Jumlah Pengagihan Pendapatan ASB Lebih Baik Pada Kadar 5.25 Sen

Agihan pendapatan 2023 ini adalah yang tertinggi sejak tahun 2020 (era Covid)!

  • Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit, untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB), bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
  • Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.
  • ASB memberikan pengagihan pendapatan kompetitif, mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank yang mencatatkan kadar purata sebanyak 2.85% sepanjang tahun ini.

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2023: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (TK2023).

Jumlah tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.

ASB terus memberikan pengagihan pendapatan yang kompetitif, mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank. Bilangan akaun ASB meningkat lebih daripada 200,000 kepada 10.8 juta akaun, menunjukkan keyakinan berterusan terhadap ASB sebagai instrumen simpanan dan pelaburan penting bagi golongan Bumiputera dalam perancangan kewangan mereka.

Pasaran Malaysia pada tahun 2023 telah menunjukkan daya tahan dan menyesuai dengan baik di tengah-tengah ketegangan geopolitik global dan ketidaktentuan ekonomi. Walaupun berhadapan dengan cabaran termasuk kenaikan kadar faedah dan tekanan inflasi, ekonomi dan pasaran modal Malaysia menunjukkan keupayaannya untuk mengharungi cabaran ini.

Menurut Kementerian Kewangan, ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang 4.0% pada tahun 2023, dengan sokongan berterusan penggunaan domestik yang kukuh, perbelanjaan infrastruktur serta pemulihan dalam sektor pelancongan.

Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh sebanyak 3.3% pada suku ketiga 2023 (Q3 2023), berbanding 2.9% pada Q2 2023 (Q1 2023: 5.9%). Namun begitu, pasaran modal tidak terlindung daripada trend makro global, khususnya kenaikan kadar faedah. Setakat 15 Disember 2023, FBM KLCI telah merosot 2.2%.

Pengerusi Kumpulan PNB, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda berkata, “Di sebalik keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah, PNB telah secara konsisten memberikan pulangan yang kompetitif melalui dana harga tetap kami, yang kesemuanya telah mengatasi penanda aras mereka selama ini. Oleh itu, orang ramai digalakkan agar terus menyimpan untuk jangka masa panjang dan masa depan yang terjamin. Kami mengiktiraf kepentingan memperjuangkan agenda celik kewangan dan berpandukan matlamat kami yang diperbaharui baru-baru ini – ‘Untuk Mengukuh Kedudukan Kewangan Rakyat Malaysia, Merentas Generasi’, kami komited untuk berkhidmat kepada pemegang unit kami dan memberikan hasil yang kompetitif.”

“Tahun ini, kami menyaksikan peningkatan dalam bilangan akaun kepada 15.6 juta setakat Oktober 2023 (daripada 15.2 juta tahun lepas). Populariti berterusan produk unit amanah kami terbukti melalui kajian daripada 2023 RinggitPlus Malaysian Financial Literacy Survey (RMFLS) dengan produk ASNB mengekalkan kedudukan mereka sebagai pilihan pelaburan paling popular,” tambah beliau.

Dalam perkembangan korporatnya, tahun 2023 merupakan tahun yang penuh peristiwa bagi PNB. Transaksi utama ialah penggabungan UMW Holdings Berhad dan Sime Darby Berhad, yang mengukuhkan kedudukan Kumpulan dalam sektor automotif domestik dan serantau. Perkembangan lain termasuk penggabungan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), serta pemeteraian perjanjian jual beli dan pajakan balik RM2 bilion bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP], dengan Osram Opto Semiconductors Sdn Bhd untuk kemudahan pembuatannya di Kulim Hi-tech Park, Kedah. Perjanjian penting itu adalah selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, “ASB telah mencatatkan prestasi yang kukuh, hasil daripada perumpukan aset dan strategi kepelbagaian kami. Beberapa urus niaga penting telah dilaksanakan untuk meningkatkan nilai bagi pemegang unit. ASB 3 terus menjadi pelaburan pilihan jutaan masyarakat Bumiputera dan terus memberikan pulangan yang konsisten, membentuk sebahagian daripada pelan simpanan untuk lebih 10.8 juta pelanggan.”

Tahun ini juga menyaksikan pelancaran Superapp myASNB yang diperbaharui untuk menyediakan perjalanan dan pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan kepada pemegang unit, serta Laporan Tahunan Bersepadu (IAR) sulung PNB, yang menerapkan kemampanan dalam rangka kerja pelaporan Kumpulan bagi meningkatkan standard dan ketelusan pelaporannya, selaras dengan amalan terbaik global. Sementara itu, susulan pelancaran dana ASN Sukuk pada November 2022, PNB menyaksikan permintaan yang sihat daripada pemegang unit dengan lebih daripada 1 bilion unit terjual sejak pelancaran.

“PNB terus menunjukkan daya tahannya dalam mengharungi ketidaktentuan 2023. Seiring melangkah ke tahun baharu dan melakarkan peluang baharu, kami akan meneruskan strategi pelaburan kami dan kekal teguh dalam komitmen untuk menyampaikan mandat kami,” kata Ahmad Zulqarnain.

