IILM Terbit Semula Sukuk US$1.12 Bilion Dalam Tiga Siri

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) — Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) hari ini mengumumkan penerbitan semula sukuk berjangka pendek A-1 bernilai US$1.12 bilion (US$1=RM4.73) dalam tiga siri. 

Ketiga-tiga siri itu merangkumi terbitan sebanyak US$450 juta bagi tempoh satu bulan pada 4.02 peratus, US$370 juta tenor tiga bulan pada 4.78 peratus dan US$300 juta tenor enam bulan pada 5.10 peratus. 

“Terbitan sukuk itu hari ini merupakan lelongan sukuk ke-12 IILM bagi 2022. Lelongan itu mendapat minat yang ketara di kalangan pengedar dan pelabur utama Islam di seluruh pasaran GCC serta Asia, dengan permintaan yang kukuh terutamanya pada tenor satu dan enam bulan.

“Tender kompetitif itu menyaksikan jumlah tempahan yang mantap melebihi US$1.71 bilion, mewakili purata nisbah bidaan kepada penutup sebanyak 153 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lanjutan daripada penerbitan semula hari ini, IILM telah mencapai terbitan kumulatif setakat ini berjumlah US$12.67 bilion merangkumi 34 siri sukuk. 

  — BERNAMA

Artikel asal: https://thekapital.my/iilm-terbit-semula-sukuk-us1-12-bilion-dalam-tiga-siri/

Previous ArticleNext Article

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.