk menyesuaikan pakej insentif cukai bagi menarik jenis-jenis pelaburan yang diperlukan untuk negara,” katanya.

Beliau menyatakan cukai minimum global secara amnya hanya akan memberi kesan kepada kumpulan korporat yang mempunyai lebih daripada 750 juta euro (1 euro= RM4.53) dalam perolehan kumpulan yang disatukan, manakala kumpulan dengan perolehan yang kecil tidak akan tertakluk kepada cukai minimum global.

Farah mencadangkan supaya kerajaan terus menilai kadar cukai pendapatan korporat pada masa hadapan, kerana kadar cukai pendapatan korporat yang lebih rendah boleh menjadikan Malaysia lebih menarik kepada pelabur asing.

“Kadar cukai pendapatan korporat berkanun kita pada masa ini adalah 24 peratus, lebih tinggi daripada kadar cukai minimum global 15 peratus, dan juga lebih tinggi daripada kadar cukai di negara jiran, yang secara amnya tidak melebihi 20 peratus,” katanya.

Beliau juga menyarankan supaya kerajaan terus menyediakan persekitaran yang mesra perniagaan dan kos yang kompetitif dengan infrastruktur bertaraf dunia untuk menggalakkan pelaburan langsung asing dan domestik serta insentif hijau bagi menyokong pelaburan yang mampan.

“Kerajaan juga harus menyediakan insentif untuk meningkatkan inovasi dan produktiviti, contohnya seperti memberikan pelepasan cukai untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Adalah amat penting untuk mengukur hasil dan pertumbuhan perniagaan yang telah diberikan insentif, dalam memastikan insentif mencapai matlamat yang diingini,” katanya.

— BERNAMA

Artikel asal: https://thekapital.my/ey-jangka-gst-pada-kadar-4-6-peratus-jika-dimasukkan-semula-dalam-bajet-2023/

Previous ArticleNext Article

Malaysia Harungi 100 Hari Krisis Global, Bekalan Kekal Stabil

PUTRAJAYA, 14Jun (Bernama) –Malaysia kekal dalam kedudukan yang relatifnya kukuh dengan jumlah bekalan bahan apt, makanan serta ubat-ubatan penting masih mencukupi susulan pelaksanaan langkah intervensi awal dan pengurusan krisis yang diselaraskan, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Pasukan Petugas Pengurusan Krisis Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berkata keutamaan segera kerajaan sejak krists global tubermula adalah memastikan bekalan barangan serta perkhidmatan penting tidak terjejas.

“Perkara pertama (keutamaan kata) adalah memastikan ada bekalan yang mencukupi. Dari segi bekalan bahan apt, kita mempunyai stok yang mencukupi sehingga Julai, malah sedang membuat persiapan untuk Ogos

“Bagi makanan pula, bekalan lebih daripada mencukupi dalam semua kategori utama termasuk beras, ayam, telur, makanan laut, sayur-sayuran serta buah-buahan” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sebagat mengulas krisis di Asia Barat itu yang kini memasuki hart ke-100.

Menjelaskan selanjutnya, Nurhisham berkata kebimbangan mengenal keterjaminan makanan juga kekal terkawal pada masa ini dengan sebarang impak ketara daripada gangguan bekalan global hanya dijangka berlaku pada tempoh yang lebih lewat.

“Bagi produk seperti ayam dan telur, kitaran pengeluaran adalah lebih pantas laitu sekitar 40 hari dan kita masih menerima bekalan makanan ternakan mencukupi pada harga yang berpatutan. Setakat ini misalnya, tiada sebarang kebimbangan ketara membabitkan aspek bekalan” katanya.

Bekalan tenaga, penjagaan kesihatan kekal terjamin

Dari segi tenaga, Nurhisham berkata kapasiti perjanaan tenaga elektrik Malaysia masih mencukupi meskipun pasaran tenaga global masih tidak menentu.

Jelas beliau, kira-kira satu pertiga usaha perjanaan tenaga elektrik Malaysia adalah gas asli cecair (LNG) dengan sebahagian besarnya dihasilkan dalam negara manakala jaminan import arang batu adalah menerusa kontrak jangka panjang.

“Pada masa ini, perjanaan tenaga bukan isubagi kita. Cabarannya adalah dari segi mengurus permintaan, terutamanya tahun ini yang dijangka menjadi tahun yang lebih panas,” katanya.

Kenyataan beliau itu menyusui peringatan Jabatan Meteorologi Malaysia atau MetMalaysia dan agensi cuaca global mengenal kemungkinan berlakunya fenomena El Nino lewat tahun ini yang menyebabkan cuaca lebih panas dan kering.