Melangkah ke 2024, PNB akan terus menyokong agenda inovasi dan mengutamakan pendigitalan untuk menambahbaik pengalaman pemegang unit, sambil memastikan Kumpulan berada di landasan yang betul dalam mencapai 10 Komitmen ESG (Alam Sekitar, Sosial, & Tadbir Urus). PNB juga akan lebih aktif dalam memperjuangkan agenda celik kewangan untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi.

Antara inisiatif itu termasuk menawarkan Auto Labur, sebuah fungsi pelaburan berulang pada aplikasi myASNB, untuk meningkatkan tabiat menyimpan dan memperkenalkan ASNB Academy, sebuah instrumen celik kewangan yang boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia dengan fungsi sebagai hab pengetahuan dan pusat rujukan mengenai pelaburan serta perancangan kewangan. Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASB adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana tersebut. Unit-unit yang dilaburkan semula daripada pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2024.

Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, akan ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 25 Disember 2022. Satu ciri khas diperkenalkan pada tahun ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia terus menyimpan, yang membolehkan transaksi pelaburan tunai tambahan dalam ASB bermula 26 Disember 2023. Urus niaga pelaburan ini akan diambil kira untuk baki minimum bulanan pada Januari 2024, membolehkan pemegang unit menikmati pengiraan penuh pengagihan pendapatan mulai Januari 4 2024. Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di semua platform digital dan perbankan internet bermula 1 Januari 2024, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 2 Januari 2024.

-Tamat

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Kerjaya Prospek: Memperoleh Kerja M&E Pertama Berkaitan Sebuah DC

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR3.19 dikekalkan, potensi kenaikan harga saham 32% dan kadar dividen sekitar 5% untuk FY27F

Kerjaya Prospek mengumumkan yang ia telah memperoleh subkontrak bernilai MYR52.5j berkaitan kerja awam, struktur dan kerja mekanikal & elektrik (M&E) asas bervoltan rendah untuk cadangan pembinaan stesen pendaratan pengguna baru berkapasiti 275 kilovolt bagi sebuah pusat data (DC) yang terletak di Lembah Klang. Kerja pembinaan akan bermula pada 23 Jul dan disasarkan siap pada 9 Jan 2027.

Projek ini merupakan kerja kesembilan yang diraih oleh KPG untuk FY26 dan kerja pertamanya berkaitan DC

Kami menjangka margin bersih untuk projek ini akan berada dalam lingkungan 6-7% kerana ia mungkin melibatkan kebergantungan tinggi pada subkontraktor. Pengumuman terkini ini menyusuli pengambilalihan
pegangan 9% dalam ES Sunlogy (SUNLOGY MK, TIADA SARANAN) yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan M&E untuk sistem pengedaran bekalan elektrik dan bangunan, di samping penjanaan dan jualan tenaga boleh dibaharui.

Setakat ini, pendedahan SUNLOGY dalam segmen DC meliputi kerja bernilai MYR108j untuk membekalkan, menghantar dan memasang utiliti luaran yang merangkumi kerja-kerja bervoltan tinggi (HV), voltan sederhana (MV), voltan rendah (LV), voltan amat rendah (ELV) dan kerja berkaitan saluran telekomunikasi untuk pakej kerja elektrik bagi bangunan utama DC tersebut.

Apabila dibandingkan dengan kontraktor-kontraktor M&E lain yang terlibat dalam pembinaan stesen pendaratan pengguna (CLS) untuk DC

Seperti MN Holdings (MNHLDG MK, TIADA SARANAN) dan CBH Engineering (CBHB MK, TIADA SARANAN) – saiz kontrak adalah antara MYR30j dan MYR245.4j. Walaupun begitu, kami berpandangan bahawa kerja ini merupakan titik permulaan yang baik untuk KPG melangkah masuk dalam segmen M&E. Secara keseluruhannya, saiz pasaran untuk perkhidmatan kejuruteraan di Malaysia dijangka berkembang pada CAGR empat tahun (2025-2029) mencecah 11.9%

Buku pesanan

KPG sudah memperoleh projek-projek baru bernilai kira-kira MYR2.15bn YTD berbanding andaian penambahan kerja kami sebanyak MYR2.3bn untuk FY26. Pada pendapat kami, potensi projek yang akan diketahui keputusannya pada 2H26 termasuklah:

i) Mezon@Park Enclave milik Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin bernilai MYR200-400j, berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

ii) projek Kerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN) dengan GDV MYR720j (anggaran nilai pembinaan: sekitar MYR288j) di Batu Kawan.

Anggaran perolehan

Kami tidak membuat sebarang pindaan pada perolehan FY26F kerana kerja terkini yang diterima ini termasuk dalam sasaran penambahan kerja kami sebanyak MYR2.3bn untuk FY26F. Oleh itu, TP kami iaitu MYR3.19 yang diperoleh melalui kaedah SOP dikekalkan. TP kami juga memasukkan premium ESG 2% berdasarkan markah ESG 3.1.

Faktor pemangkin penting buat KPG

Jika ia terlibat dalam sebarang projek prasarana besar seperti Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang. Menurut The Edge, KPG menerusi konsortium dengan SinoHydro Corp dan Power China Group sedang menyasarkan pakej kedua LRT Pulau Pinang (anggaran nilai MYR4bn). Risiko-risiko negatif: Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor pemacu utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berlarutan.

Profil Syarikat

Kerjaya Prospek memperoleh penyenaraiannya melalui pengambilalihan terbalik ke atas Fututech. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, dan pembuatan.

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.