iProperty.com.my: Hartanah Bertingkat Tinggi Berdekatan Persekitaran Kehijauan Merimbun Mencapai Pertumbuhan Modal Tinggi pada H1 2022

  • Kediaman bertingkat tinggi di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang ini memperoleh pertumbuhan modal tertinggi pada H1 2022 berbanding H2 2021.
  • Kebanyakan hartanah ini menampilkan persekitaran yang tenang, dikelilingi kehijauan yang subur dan mempunyai hak milik bebas (freehold).
  • Satu pertiga daripada hartanah yang ditampilkan mencapai pertumbuhan modal peratusan dua digit.

KUALA LUMPUR, 28 NOVEMBER 2022 – Pada September 2022, Pusat Maklumat Harta
Tanah Negara (NAPIC) mendedahkan bahawa Indeks Harga Rumah Malaysia (MHPI)* telah
meningkat secara marginal sebanyak 0.5% pada asas tahun-ke-tahun (y-o-y) pada H2 2022.
Pengumuman ini tidak mengejutkan memandangkan cabaran ekonomi yang berterusan
seperti inflasi yang tinggi, kenaikan kadar faedah dan ketidaktentuan politik. Namun begitu,
harga hartanah bertingkat tinggi terpilih di lokasi utama di Malaysia dengan ciri-ciri mewah
terus mengalami peningkatan.

Oleh itu, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyerlahkan peluang pelaburan
hartanah yang berpotensi, iProperty.com.my telah mengenal pasti hartanah kediaman
bertingkat tinggi di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang dengan pertumbuhan modal
H1 2022 tertinggi.

Sheldon Fernandez, Pengurus Negara, PropertyGuru Malaysia (PropertyGuru.com.my dan
iProperty.com.my), berkata, “Menurut NAPIC, urus niaga hartanah kediaman mewah dalam
kategori harga RM500,000 hingga RM1 juta dan kategori harga RM1 juta dan ke atas
mempunyai pertumbuhan transaksi yang ketara (36.3%) pada H1 2022. Menariknya,
kebanyakan hartanah bertingkat tinggi dalam senarai kami termasuk dalam kategori harga
ini, menunjukkan bahawa hartanah dengan ciri-ciri yang tertentu tidak terkesan oleh situasi
pasca pandemik sekarang. Majoriti hartanah memfokuskan kepada kehidupan mewah
dengan reka bentuk seni bina cemerlang, landskap subur dan lokasi strategik berhampiran
kawasan hijau. Bersama dengan faktor-faktor kemenangan lain seperti ketersambungan
yang baik dan lokasi hampir dengan hospital dan institusi pendidikan yang bereputasi,
hartanah bertingkat tinggi ini sesuai untuk pelaburan jangka panjang.”

Di bawah adalah senarai hartanah kediaman bertingkat tinggi di Kuala Lumpur, Selangor dan
Pulau Pinang dengan keuntungan modal yang baik pada H1 2022:

Hartanah Bertingkat Tinggi dengan Pertumbuhan Modal H1 2022 Terbaik di Kuala Lumpur

Di Kuala Lumpur, South Brooks di Desa ParkCity mendahului senarai dengan pertumbuhan
modal tertinggi pada kadar 10.3%. Selain menyediakan kemudahan gimnasium bertahap
kelab, kondominium ini juga menawarkan landskap dengan taman poket tropika.
Memandangkan South Brooks berada di dalam enklaf Desa ParkCity yang mewah, ia
mempunyai kelebihan kerana dihubungkan dengan pelbagai lebuh raya. Sebuah sekolah
antarabangsa dan sebuah hospital swasta yang terkenal juga terletak tidak jauh dari South
Brooks.

Beberapa hartanah bertingkat tinggi di Bukit Jalil juga muncul sebagai pemenang,
mencatatkan pertumbuhan modal di antara 3.3% (The Z Residence) dan 7.5% (Park Sky
Residence). Pertumbuhan harga mereka telah dirangsang oleh penekanan setiap hartanah
terhadap kehidupan hijau dan berdekatan dengan Taman Rekreasi Bukit Jalil. Sementara itu,
Anyaman Residence di Sungai Besi dan Laman Sceneria Kiara di Segambut mencapai
pertumbuhan modal sebanyak 4.0%. Kedua-dua pembangunan perumahan ini menyediakan
ruang kediaman mewah dan persekitaran tenang untuk penduduk.

