KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — YES, pengendali rangkaian mudah alih YTL Communications Sdn Bhd (YTL), melancarkan Pusat Pengalaman YES pertamanya, yang membolehkan pelanggan membeli produk dan perkhidmatan telekomunikasi sambil menikmati ketersambungan wifi 5G secara percuma.
Ia juga tampil dengan restoran dan kafe yang dikuasai 5G pertama di Malaysia untuk para pelanggan menjamu selera dan menikmati ketersambungan 5G bersama ahli keluarga dan sahabat handai.
“Pusat Pengalaman ini mewujudkan ruang modular untuk acara-acara korporat dan persendirian daripada sesi kerja bersama, persidangan hingga hackathon teknologi, ruang hiburan dan perlawanan permainan yang dikuasai 5G.
“Ia akan menjadi sebuah ruang komuniti yang sebenar dengan tujuan untuk saling berhubung antara satu sama lain dan memanfaatkan potensi sebenar teknologi 5G,” kata Ketua Pegawai Eksekutif YES Wing K Lee ketika pelancaran pusat itu di pusat beli-belah Lot 10 di sini hari ini.
Beliau berkata semua kedai YES di seluruh negara akan menggunakan konsep dan reka bentuk yang sama tidak lama lagi.
Dari segi liputan, Lee berkata liputan YES 5G di seluruh negara pada masa ini berada pada 32 peratus.
“Sementara itu, 90 peratus liputan 5G berada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya, menjelang akhir tahun, kami akan mencapai 40 peratus liputan di seluruh negara,” katanya.
Selain itu, Pusat Pengalaman YES juga menawarkan pelanggan pengalaman praktikal teknologi 5G, daripada peranti 5G terkini dan robot berkuasa 5G kepada pengalaman realiti maya.
Dengan reka bentuk moden dan persediaan yang cukup indah, ia juga sebuah ruang yang sempurna untuk gambar-gambar ‘Instagram-worthy’, serta peluang untuk pengalaman fotografi dan penggambaran video yang dikuasai teknologi.
PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.
Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama. Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.
Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata, “Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.
Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”
Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.
Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.
The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.
Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.