Perkara Penting Tentang Krisis Ekonomi Di China

Seperti yang semua sedia maklum, China merupakan salah satu kuasa besar dunia pada masa ini. China juga merupakan sebuah negara yang sangat berjaya mengembangkan ekonomi mereka sejak tahun 2020. Kadar pertumbuhan ekonomi di China mencapai 12% dan konsisten dalam tempoh lebih 10 tahun.

Pada waktu pandemik covid-19, ekonomi China pernah berada di tempat pertama mengalahkan pesaingnya Amerika Syarikat. China juga menjadi tempat asal untuk penyebaran virus covid-19 iaitu di Wuhan. Kerajaan China komited dalam memerangi pandemik ini. Mereka telah menetapkan polisi Zero Covid-19 di China.

Usaha kerajaan dalam melawan covid-19 telah menekan kesihatan ekonomi di sana dan juga penawaran kerja kepada penduduk China. Berikut beberapa perkara penting yang perlu anda tahu tentang krisis di China.

1. Kadar Pengangguran Anak Muda

Syarikat Alibaba merupakan antara syarikat terbesar di China yang menjalankan perniagaan sebagai penyedia platform jual beli atas talian. Alibaba ditubuhkan pada hujung tahun 90-an dan tersenarai dalam pasaran saham Amerika sejak tahun 2014. Sejak tahun lepas, Alibaba terumbang-ambing untuk mencatatkan keuntungan yang baik.

Baru-baru ini, Alibaba tidak berjaya untuk mencatatkan pertumbuhan jualan. Ini adalah prestasi kewangan yang terendah sejak mula memasuki pasaran saham. Alibaba mengumumkan telah menamatkan perkhidmatan 13,000 orang staf mereka sejak awal tahun 2022. Hal ini terpaksa diambil bagi mengurangkan kos operasi syarikat dan prestasi kewangan yang tidak baik.

Sumber: GlobalData

Selain itu, Tencent juga antara syarikat terbesar di China telah menamatkan 5,500 orang staf mereka sejak tiga bulan yang lalu.

Kadar pengangguran anak muda di China melonjak sehingga 15.3% pada Mac lalu dan mencatatkan peningkatan sejak bulan ke bulan. Julai mencatatkan rekod tertinggi iaitu pada kadar 19%. Ini merupakan data terburuk sejak 40 tahun yang lalu. Menurut CNN, kini terdapat hampir 20 juta anak muda di China yang menganggur di bandar-bandar besar.

2. Ketidakstabilan sosial

Bukan saja sektor teknologi yang terkesan dengan polisi kerajaan China sekarang, hampir kesemua sektor perniagaan di China terjejas. Semua industri dalam ekonomi China tidak dapat menjalankan perniagaan seperti sedia kala. Kerajaan China akan mengenakan lockdown pada bandar-bandar walaupun terdapat 1 atau 2 kes covid-19.

Kredit: REUTERS/Aly Song/File Photo

Ini telah menganggu operasi perniagaan di sana dan syarikat terpaksa memberhentikan ramai pekerja. Apabila ramai yang kehilangan sumber pendapatan, mereka tidak mampu untuk membayar komitmen bulanan seperti rumah dan kereta. Bank-bank di China melaporkan peningkatan peminjam yang tidak mampu untuk membayar pinjaman rumah mereka.

Hal ini telah mencetuskan rusuhan di jalanan untuk mengesa kerajaan menghentikan polisi zero covid-19 dan akur untuk hidup dengan covid-19.

Kredit: AP

Oleh kerana China mempunyai simpanan dana kerajaan yang kukuh mereka telah memberikan bantuan kepada rakyat untuk meredakan ketegangan sekarang. China mengumumkan bantuan 1 trillion yuan untuk semua rakyatnya. China mengunjurkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 3% pada tahun ini.

Previous ArticleNext Article

Tarif 10 Peratus AS Terhadap Malaysia Berkuat Kuasa

Malaysia dikenakan tarif 10 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) di bawah siasatan Seksyen 301 berkaitan buruh paksa, berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam waktu AS, Jumaat, 24 Julai 2026.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, Malaysia adalah antara 17 ekonomi yang dikenakan kadar tarif 10 peratus, manakala ekonomi lain dikenakan tarif 12.5 peratus.

Katanya, kadar lebih rendah itu mengambil kira komitmen Malaysia melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang yang melarang pengimportan barangan dihasilkan menggunakan buruh paksa.

“Tarif berkenaan mula berkuat kuasa sejurus tamat tempoh tarif sementara yang dikenakan di bawah Seksyen 122 Akta Perdagangan 1974 AS,” katanya.

Sementara itu, MITI berkata, siasatan Seksyen 301 berkaitan isu kapasiti berlebihan yang membabitkan 16 ekonomi termasuk Malaysia masih diteruskan.

Katanya, kadar tarif bagi siasatan itu hanya akan diumumkan selepas Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) membuat keputusan mengenainya.

“MITI akan memaklumkan semua pihak berkepentingan mengenai sebarang perkembangan berkaitan dan akan terus mengadakan libat urus dengan Amerika Syarikat,” katanya.

— Berita Harian