Hartanah Bertingkat Tinggi dengan Pertumbuhan Modal H1 2022 Terbaik di Selangor

Dua hartanah lereng bukit, Koi Kinrara Suites di Puchong (16.1%) dan Venice Hill
Condominium di Cheras (15.0%), memperoleh pertumbuhan modal tertinggi di Selangor.
Pembangunan bertingkat tinggi ini menarik minat penduduk bandar yang lebih suka dengan
persekitaran hijau dan kemudahan kondominium moden. Mengenai kebolehcapaian, Koi
Kinrara Suites mempunyai sambungan ke lebuhraya utama dan terletak berdekatan dengan
institut pendidikan tinggi terkemuka. Sementara itu, Kondominium Venice Hill, yang terletak
di atas bukit, memperoleh permintaan besar daripada ekspatriat yang inginkan
pemandangan indah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Setiawalk Residence adalah sebuah lagi hartanah di Puchong dengan angka pertumbuhan
modal dua angka sebanyak 12.6%. Kediaman perkhidmatan ini popular di kalangan keluarga
kecil dan profesional muda kerana ia berada dalam pembangunan bercampur yang terdiri
daripada lot runcit, pejabat, restoran dan pusat hiburan. Selain menawarkan kemudahan di
sepanjang landskap hijau, tempat penginapan ini terletak secara strategik di tengah-tengah
Puchong. Di Seri Kembangan, Kondominium Aman Heights memperoleh pertumbuhan
modal sebanyak 9.2% disebabkan persekitarannya yang damai, berdekatan persekitaran
kehijauan dan seni bina resort tropika. Kondominium ini telah menarik minat penduduk
yang lebih suka tinggal di kawasan pinggir bandar yang kurang sibuk tanpa mengorbankan
kebolehcapaian dan akses ke tapak komersial, institusi pendidikan dan pusat perubatan.

Hartanah Bertingkat Tinggi dengan Pertumbuhan Modal H1 2022 Terbaik di Pulau Pinang

All Seasons Park di Ayer Itam mencapai pertumbuhan tertinggi dengan 19.7% kerana
kemudahan rumah kelab dan taman eksklusifnya dengan tema landskap berbeza, ciri air dan
warna hijau selaras dengan tema empat musim. Terletak di sepanjang Lebuhraya Thean
Teik, membolehkan penduduk bergerak ke bahagian lain bandar dengan mudah. Satu lagi
pembangunan, The Golden Triangle, memperoleh 6.1% dalam pertumbuhan modal dan
terletak di tengah-tengah tiga lokasi utama — Relau, Sungai Ara dan Bayan Lepas. Kelebihan
kondominium ini ialah penduduk boleh menikmati pemandangan kawasan lapang hijau
seluas 1.9 ekar. Pembangunan ini juga boleh diakses melalui Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
dan berhampiran dengan Jambatan Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa
Bayan Lepas Pulau Pinang.

Terdapat projek lain yang berada di bahagian pulau telah melengkapkan senarai — The
Tamarind di Tanjung Tokong (2.9%) dan Imperial Residence di Sungai Ara (2.8%).
Mempunyai reka bentuk tempat peranginan, The Tamarind sangat sesuai untuk golongan
profesional muda dan keluarga yang ingin menikmati gaya hidup di tepi laut sambil berada
berhampiran dengan kawasan The Gurney Drive. Sementara itu, tarikan utama Imperial
Residence adalah susun aturnya yang luas, diilhamkan oleh banglo dan rumah berkembar.
Sama seperti The Golden Triangle, ia terletak berhampiran lapangan terbang dan Jambatan
Pulau Pinang.


Nota kaki
*Indeks Harga Rumah Malaysia (MHPI) mengukur perubahan harga perumahan kediaman di
Malaysia sebagai peratusan perubahan dari tarikh mula tertentu.

Pertumbuhan modal dikira sebagai = Median KPS pada H1 2022 – Median KPS pada H2 2021
/ Median KPS pada H2 2021. Kaki Per Segi (KPS) digunakan untuk mengira pertumbuhan
modal disebabkan oleh pelbagai saiz terbina yang diurusniagakan.
Hanya hartanah yang mempunyai lebih daripada 5 transaksi pada H2 2021 dan H1 2022
telah dipilih untuk menafikan kesan sebarang lonjakan.

Sistem data daripada JPPH secara rasmi merekodkan transaksi hartanah di Malaysia sebaik
sahaja duti setem untuk Perjanjian Jual Beli dibayar. Analisis adalah berdasarkan data yang
tersedia pada tarikh penerbitan dan mungkin tertakluk pada semakan apabila dan apabila
lebih banyak data tersedia.

Pendapat yang dinyatakan dalam siaran akhbar ini bukanlah dalam sebarang bentuk
pengendorsan atau cadangan oleh iProperty.com.my atau MajalahLabur.com. Individu digalakkan untuk membuat kajian sendiri dan mendapatkan nasihat bebas sebelum membuat sebarang pelaburan
.

