Bagaimana Rusia Dan China Bergabung Untuk Mengurangkan Pengaruh Dolar Amerika Syarikat Di Pasaran Antarabangsa

Peperangan perdagangan antara kuasa barat dan timur berlaku sejak dahulu lagi dan masih lagi tidak berkesudahan. Antara perang yang paling hebat tanpa melibatkan senjata adalah perang dingin antara blok kapitalis yang diketuai oleh blok Amerika Syarikat (AS) dan eropah barat menentang blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union. Setelah kejatuhan regim Soviet Union pada tahun 1991, AS secara solonya berjaya mendominasi ekonomi dan pengaruh di dunia.

Kredit Gambar: Films for Action

Hal ini menyebabkan negara-negara yang lemah terpaksa mengikut acuan yang dicipta oleh AS walaupun tidak bersetuju dengan polisi negara itu. Polisi AS dilihat ingin mengetuai segenap polisi yang terdapat di dunia. Kini dengan kebangkitan negara China yang menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia selepas AS, ia dilihat bakal mengugat AS dalam pentas antarabangsa.

China masih mengamalkan sistem komunis dalam pentadbiran negaranya. Rusia pula telah menjadi negara demokrasi selepas kejatuhan Soviet Union yang tidak sehaluan dalam banyak perkara. Terutamanya dalam hala tuju yang melibatkan negara eropah timur yang menjadi sebahagian dari Kesatuan Soviet Union ketika dahulu.

Rusia juga terpaksa menurut hampir semua polisi perdagangan yang direncanakan oleh AS di peringkat antarabangsa. Disebabkan perkara tersebut, AS telah berjaya mengukuhkan dolar mereka di pasaran antarabangsa disebabkan perdagangan yang menggunakan Dolar AS. Hal ini termasuk dengan negara yang tidak sebulu dengan AS.

Kenapa Dolar Amerika Syarikat Sangat Kukuh Di Pasaran Antarabangsa

Antara sebab utama Dolar AS sangat berkuasa adalah disebabkan kepercayaan yang dimiliki oleh negara lain kepada mata wang tersebut. Kedudukan ekonomi AS yang sangat stabil ditambah pula dengan negara yang paling kurang rasuah menyebabkan ramai negara percaya akan nilai Dolar AS. Amerika Syarikat juga mempunyai simpanan reserve emas terbesar di dunia walaupun negara itu tidak bersandarkan emas dalam menilai mata wang mereka. 

Selain itu, pada era 1945-an, negara Arab Saudi telah berjanji akan menjual minyak mentah ke Amerika Syarikat dalam bentuk dolar. Disebabkan perkara tersebut, hampir kesemua perdagangan minyak mentah hari ini dilakukan dalam nilai Dolar Amerika Syarikat. Secara tidak langsung ia mengukuhkan lagi dolar di pasaran antarabangsa.

Bagaimana China Dan Rusia Bakal Menamatkan Dominasi Dolar Amerika Syarikat Dalam Perdagangan

Disebabkan dolar AS terlalu berkuasa sehingga negara tersebut mampu mengenakan sekatan terhadap negara yang tidak sebulu dengan mereka. Hal ini menyebabkan China dan Rusia mengambil alternatif lain untuk tidak bergantung dengan nilai dolar AS dalam bentuk perdagangan. Langkah pertama yang diambil oleh kedua negara tersebut adalah melakukan transaksi minyak antara Rusia ke China menggunakan Ruble dan Yuan. Negara tersebut telah sepakat untuk membayar dan menerima sebanyak 50% dalam bentuk Ruble dan Yuan.

Gambar: TRT World

Tindakan ini bagi mengurangkan kekuatan dan pengaruh dolar Amerika Syarikat yang dilihat sesuka hati mengenakan sekatan terhadap Rusia akibat peperangan di Ukraine. Kesemua blok negara eropah telah mengenakan sekatan yang teruk terhadap ekonomi Rusia dengan mengeluarkan negara itu dari sistem perbankan SWIFT.

