Status Saham Patuh Syariah Sering Berubah

Pelaburan merupakan satu tindakan di mana pelabur melaburkan wang atau aset ke dalam pasaran modal dengan menjangkakan pulangan pada masa akan datang dapat meningkat. Seperti yang diketahui ramai, terdapat pelaburan secara Islamik dan juga konvensional. Pelaburan Islamik dapat didefinisikan sebagai pelabur yang menyumbang wang mereka bagi tujuan memperoleh keuntungan yang dibenarkan dalam syariat Islam. Manakala pelaburan konvensional adalah bebas dimana segala aktiviti pelaburan tidak perlu bertepatan dengan syariat Islam.

Terdapat dua pendekatan bagi mewujudkan kebolehan pasaran saham dalam sektor kewangan Islam di Malaysia. Pertama adalah dengan mengenal pasti produk dan perkhidmatan konvensional sedia ada yang secara amnya boleh diterima oleh Islam, dan mengubah suai dan menghapuskan sebarang unsur terlarang yang dapat mematuhi prinsip Syariah. Kedua, dengan melibatkan penggunaan pelbagai prinsip Syariah untuk memudahkan penghasilan dan inovasi produk dan perkhidmatan baharu.

Antara isu yang ingin dihuraikan adalah saham-saham yang patuh syariah kerap berubah statusnya menjadi saham tidak patuh syariah. Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan mengemas kini status saham-saham patuh syariah di Bursa Malaysia pada setiap tahun sebanyak dua kali.  

Antara kriteria yang diukur oleh pihak MPS dalam menentukan sesuatu saham patuh syariah adalah berdasarkan aktiviti utama syarikat. Secara jelasnya, semua aktiviti yang dijalankan oleh syarikat mestilah tidak bertentangan dengan syariat Islam. Sebagai contoh, pihak MPS akan mengeluarkan sesuatu syarikat atau sekuriti daripada senarai sekuriti lulus syariah apabila operasi utama syarikat berteraskan riba, aktiviti perjudian, mengeluar atau memasarkan produk yang haram serta menjalankan kegiatan yang mempunyai unsur gharar iaitu ketidakpastian dalam perniagaan sesebuah syarikat.

Antara saham patuh syariah popular yang bertukar statusnya menjadi saham tidak patuh syariah adalah REDtone Digital Berhad. REDtone Digital Berhad merupakan syarikat komunikasi di Malaysia dan telah disenaraikan sebagai saham patuh syariah pada Mei 2020. Namun, status saham syarikat ini berubah kepada saham tidak patuh syariah pada Mei 2021. Walaubagaimanapun, saham ini bertukar kembali ke dalam senarai saham patuh syariah pada Mei 2022. Secara keseluruhannya, saham REDtone Digital Berhad telah berubah status syariahnya sebanyak tiga kali dalam tempoh dua tahun.

Oleh itu, setiap pelabur yang mengutamakan pelaburan patuh syariah, perlulah berhati-hati dalam pemilihan saham yang sering berubah status patuh syariahnya dan sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa saham tersebut. Hal ini kerana, apabila saham yang dimiliki dalam tempoh pengumuman untuk bertukar statusnya kepada saham tidak patuh syariah, pelabur perlulah menjual dengan kadar segera saham yang dimiliki itu untuk mendapatkan keuntungan yang halal. Manakala, selepas pengumuman dibuat, saham patuh syariah yang bertukar statusnya akan menjadikan keuntungan yang didapati oleh pelabur tidak halal dan keuntungan tersebut perlulah diderma atau dibuat amal kebajikan. 

Artikel sumbangan:

NUR ZULKIRAH BINTI ZULKIFLI (288890)

BIFS3013 ISLAMIC INVESTMENT,

Universiti Utara Malaysia (UUM)

Baca lagi: Senarai Terkini Saham Patuh Syariah (Mei 2023)

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.