Virtualtech Frontier Melancarkan Mitoworld Untuk Bantu Perusahaan Memanfaatkan Pasaran Metaverse Bernilai USD936.6 Bilion

  • Platform sedunia yang intuitif, Mitoworld, merapatkan jurang akses dan kos Metaverse untuk perusahaan
  • Mitoworld mendapat pengesahan dan sokongan MDEC dan MOSTI bagi usaha pendigitalan yang membawa perubahan 

Selangor, 16 Mac 2023 – Virtualtech Frontier (VTF), syarikat pembangun metaverse dan ruang digital terkemuka Malaysia telah melancarkan platform bina metaverse tanpa kod, di jenamakan sebagai Mitoworld. Platform baharu ini direka khusus untuk membantu perniagaan mencipta metaverse mereka sendiri tanpa memerlukan pengekodan yang rumit atau pelaburan kewangan yang tinggi.

Pasaran Metaverse dijangka mencecah USD936.6 bilion menjelang tahun 2030. Dengan pelancaran Mitoworld, VTF berhasrat untuk memperkasakan jenama-jenama global untuk menyertai pasaran yang semakin berkembang ini untuk berhubung dengan khalayak umum dalam talian dengan cara baharu dan kreatif. Langkah ini dapat dilakukan menerusi platform pembinaan metaverse dipacu templat yang sangat menarik dan mudah diakses. 

Jason Low, Ketua Pegawai Eksekutif Virtualtech Frontier (VTF), menjelaskan “Kami teruja untuk memperkenalkan Mitoworld dan menyediakan platform yang berupaya memudahkan perniagaan dalam mencapai impian maya mereka melalui penggabungan dalam metaverse. Platform ini menawarkan penyelesaian tanpa kod yang memudahkan proses mencipta metaverse, menjadikannya boleh di akses oleh perniagaan tanpa mengira saiz dan industri. Platform mesra pengguna ini membolehkan mereka mencipta avatar dan dunia maya sendiri melalui kerangka yang tersedia dan alatan pembinaan bertaraf dunia”.

Mitoworld mampu menangani secara langsung halangan utama untuk menyertai ruang metaverse. Antaranya termasuklah kebimbangan tentang masa, kos pelaburan dan sumber yang diperlukan untuk membina dunia maya yang berkesan. 

Seterusnya, perniagaan boleh menyesuaikan sepenuhnya dunia mereka dengan alatan dalam platform serta keupayaan untuk memuat naik visual luaran, video, muzik dan aset 3D. Metaverse kemudiannya bersedia untuk dilancarkan dan boleh disepadukan dalam laman web jenama. 

Mengulas secara lanjut, Jason menambah, “Metaverse menyediakan peluang yang lebih besar yang tidak boleh diabaikan akibat kebimbangan terhadap perubahan dan inovasi. Menerusi Mitoworld, kami mahu memecahkan halangan ini dan memberikan beribu-ribu perusahaan dan PKS di Malaysia dan dari seluruh dunia laluan yang mudah diakses dan mampu dimiliki untuk turut menyertai potensi metaverse yang bernilai hampir trilion dolar”. 

Pelancaran platform telah tiba pada masa yang tepat dan sejajar dengan laporan “E-Commerce Trend Radar: Envisioning the Next Decade in E-Commerce” oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang menganggarkan bahawa perniagaan tidak lama lagi akan memasuki era perdagangan hiper peribadi berikutan tingkah laku pengguna yang pantas berubah dan kemajuan teknologi seperti metaverse. 

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz, telah memuji tentang kemasukan platform tersebut ke pasaran sebagai penyelesaian inovatif yang memudahkan transformasi digital industri tempatan.

“Matlamat Mitoworld adalah sejajar dengan visi MDEC untuk menggalakkan pendigitalan dan meningkatkan daya saing perniagaan tempatan. Tanggungjawab untuk memastikan metaverse menjadi tempat di mana semua orang boleh berkembang maju dengan piawaian yang jelas untuk privasi, keselamatan dan kebolehcapaian data merupakan usaha bersama, di samping memupuk inovasi dan menggalakkan pembangunan pengalaman baharu yang mendalam. Berpegang pada kerjasama ini, kita boleh membantu membentuk metaverse yang mencerminkan nilai dan keutamaan bersama dan menawarkan peluang baharu untuk kemajuan sosial dan ekonomi,” Mahadhir Aziz menjelaskan.

[Dalam gambar: Badan pengasas VTF bersama YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, MOSTI, dan Anis Adura, Pengurus Kanan Government and Stakeholder Management, Strategic Land Development (MRANTI)]

Memuji potensi impak besar berikutan penyertaan Mitoworld dalam usaha pendigitalan perniagaan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), berkata, “Penyelidikan dalam teknologi masa depan seperti metaverse, XR dan Web 3.0 boleh dikomersialkan dengan cepat melalui penyediaan prototaip pantas dan proses pemikiran reka bentuk kerana inovasi ini dipacu oleh pasaran. Melalui gabungan digital dunia fizikal dan pembangunan aset digital, metaverse menjadi sebuah ekonomi dan ruang pasaran baharu untuk aktiviti R&D dan C&I. Secara jangka panjang, saya melihat inisiatif kerajaan digital juga boleh disepadukan dengan metaverse”.