Kesanya ekonomi Rusia terjejas teruk apabila sekatan dikenakan ke atas negara mereka. Rusia telah bertindak balas dengan memaksa kesemua negara eropah membayar gas asli yang disalurkan kepada mereka dalam bentuk Ruble. Hampir 45 % negara eropah bergantung kepada gas asli Rusia untuk menjana industri mereka.

Negara eropah terpaksa menurut kehendak Rusia yang memaksa mereka membayar dalam bentuk Ruble. Dengan tindakan tersebut, ekonomi Rusia masih lagi berjalan dengan lancar walaupun disekat oleh sekutu barat. China juga turut membantu Rusia dalam meningkatkan ekonomi negara tersebut sehinggakan Rusia tidak berada dalam kemelesetan ekonomi yang teruk.

Sumber rujukan:

  1. Wion

2. Atlantic Council

Previous ArticleNext Article

Bank Dunia Turunkan Unjuran Pertumbuhan Global 2026 Kepada 2.5 Peratus

Bank Dunia menurunkan unjuran pertumbuhan global kepada 2.5 peratus bagi 2026 pada Khamis, daripada 2.9 peratus pada 2025, sekali gus mencatatkan kadar terendah sejak akhir 2019, lapor Agensi Berita Xinhua.

Laporan Prospek Ekonomi Global separuh tahun bank itu memetik faktor kenaikan harga tenaga, inflasi yang lebih tinggi dan peningkatan kos pinjaman di tengah-tengah konflik Asia Barat sebagai punca kepada pengurangan unjuran pertumbuhan berkenaan.

Laporan itu turut memberi amaran bahawa risiko kemerosotan adalah signifikan. Pertumbuhan global boleh terus menyederhana kepada 2.1 peratus jika gangguan bekalan tenaga berlarutan lebih lama dan harga minyak secara purata mencecah US$115 setong tahun ini, yang akan memacu inflasi kepada 4.4 peratus.

Laporan berkenaan menurunkan unjuran pertumbuhan bagi dua pertiga negara berbanding laporan Januari tahun ini, dengan negara-negara Teluk mencatatkan pengurangan paling besar daripada 3.9 peratus pada 2025 kepada hampir sifar pada 2026.

Asia Selatan pula dijangka mencatatkan pertumbuhan paling kukuh berbanding mana-mana wilayah lain pada kadar 6.3 peratus bagi tahun 2026, walaupun angka itu menunjukkan penurunan berbanding tujuh peratus pada 2025.

Selain itu, laporan berkenaan mengekalkan unjuran pertumbuhan sebanyak 2.2 peratus bagi ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada 2026, biarpun ia menarik perhatian bahawa angka terbabit boleh menyusut kepada 2.1 peratus pada 2027 dan dua peratus pada 2028.

Ekonomi di zon euro pula dijangka berkembang pada kadar 0.8 peratus pada 2026, turun daripada 1.4 peratus pada 2025. Bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun, ia diunjurkan berkembang 0.7 peratus pada 2026 berbanding 1.1 peratus pada 2025.

Bank Dunia menjangkakan pertumbuhan global kembali meningkat kepada 2.8 peratus pada 2027, namun kadar itu kekal 0.4 mata peratusan di bawah purata yang direkodkan pada dekad 2010-an.

Walaupun risiko terus memihak kepada kemerosotan ekoran peningkatan permusuhan, gangguan pasaran komoditi dan ketegangan geopolitik yang bertambah, pihak bank menegaskan bahawa tindakan dasar adalah sangat kritikal.

Pada peringkat global, Bank Dunia menggesa negara-negara terbabit untuk melindungi keselamatan tenaga dan makanan serta memajukan peralihan tenaga. Bagi peringkat domestik pula, semua negara digesa mengawal inflasi, memperkukuh kemampanan fiskal dan menyokong pewujudan peluang pekerjaan.

–BERNAMA