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan atau Tidak? Semak Laporan CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapakah harga untuk Laporan CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan CCRIS secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM 19.50 RM 15.60.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred (i-Score) 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Sime Darby Property: Strategi Pemilikan Aset Rendah Untuk Kembangkan Portfolio Aset

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR2.15 dikekalkan, harga saham berpotensi menaik 51% dengan kadar hasil dividen kira-kira 3% untuk FY26F

Kami memandang baik akan pelancaran New Economy Venture Fund (NEVF) oleh Sime Darby Property yang bernilai MYR1.25bn. Dengan adanya dana ini, SDPR akan mempunyai platform lebih besar untuk mempercepat usaha-usaha pembangunan pusat data (DC) dan aset-aset industri dan logistik yang lain tanpa membebankan kunci kira-kiranya. Dengan jangka hayat dana selama lima tahun, kami ramalkan SDPR akan mencapai pulangan lebih besar selepas penutupan dana tersebut, dan mungkin dengan menyuntik aset-aset yang dipegang dalam dana tersebut ke dalam aset REIT-nya yang akan datang.

Melonjakkan keyakinan

Dibangunkan dengan struktur patuh syariah secara menyeluruh, platform pelaburan bukan keperluan utama, NEVF mempunyai dana sehingga MYR1.25bn (dana utama: MYR1bn, dana sampingan: MYR250j). Dana ini menyaksikan pelibatan menggalakkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) (GELM).

Makluman: GELM juga pernah terlibat dalam Dana Pembangunan Perindustrian (IDF) milik SDPR pada tahun 2022. SDPR selaku rakan kongsi dan penaja am kepada NEVF, telahpun mengesahkan pelaburan bernilai MYR500.1j sebagai pelabur bersama pada penutupan pertama. Komitmen modal lain masing-masing ialah MYR100j + MYR250j (dana sampingan) daripada KWSP, MYR200j daripada LTAT, dan MYR199.9j daripada GELM.

Tumpuan pada aset-aset DC dan industri

Penubuhan NEVF dirangkakan dengan penuh strategik dan ia akan membuat pelaburan dalam bangunan DC yang dibina mengikut kehendak pelanggan untuk tujuan pajakan, dan juga pembangunan industri dan logistik dalam projek-projek SDPR. Pada pandangan kami, dana ini merupakan satu pencapaian penting lebih-lebih lagi apabila Taman Perniagaan Elmina (EBP) semakin mendapat keuntungan sementara pihak pengurusan mengutamakan model pembinaan yang sesuai dengan kehendak penyewa untuk tujuan pajakan bagi pembangunan-pembangunan industri yang akan datang untuk mengembangkan portfolio pendapatan berulangnya.

SDPR juga giat membangunkan taman-taman perindustrian lain seperti Bandar Bukit Raja, Vision Business Park, Bandar Universiti Pagoh, maka ada banyak peluang untuk ia mengembangkan portfolio asetnya. Semakin banyak pemain dan syarikat multinasional dilihat membina fasiliti penyimpanan di taman-taman perindustrian milik SDPR. Selain DC2, kami fikir pusat pengedaran automatik milik Mydin yang bernilai MYR450j (kawasan binaan: 786,000kps) di EBP mungkin akan dimasukkan dalam NEVP ini.

Lebih banyak suntikan aset akan dilaksanakan

Walaupun NEVP bernilai MYR1.25bn ini akan membentuk bahagian “ekuiti” dalam pelaburan aset, berdasarkan nisbah hutang berbanding ekuiti sebanyak 70:30, NEVP mungkin akan membuat hutang berjumlah MYR2.9-3bn. Hal ini sekali gus menjadikan jumlah saiz dana selepas hutang (atau modal) mencecah sekitar MYR4.25bn. Dengan ini, ia akan berupaya menyerap lebih banyak aset industri (yang akan dibangunkan) kelak. IRR untuk dana ini adalah sekitar 10-15%.

Kesan minimum pada perolehan jangka dekat

Kami meramalkan SDPR akan mengiktiraf keuntungan penjualan aset sebaik sahaja aset-aset berkaitan disuntikkan ke dalam dana ini. Pendapatan berasaskan bayaran semasa jangka hayat NEVP sepatutnya agak rendah.

Asas Penilaian

Penilaian SOP kami melibatkan:
i. Diskaun 30% pada RNAV untuk segmen hartanah
ii. DCF untuk pelaburan pusat datanya.

Faktor Pemacu Utama

Pemilikan bank tanah yang besar

Risiko Utama

Keadaan pasaran lebih lemah daripada jangkaan

Profil Syarikat

Sime Darby Property ialah pemilik tanah tebesar antara semua pemaju yang tersenarai, dengan pelbagai perbandaran, dan juga pembangunan komersial dan bersepadu.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.