Perniagaan boleh memanfaatkan Mitoworld untuk membina dunia maya dalam talian yang mampan yang boleh menjadi hab jangka panjang untuk para peminat dan pengguna berinteraksi dengan jenama dan antara satu sama lain. Metaverse juga boleh digunakan untuk menghoskan kempen maya atau menganjurkan pameran digital tanpa memerlukan kos yang tinggi untuk pengambilan pekerja, peningkatan kemahiran dan menaik taraf peranti. Metaverse berfungsi terutamanya sebagai platform maya hiper peribadi yang boleh menjadi aliran masuk hasil yang baharu untuk perniagaan dengan wujudnya NFT, permintaan perdagangan sosial yang semakin meningkat dan tingkah laku membeli-belah pengguna yang sentiasa berubah yang lebih memilih kemudahan dan keistimewaan.

Sejak VTF ditubuhkan, VTF telah memberi khidmat kepada jenama terkemuka dari pelbagai industri termasuk laman rangkaian sosial, runcit dan F&B dengan mewujudkan kehadiran secara maya bagi ratusan syarikat korporat di rantau ini. Sebagai syarikat yang bakal diiktiraf sebab syarikat unicorn Malaysia,VTF juga merupakan sebahagian daripada 100Soonicorns, sebuah program anjuran MDEC dan Penjana Kapital yang membantu membentuk unicorn perniagaan akan datang di Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Luno, Halogen Capital dan Kenanga Investors Teroka Stablecoin yang Dipaut kepada Ringgit untuk Penyelesaian Dana yang Ditokenkan

Kuala Lumpur, 24 September 2026 – Bursa aset digital terkemuka Malaysia, Luno Malaysia Sdn. Bhd. (“Luno”), hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Halogen Capital Sdn. Bhd. (“Halogen Capital”) dan Kenanga Investors Berhad (“Kenanga Investors”) di LIDAC 2026 di Kuala Lumpur bagi meneroka penggunaan UMYR sebagai instrumen penyelesaian on-chain bagi dana pasaran wang yang ditokenkan. UMYR ialah stablecoin yang dipaut kepada Ringgit dan disokong sepenuhnya oleh rizab.

Kerjasama ini menyatukan tiga entiti yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC): Luno, sebuah Pengendali Pasaran Diiktiraf (Bursa Aset Digital) yang berdaftar, serta Halogen Capital dan Kenanga Investors, yang masing-masing merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) dan mengendalikan dana serta mandat yang ditokenkan.

(Dari kiri ke kanan) Datuk Wira Ismitz Matthew De Alwis, Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad; Hann Liew, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Halogen Capital; dan Scarlett Chai, Pengurus Negara (Malaysia), Luno, mengumumkan satu kerjasama strategik untuk meneroka penggunaan stablecoin UMYR yang nilainya dipautkan kepada Ringgit Malaysia dan disokong sepenuhnya oleh rizab, sebagai instrumen penyelesaian transaksi berasaskan blockchain (on-chain) bagi dana pasaran wang yang ditokenkan (tokenised money market funds).

Inisiatif ini bertujuan untuk menunjukkan keupayaan penyelesaian Penyerahan-semasa-Pembayaran (Delivery-versus-Payment, DvP) secara masa nyata bagi langganan dan penebusan dana, sekali gus memendekkan tempoh penyelesaian berbanding sistem penyelesaian konvensional.

Mengenai Inisiatif Ini

UMYR dicadangkan untuk diterbitkan oleh entiti penerbitan khusus yang diasingkan (ring-fenced) dalam kumpulan Luno serta disandarkan pada nisbah 1:1 oleh Ringgit yang disimpan dalam akaun berasingan di Malaysia dengan rakan perbankan yang dikawal selia.

Di bawah inisiatif yang dicadangkan:

  • Luno (Penerbit) akan menerbitkan (mint) dan menebus (burn) UMYR pada nisbah ketat 1:1 berdasarkan Ringgit yang diterima atau dibayar keluar, mengurus proses penyertaan institusi dan pengurusan senarai dompet yang diluluskan (wallet whitelisting), serta menyediakan penyelarasan rizab harian yang disokong oleh pengesahan rizab pihak ketiga bebas.
  • Halogen Capital dan Kenanga Investors (Rakan Dana) akan mengambil bahagian sebagai pengurus dana dalam inisiatif ini dengan menerima UMYR bagi penyelesaian langganan dan penebusan untuk dana pasaran wang yang ditokenkan masing-masing, sambil mengekalkan tanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan dana, pengurusan daftar unit serta segala tanggungjawab kepada pelabur di bawah lesen CMSL masing-masing.

Inisiatif ini direka sebagai pengaturan tertutup (closed-loop) antara perniagaan dengan perniagaan yang melibatkan peserta institusi yang telah diluluskan. Tiada pelanggan runcit akan didaftarkan, terlibat atau diberikan perkhidmatan sepanjang pelaksanaan inisiatif stablecoin ini.