MetMalaysia memaklumkan model iklim global menunjukkan kebarangkalian 62 peratus El Nino terbentuk pada tempohJun hingga Ogos 2026 manakala Pertubuhan Meteorologi Dunia menganggarkan kebarangkalian 80 peratus fenomena ituberlaku dalam tempoh sama

Merujuk sektor penjagaan kesihatan, Nurhisham berkata lebih 70 peratus bekalan ubat-ubatan dalam sistem kesihatan awam pada masa ini adalah di paras melebihi tiga bulan dan pihak berkuasa sedang memantau rapat sebilangan kecil item yang mempunyal Inventort lebih rendah

“Kebanyakan ubat yang dikategorikan sebagai kritikal mempunyai rawatan alternatif. Bagi peralatan perubatan, terdapat beberapa bahan habis pakat dengan stok agak rendah namun kita mempunyai pelbagai pembekal dan keadaan masih terkawal” katanya.

Beliau turut memun tindakbalas pantas Kementerian Kesihatan memanfaatkan sistem yang dibangunkan sewaktu pandemik COVID-19 dan membolehkan pihak berkuasa menilai tahap stok dengan cepat serta merentasi sektor kesihatan awam dan swasta

Kerajaan komited terhadap keutamaan pembangunan

Selain itu, sambil mengakui krisis itu turut memberi tekanan ke atas sektor tertentu, terutama pembinaan, Nurhisham berkata Impak secara menyeluruh terhadap ekonomi Malaysia setakat ini adalah terhad.

Sektor seperti pembinaan pada awalnya terjejas akibat kenalkan harga bahan api diesel dan kosbahan binaan, namun keadaan sudahberansur stabil apabila harga mereda dalam beberapa bulan lepas.

Beliau turut menyangkal kebimbanganbahawa krisis itu akan mendorong peningkatan ketara bagi pinjaman kerajaan dan menegaskan kerangka fiskal Malaysia tidak membenarkan tindakan meminjam untuk tujuan pembiayaan subsidi.

“Subsidi perlu dibiayai menerusi hasil kerajaan, bukannya pinjaman. Sebarang peningkatan defisit fiskal akan sebahagian besarnya mencerminkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih perlahan, bukannya pinjaman yang lebih tinggi,” katanya.

Di sebalik tekanan fiskal tambahan susulan pelaksanaan subsidi bahan api, bellauberkata kerajaan kekal komited terhadap keutamaan pembangunan yang penting.

Ini membabitkan projek seperti tebatan banjir, bekalan air, penjanaan tenaga elektrik, jalan raya, sekolah dan hospital yang akan diteruskan sebagaimana dirancang.

“Projek-projek ini tidak boleh ditangguhkan. Keutamaan pembangunan kerajaan kekal tidak berubah kerana kritikal terhadap data tahan serta pertumbuhan negara bagi jangka panjang,” katanya.

Usaha pemuliharaan teras urus krisis

Bagi prospek masa depan, Nurhisham menekankan aspek pengurusan permintaan dan pengurangan sisa adalah kritikal dalam memastikan Malaysia kekal berdaya tahan sekiranya krisis ituberpanjangan.

Antara pendekatan yang digalakkan adalah pengaturan bekerja dari rumah yang praktikal, pengurangan penggunaan elektrik oleh sektor kerajaan, menge had kan perjalanan tidak penting serta meninjau waktu pembukaan sekolah secara berperingkat bagi mengurangkan kesesakan trafik dan penggunaan bahan apt.

Pada masa sama, behau menekankan bahawa pembaziran makanan sebagai antara isu utama yang memerlukan perhatian segera.

“Kita membuang makanan dalam jumlah besar setiap tahun. Jika kita dapat mengurangkan pembaziran merentasi rantalan bekalan dan pada peringkat isi rumah, kita juga dapat mengurangkan kos serta membolehkan bekalan dapat bertahan lebih lama,” katanya.

Persediaan lebih baik berbanding 100 hari lepas

Mengulas keadaan sewaktu 100 hari pertama berlakunya krisis bekalan global, Nurhisham berkata kerajaan kini pada kedudukan lebih baik berbanding peringkat awal apabila jurang maklumat mencetuskan ketidaktentuan dalam kalangan penggubal dasar serta penggiat industri.

“Pada masa ini, kita mempunyai gambaran lebih jelas. Kita juga ada mekanisme sesuat dan pihak industri juga sedia maklum untuk mendapatkan sumberbekalan, termasuk alternatif domestik.

“Kitaberada dalam kedudukan yang jauh lebih selesa berbanding dua bulan lepas,” katanya

Nurhisham juga menegaskan walaupun situasi semasa masih terkawal, usaha dalam bentuk kerjasama berterusan daripada kalangan perniagaan dan pengguna adalah penting dalam memastikan Malaysia dapat mengharungi krisis ini dengan gangguan terhad ke atas pekerjaan pendapatan serta aktiviti ekonomi.

— BERNAMA