Prudential Malaysia Bekerjasama Dengan KWSP Untuk Memperkasakan Ahli-Ahli KWSP Serta Insan Tersayang Ke Arah Kebebasan Kewangan

Penyedia perkhidmatan insurans dan takaful keluarga terkemuka memberdayakan akses kepada pelan kewangan mampu pilik melalui i-Lindung KWSP

Penyedia perkhidmatan insurans dan takaful keluarga terkemuka memberdayakan akses kepada pelan kewangan mampu pilik melalui i-Lindung KWSP.

Untuk mendapatkan pelan perlindungan ini, para ahli hanya perlu log masuk ke aplikasi telefon bimbit KWSP i-Akaun, di bahagian Pelan Perlindungan Ahli, pilih pelan perlindungan yang bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi turut merangkumi pasangan dan anak-anak. Selanjutnya, bayaran boleh dibuat melalui pemotongan dari KWSP.

“Sejak pelancaran i-Lindung, respon dan permintaan yang diterima bagi pelan-pelan perlindungan KWSP telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Ramai rakyat Malaysia mahukan pelan perlindungan yang mampu milik serta komprehensif untuk mereka dan insan tersayang, khususnya dalam lanskap ekonomi yang mencabar ini. Ini telah mendorong kami untuk melancarkan PRUGuard Family dan PRUCare Family. Kini, ahli-ahli KWSP boleh melindungi diri serta keluarga melalui KWSP,” jelas Encik Lim Eng Seong, Ketua Pegawai Eksekutif Prudential Assurance Malaysia Berhad.

“Kos sara hidup dan penjagaan kesihatan dilihat terus meningkat. Sebagai penyedia perkhidmatan insuran dan takaful keluarga terkemuka dalam negara, kami amat memahami keperluan untuk menghasilkan pelan-pelan perlindungan bagi mengatasi cabaran ini. Seperti yang dilaporkan oleh PIDM, rakyat mudah terlepas pandang mengenai kepentingan untuk mendapatkan perlindungan memandangkan ramai yang masih kurang memahami impak risiko kewangan dan kejadian yang tidak diduga.

Mereka juga beranggapan bahawa insurans adalah mahal dan lebih cenderung untuk melabur simpanan untuk tujuan lain. Melalui kerjasama dengan KWSP, kami berharap dengan pelan PruBSN Lindung Famili dan PruBSN Cegah Famili dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk melindungi diri mereka dan ahli keluarga daripada situasi luar jangkaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail.

PRUGuard Family dan PruBSN Lindung Famili (Perlindungan Hayat Bersyarat) PRUGuard Family dan PruBSN Lindung Famili adalah pelan-pelan perlindungan bertempoh yang efektif memberikan perlindungan kepada individu dan tanggungan sehingga RM200,000. Pelan-pelan perlindungan ini akan diperbaharui secara tahunan, memberikan jaminan dan perlindungan kewangan kepada individu dan keluarga apabila berlaku perkara yang tidak diduga seperti berlaku kematian serta hilang upaya menyeluruh atau kekal (TPD). Kos bagi PRUGuard Family dan PruBSN Lindung Famili adalah serendah RM13.802 setiap tahun bagi setiap ahli yang dilindungi dan menyediakan manfaat tambahan sekaligus kepada individu dan tanggungan sehingga 300% di atas jumlah yang dilindungi, apabila berlaku kematian akibat kemalangan.

PRUCare Family dan PruBSN Cegah Famili (Perlindungan Penyakit Kritikal) PRUCare Family dan PruBSN Cegah Famili memberikan peluang kepada rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka untuk memiliki pelan perlindungan penyakit kritikal yang berpatutan. Pelan-pelan perlindungan ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai peracangan masa hadapan sekiranya mereka didiagnos dengan penyakit kritikal atau sudah meninggal dunia. Pelan-pelan perlindungan ini turut menjamin pembaharuan pelan secara tahunan serta kos serendah RM16.303 setiap tahun untuk setiap ahli yang dilindungi. PRUCare Family dan PruBSN Cegah Famili memberikan perlindungan kepada 43 jenis penyakit kritikal sehingga RM200,000 serta manfaat bayaran sekaligu sekiranya individu tersebut atau tanggungan meninggal dunia.

Selain itu, PAMB dan PruBSN juga akan menganjurkan Kempen Fam-tastic Bonanza bermula 5 Februari 2024 sehingga 30 April 2024. Kempen ini akan memberikan peluang kepada semua ahli KWSP yang melanggan mana-mana pelan perlindungan untuk memenangi pelbagai ganjaran seperti:

• E-Baucer Shell bernilai RM30 bagi 3,000 ahli KWSP yang pertama
• Hadiah-hadiah Fam-tastic Bonanza:
o Hadiah Utama – Baucer Percutian bernilai RM10,000 untuk seorang pemenang
o Tempat Kedua – e-Baucer Harvey Norman bernilai RM5,000 untuk dua orang pemenang
o Tempat Ketiga – Baucer AEON bernilai RM2,000 untuk 10 orang pemenang
o Tempat Keempat – e-Baucer Shopee bernilai RM1,000 untuk 20 orang pemenang
o Saguhati – e-Baucer Lazada bernilai RM100 untuk 200 orang pemenang

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan-pelan perlindungan baru yang mampu milik serta manfaatnya, sila layari www.prudential.com.my dan www.prubsn.com.my.

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.