Pengurus Negara (Malaysia) Luno, Scarlett Chai  berkata: “Ketika ekosistem aset digital Malaysia beralih daripada pembinaan asas kepada keupayaan institusi, infrastruktur seperti UMYR amat penting. Dengan menyediakan instrumen penyelesaian yang disandarkan Ringgit secara 1:1 dan diasingkan sepenuhnya, kami menunjukkan bagaimana kecairan on-chain dan penyelesaian DvP masa nyata boleh beroperasi dengan lancar dan bertanggungjawab dalam rangka kerja kawal selia sedia ada Malaysia bersama peneraju industri berlesen.”

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Halogen Capital, Hann Liew berkata: “Sebagai antara peneraju awal dana ditokenkan di Malaysia, kami melihat penyelesaian sebagai komponen penting seterusnya. Jadi, menguji UMYR sebagai instrumen penyelesaian yang khusus amat selari dengan visi kami untuk pengurusan dana moden. Beroperasi dalam rangka kerja yang dikawal selia bersama rakan berlesen SC memastikan kami dapat menawarkan operasi dana yang lebih pantas dan selamat kepada peserta institusi.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad, Datuk Wira Ismitz Matthew De Alwis berkata: “Inisiatif ini akan terus memperkukuh usaha kami dalam bidang tokenisasi aset. Digandingkan dengan infrastruktur penyelesaian generasi baharu, kami percaya inisiatif ini akan membawa industri lebih dekat untuk merealisasikan sepenuhnya manfaat tokenisasi, dengan memanfaatkan asas yang telah dibina melalui pelancaran Myrra dan dana ditokenkan pertama di Malaysia. Sambil meneroka peluang ini, tanggungjawab fidusiari kami kekal tidak berubah, dan kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak pengawal selia.”

Apa Maknanya kepada Pasaran Modal Malaysia

Kolaborasi ini merupakan satu langkah penting dalam pengujian infrastruktur aset digital yang dikawal selia bersama ekosistem pengurusan dana sedia ada di Malaysia. Ciri-ciri utama inisiatif yang dicadangkan termasuk:

  • Penyelesaian lebih pantas: Penyelesaian DvP masa nyata untuk langganan dan penebusan dana berbanding tempoh penyelesaian konvensional.
  • Disokong sepenuhnya oleh rizab: UMYR direka untuk disandarkan pada nisbah 1:1 oleh Ringgit yang disimpan dalam akaun berasingan di Malaysia, dengan penyelarasan rizab harian dan pengesahan bebas.
  • Inovasi yang bertanggungjawab: Dengan menguji UMYR bersama pihak yang dikawal selia, pembangunan masa depan penyelesaian on-chain di Malaysia dapat dibina berasaskan kawalan yang telah diuji, bukannya andaian yang belum terbukti.

Membina Infrastruktur Aset Digital Terkawal Selia untuk Malaysia

Inisiatif ini memperkukuh rekod Luno sebagai bursa aset digital pertama yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Luno dipercayai oleh lebih 1 juta rakyat Malaysia serta menawarkan senarai aset digital terbesar yang diluluskan SC di negara ini. Dengan menggabungkan instrumen penyelesaian UMYR yang dipaut kepada Ringgit dan disokong sepenuhnya oleh rizab dengan dana ditokenkan yang diuruskan oleh institusi pasaran modal berlesen, inisiatif ini bertujuan menunjukkan bahawa penyelesaian berasaskan blockchain boleh beroperasi dalam rangka kerja kawal selia Malaysia, bukan di luarnya.

Kolaborasi ini mewakili hasrat komersial pihak-pihak yang terlibat untuk bekerjasama, namun tidak merupakan komitmen untuk melancarkan UMYR atau inisiatif ini. Sebarang penyertaan tertakluk kepada libat urus kawal selia dan pelaksanaan perjanjian muktamad.

Kolaborasi ini diumumkan pada Persidangan Aset Digital Institusi Luno (LIDAC), persidangan aset digital utama Malaysia bagi institusi. Diadakan di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur, persidangan tersebut meneliti fasa seterusnya industri aset digital Malaysia, yang merangkumi stablecoin, tokenisasi, aset dunia sebenar, kustodian dan pematuhan.

Acara itu menghimpunkan lebih 500 pengurus dana institusi, penasihat kewangan, pengawal selia, pemimpin pematuhan dan perintis Web3 dari seluruh rantau untuk membincangkan amalan terbaik dalam aspek kustodian, pematuhan dan pengurusan risiko. Berasaskan kejayaan edisi sulung pada tahun 2025, program tahun ini mencerminkan kematangan pasaran yang beralih daripada pembinaan asas kepada pembangunan infrastruktur, tadbir urus serta keupayaan institusi yang diperlukan bagi menyokong penerimagunaan berskala besar secara bertanggungjawab.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook dan Instagram rasmi Luno Malaysia.

Disclaimer: This material is solely for general information purposes. It has not been reviewed by the Securities Commission Malaysia (“SCˮ). This information contained herein does not constitute any investment advice. Past performance is not indicative of future performance.