Rahsia Nak Kahwin Cepat Untuk Bakal Pengantin

Perkahwinan memang sesuatu yang hangat diperkatan di waktu ini, lebih-lebih lagi di hujung tahun. Bukan sahaja hangat diperkatakan di waktu ini, malah sejak dari dahulu lagi topik ini sering dibincangkan.

Namun, apa yang menjadi isu adalah, ramai yang berhutang semata-mata mahu membuat sebuah majlis perkahwinan bak anak raja. Perlu difahami bahawa perkahwinan bukanlah untuk membebankan pengantin.

Benar, ada ramai yang berpendapat mahu menjadikan perkahwinan itu sesuatu yang mampu diingati selamanya. Namun, itu tidak bermaksud anda boleh membuat majlis melebihi kemampuan.

Berikut adalah tips yang boleh digunakan oleh bakal pengantin yang ingin segera melangsungkan majlis perkahwinan mereka.

1. Membuat Perancangan Yang Baik

Buat perancangan yang baik dan rapi di antara anda dan juga pasangan. Perancangan yang dimaksudkan adalah dengan mengukur baju di badan sendiri.


Tetapkan bajet untuk jumlah keseluruhan yang anda perlukan, berapa orang tetamu yang ingin dijemput bersesuaian dengan bajet makanan dan juga pakej perkahwinan yang paling bersesuaian.

2. Simpanan Awal

Bukan anda sahaja yang perlu menyimpan, pasangan anda juga mestilah turut menyimpan. Perlu saling bekerjasama dengan satu sama lain.

Pada masa inilah anda dan pasangan perlu bersama membina simpanan bersama sebagai langkah permulaan untuk hidup berumahtangga kelak. Bahtera yang ingin dibina itu sudah menunjukkan bahawa ianya adalah penyatuan di antara dua hati.

Jika anda masih belum mempunyai pasangan, itu bukanlah satu alasan untuk anda tidak menyimpan. Jangan ada tanggapan sedemikian, tetapi sangatlah bagus jika anda sudah mula menyimpan sejak dari awal lagi.

Ianya akan memudahkan anda jika mempunyai pasangan kelak. Bila dah ada yang berkenan, boleh terus masuk meminang kerana duit dah ada.

3.Tiada Pembaziran

Menjadi kewajipan anda sebagai bakal pengantin untuk memastikan bahawa segala persiapan yang anda ingin jalankan itu sesuai dengan kemampuan anda dan tiada unsur pembaziran.

Sanggupkah anda membazirkan duit untuk majlis yang hanya berakhir dalam masa sehari? Tidak bukan? Sedangkan selepas majlis selesai, anda dan pasangan lebih banyak memerlukan duit seperti nak sewa rumah, nak beli perabot dan bermacam-macam lagi.

Ingat, perkahwinan itu bukanlah seuatu yang mudah dan tidak semanis yang di sangka. Perlu anda fahami bahawa majlis perkahwinan itu perlu dilakukan sekadar yang mampu. Ini kerana perkahwinan itu adalah untuk menyatukan dua hati bukan untuk menyerabutkan fikiran malah ianya bukanlah alasan untuk anda berhutang dan menambah hutang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.