Internet 5G Terlaju Untuk Bisnes Anda. Dapatkan U Biz 98 Bundle Dengan Harga Lebih Murah Sekarang!

Tercari-cari pelan data internet yang laju dan stabil untuk bisnes anda? Nak kurangkan kos overhead perniagaan tetapi dalam masa yang sama perlukan internet yang berkuasa tinggi agar urusan perniagaan berjalan lancar? Artikel kali ini kami nak kongsikan pakej terhangat daripada U Mobile Biz, iaitu Unbeatable U Biz 98 Bundle untuk pecutkan bisnes anda dengan 5G. 

Baca sampai habis untuk dapatkan pakej ini pada harga diskaun 50% dan terendah di pasaran berserta tawaran lain yang menarik!

U Biz 98 Bundle

Realisasikan Biz Impian Dengan 5G

Hari ini, kita berada di puncak revolusi 5G yang akan menambah kecekapan dan daya saing berkuasa digital dari internet berkelajuan tinggi di seluruh dunia. 

Pelaksanaan 5G di Malaysia akan memberi kesan kepada pelbagai sektor. Ini akan lebih gah lagi apabila negara berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan 5G kepada sebanyak mungkin pengguna dan syarikat dalam tempoh yang tersingkat. 

Dengan kelajuan sehingga 100 kali ganda lebih pantas dari 4G, 5G dilihat akan membuka kunci inovasi dalam sektor ekonomi digital ini. Justeru itu, dalam merealisasikan impian tersebut U Mobile menyambut baik hal ini dan menyediakan lebih banyak tawaran istimewa dan promo khas buat para usahawan di luar sana.

Kelebihan Unbeatable U Biz 98 Bundle Untuk Bisnes Anda

U Mobile Biz menyediakan data internet dan pelan telefon bisnes terbaik di Malaysia untuk memperkasakan lagi bisnes anda. Dengan tawaran Unbeatable U Biz 98 Bundle, anda boleh nikmati:

1. 5G Rangkaian terunggul

Realisasikan bisnes impian anda dan tukar ke rangkaian 5G ultra pantas tanpa sebarang caj dengan Unbeatable U Biz 98 Bundle & dapatkan 5 talian bisnes.​​

2. 1,000GB Data Pantas & Ultra Hotspot 5G

Nikmati 5G pengalaman pantas terunggul untuk segala keperluan internet. Tiada sekatan Ultra Hotspot 5G untuk semua peranti anda.​​

3. Perantauan Global Percuma

Kekal berhubung dengan rakan kongsi anda walaupun di luar negara dengan 15GB data perantauan bulanan & panggilan masuk PERCUMA di 63 destinasi.

4. Panggilan Tanpa Had

Pastikan perbincangan tidak terputus dengan rakan kongsi anda dengan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.​​

Apa Lagi Tawaran Hebat Unbeatable U Biz 98 Bundle?

U Biz 98 Bundle

Menariknya lagi, kini anda boleh dapatkan Unbeatable U Biz 98 Bundle ini pada separuh harga! . Daripada RM98/ bulan setiap talian, sekarang hanya RM50/bulan setiap talian sahaja! Memang luar biasa jimat kaw-kaw!

Bukan itu sahaja, dengan promosi terhangat ini anda juga akan dapat dua peranti 5G Samsung Galaxy A14 5G* secara PERCUMA

Bila dah ada 5G mesti kena ada gajet yang mesra 5G juga! Tak perlu susah-susah nak beli telefon pintar baharu dengan kemampuan 5G, sebab dengan melanggan pakej ini anda akan terus dapat dua peranti 5G yang berkualiti untuk anda miliki secara percuma.

Syaratnya mudah sahaja, hanya daftar sebagai pengguna U Biz 98 Bundle.

Rebut Tawaran Unbeatable U Biz 98 Bundle Hari Ini

Jom dapatkan pakej premium ini pada harga diskaun RM50 sekarang!

Nikmati kepantasan dan kecanggihan Unbeatable U Biz 98 Bundle istimewa untuk majukan bisnes anda hari ini. Pastikan hanya yang terbaik untuk bisnes anda!

Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan informasi terbaru dan terhangat dari U Biz layari: http://bitly.ws/LeAs

*Tertakluk pada terma dan syarat



Previous ArticleNext Article

Telekom Malaysia: Cabaran Dalam Operasi Rangkaian

Saranan BELI kekal dengan harga sasar (TP) baharu MYR9.30 daripada MYR8.90 berdasarkan DCF, potensi kenaikan harga saham 24% dan kadar dividen kira-kira 4%. Baru-baru ini, kami menganjurkan perjumpaan secara maya dengan Telekom Malaysia dan lebih 30 orang pelabur.

