Barry Callebaut Bekalkan Ramuan Coklat, Koko RM2 Bilion Di Malaysia

PETALING JAYA, 12 Jan (Bernama) —  Barry Callebaut, pengeluar terkemuka dunia bagi produk coklat dan koko berkualiti tinggi yang membekalkan bahan-bahan yang diperlukan bagi jualan barangan pengguna bernilai RM2 bilion oleh Malaysia ke 57 negara, optimistik terhadap pertumbuhan syarikat.

Pengarah Urusan Barry Calleaut di Malaysia, Robert Kotuszewki berkata ia akan terus melabur untuk pengembangannya berdasarkan permintaan kukuh di sini dan di rantau ini.

“Pasaran semakin berkembang. Purata pertumbuhan industri (tahunan) adalah antara dua dan empat peratus dan kami sentiasa berada melepasi paras tersebut. Kami perlu melabur untuk berkembang,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Pusat Kecemerlangan Perniagaan Asia Pasifik (APAC BEC) syarikat itu di sini hari ini.

Kotuszewki berkata Barry Callebaut telah berada di Malaysia selama lebih 30 tahun dengan pelaburan kira-kira RM1.3 bilion di sini. Ia juga yakin tentang kestabilan politik dan kumpulan pekerja berkemahiran Malaysia.

Syarikat itu mempunyai lebih 600 pekerja di dua lokasi pembuatan dan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Pasir Gudang dan Pelabuhan Klang. APAC BEC ialah pelaburan penting dengan lebih 100 pekerja dengan rancangan untuk meningkatkannya sehingga 150 pekerja pada beberapa bulan akan datang.

“Malaysia ialah hab penting untuk Asia Pasifik dan negara pertama yang dipilih syarikat untuk menubuhkan APAC BEC, hasil daripada asas pembuatan yang kukuh, kepelbagaian budaya dan bakat (pekerja berkemahiran) untuk membantu syarikat itu merentas pasaran serantau.

“APAC BEC akan menyediakan sokongan merentas perkhidmatan kewangan dan perakaunan syarikat, pengurusan maklumat dan teknologi, perkhidmatan pelanggan serta fungsi korporat dan perkhidmatan kongsi yang lain. Ia juga akan membantu meningkatkan pengalaman pelanggan melalui penyeragaman dan kebolehskalaan proses,” katanya.

Penggunaan tahunan coklat per kapita rakyat Malaysia adalah kira-kira 0.5 kg dan mempunyai peluang mencatatkan pertumbuhan, katanya.

Kotuszewki berkata pasarannya termasuk pengilang gula-gula dan makanan, ia juga merupakan rakan kongsi penyumberan luar untuk pengeluar makanan Malaysia yang mencari produk berkualiti tinggi.

Jumlah jualan gula-gula coklat di Malaysia meningkat 12.7 peratus pada 2021 dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.4 peratus antara 2016 dan 2021, katanya.

Hampir 85 peratus pekerjanya termasuk mereka yang bekerja secara tidak langsung, pembekal dan penyedia perkhidmatan adalah rakyat Malaysia, syarikat itu menyediakan peluang kerja yang besar kepada lebih 500 perusahaan kecil dan sederhana,” katanya.

— BERNAMA

Tajuk diubah suai dari artikel Berita Harian

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.