Peralihan Kepada Tenaga Boleh Baharu Mampu Kurangkan Beban Industri Perhotelan

MELAKA, 30 Jan (Bernama) — Isu kenaikan tarif elektrik yang membebankan pemain industri perhotelan mampu ditangani dengan beralih kepada tenaga boleh diperbaharui (RE) atau penggunaan tenaga solar.

Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn Bhd Datuk Dr Ir Muhammad Guntor Mansor Tobeng berkata peralihan itu penting memandangkan 388 hotel bertaraf lima dan empat bintang di seluruh negara terkesan dengan kenaikan kos yang tinggi daripada surcaj 20 sen/kwj atau 40 peratus kenaikan akibat pelarasan tarif elektrik.

“Kita menerima maklum balas daripada persatuan dan pengusaha hotel yang mereka berdepan kenaikan kos operasi terutama selepas tarif elektrik diselaraskan baru-baru ini, terutama hotel lima dan empat bintang yang menggunakan kira-kira 1 juta kilowat jam sebulan berbanding hotel bajet dan bertaraf tiga bintang ke bawah.

“Justeru alternatif terbaik buat pengendali industri perhotelan adalah beralih menggunakan tenaga boleh baharu atau memasang panel solar di bumbung hotel,” katanya yang merupakan salah seorang pengendali ladang solar terbesar di Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Hotel Industry Meetup (HIM) anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama pengusaha hotel dari Melaka, Negeri Sembilan dan Johor di sini hari ini. 

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah MPC Zahid Ismail, Pengarah Eksekutif Persatuan Pemilik Hotel Malaysia Shaharuddin M Saaid dan wakil Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) Rohizam Md Yusoff.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak industri perhotelan turut perlu dibantu dengan penyaluran Geran Audit Tenaga Bersyarat (EACG) melalui Suruhanjaya Tenaga.

Katanya, ini dapat membantu pihak hotel melakukan audit bagi mencari kaedah menguruskan tenaga dengan lebih cekap, yang sekali gus dapat membantu mereka daripada terus menanggung kerugian. 

“Untuk itu saya merayu geran EACG ini disediakan kerajaan untuk digunakan bukan sahaja pengusaha hotel bertaraf lima dan empat bintang tetapi semua hotel secara keseluruhannya termasuk hotel bajet,” katanya.

— BERNAMA

TAG: hotel, industri, tenaga boleh baru, solar, elektrik, EACG, Muhammad Guntor Mansor Tobeng

Previous ArticleNext Article

Jom Sertai Larian Saham “Raging Bull Run 2024”

Jom ramai-ramai kita sertai larian saham “Raging Bull Run 2024” bersama keluarga dan kawan-kawan. Larian ini turut berkolaborasi dengan “KL Borneo Half Marathon” di mana flag-off akan dibuat di Dataran Merdeka.

Cabar diri untuk melakar sejarah peribadi bagi tahun 2024 dengan menyertai larian ini. Uji ketahanan fizikal dan mental. Biar badan sihat, jiwa kuat, hati senang.

Hadir awal, sama-sama kita sertai #gengsubuhmacamjumaat sebelum flag-off.

Tidak kira dari mana anda datang, mungkin anda datang dengan misi baharu, mungkin anda datang bersama rakan dan keluarga, atau mungkin anda akan jumpa jodoh di sini!

Kepada pelari yang berkeluarga, kategori Family Run juga ada.

Dapatkan diskaun early-bird yang menarik. T-shirt dan medal pun cantik wehhh! Tak percaya? Cuba tengok gambar di bawah:

Banyak hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi.

Boleh mula berlatih dari sekarang dan kita jumpa nanti.

The Raging Bull Run 2024 x KL Borneo Half Marathon

👉🏼 Daftar di sini: https://bit.ly/RAGINGBULL24

Tarikh: 14 Julai 2024 (Ahad)
Masa : 6:00 pagi
Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Anjuran KoPPZ (Koperasi PPZ-MAIWP) & penaja utama oleh Asri Ahmad Academy.

Flag Off dan Cut Off Time adalah seperti berikut:

Dapatkan tawaran diskaun untuk yuran bagi yang daftar awal!