Walaupun perolehan FY26F mungkin terjejas oleh kos skim pemberhentian kerja secara sukarela (VSS) yang berlanjutan, TM menjangkakan prestasi yang kukuh untuk FY27 disebabkan oleh penjimatan kos tenaga kerja (bayaran balik sebanyak 1.9 tahun hasil daripada VSS), sumbangan lebih tinggi daripada pusat data (DC), dan pertumbuhan berterusan dalam perniagaan terasnya. TM kekal sebagai saham pilihan utama kami untuk sektor ini.

Kos 5G borong lebih rendah dengan U Mobile (UM), akses 5G DNB diteruskan untuk setahun lagi dalam senario kes terburuk

TM berkata ia telah mematuhi sepenuhnya peruntukan dan terma undang-undang yang mengawal penamatan perjanjian akses (AA) borong dengan Digital Nasional (DNB), yang membenarkan pencari akses menamatkan perjanjian dalam tempoh 30 hari selepas tawaran akses rujukan (RAO) dikeluarkan oleh penyedia akses lain (UM menerbitkanRAO-nya pada 25 Januari). Dalam senario kes terburuk, TM mungkin perlu meneruskan perjanjian sedia ada dengan DNB untuk setahun lagi (FY27), dengan Jan 2028 sebagai tarikh akhir muktamad untuk pencari akses menamatkan perjanjian (dalam 6 tahun selepas
AA dimeterai).

Kapasiti prabayar bernilai MYR127j yang tidak digunakan untuk DNB mungkin terpaksa dilepaskan. Di samping mengakses rangkaian kendiri 5G yang lebih baru, perjanjian rangkaian teras berbilang pengendali (MOCN) 5G dengan UM patut mengaut penjimatan kos langsung yang baik buat TM, yang mengalami kenaikan pada FY25 akibat peralihan ke bayaran akses 5G tetap.

Dividen mutlak berkembang, dasar DPR baru mungkin ditetapkan pada bulan Mei

TM ingin mengembangkan dividennya secara berperingkat dengan agihan dividen khas untuk melengkapi bayaran dividen biasa. Pindaan nisbah bayaran dividen (DPR) yang memasukkan bayaran minimum yang menawarkan kepastian berkenaan dividen, sedang dipertimbangkan. Ia berhasrat untuk menambah paras hutangnya (hutang bersih/EBITDA pada paras terendah dalam sejarah iaitu 0.4x) bagi membiayai capex untuk bayaran dividen yang diagihkan daripada aliran tunai operasi yang lebih kukuh.

Pada pandangan kami, keamatan capex TM mungkin akan kekal tinggi dalam jangka sederhana disebabkan oleh pelaburan dalam kabel-kabel dalam laut baru untuk menggantikan kabel-kabel lama dan pemodenan rangkaian.

Perniagaan teras patut terus berprestasi baik

TM menjangkakan operasi perniagaan kepada pengguna (B2C)/Unifi akan terus bertumbuh pada digit tunggal rendah (FY25: +3%), disokong oleh tawaran yang tertumpu (kira-kira 50% daripada asas keseluruhan Unifi). Segmen borong (TM Global) juga patut mengekalkan pertumbuhan pada digit tunggal tinggi (digit belasan rendah diramalkan, FY25: +8%) ekoran faktor pemacu berstruktur dan kapasiti kabel dalam laut tambahan yang bakal beroperasi.

Ia juga memandang optimis akan TM One (segmen perusahaan, FY25: -4%) susulan perubahan pucuk kepimpinan, dengan penurunan harga daripada pembaharuan kontrak rata-ratanya sudah berlalu

Ramalan dipertingkatkan untuk FY27-28F

Ramalan FY26 kami dipinda sedikit tetapi kami menaikkan perolehan teras FY27-28F sebanyak 1% dan 9%, kebanyakannya untuk mengambil kira kos pembiayaan lebih rendah, penjimatan kos tenaga kerja dan pertumbuhan perusahaan lebih kukuh (DC). Andaian DPS kami juga dinaikkan bagi mencerminkan pengurusan modal yang lebih kukuh

Faktor Pemacu Utama

i. Pendapatan borong dan perusahaan meningkat dengan lebih kukuh
ii. Sumbangan DC berkembang
iii. Langkah mengoptimumkan kos

Risiko Utama

i. Persaingan rangkaian FBB runcit semakin rancak
ii. Perolehan lebih lemah daripada jangkaan
iii. Perkembangan dasar yang buruk

Sorotan Lain

Pertumbuhan DC yang lebih kukuh dijangkakan dengan kapasiti yang diperluas

Menurut TM, ia telah prajual 50% daripada kapasiti yang diperluas di Pusat Data Iskandar Puteri (IPDC) miliknya (mempunyai komposisi pengendali berskala besar lebih tinggi) dan 30-40% di Pusat Data Lembah Klang (KVDC) yang baru ditauliahkan. DC-AI TM-Nxera (Fasa 1: 64MW) berkembang baik untuk siap pada 2H25, dengan prospek kemasukan pencipta yang baik.

Penganalisis
Jeffrey Tan +603 2302 8112 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.