4 Cara Untuk Mula Mengumpul Emas

Rata-rata rakyat Malaysia sangat suka menyimpan emas dan ramai juga yang suka memakai emas. Emas yang paling popular di Malaysia ialah emas 916.

Emas 916 bermaksud 91.6% emas tulen dan baki 8.4% adalah campuran bahan lain dalam proses untuk menjadikannya barang kemas.

Bagi yang telah mempunyai simpanan emas, sudah tentu tidak menjadi masalah untuk mengumpul emas yang seterusnya kerana mereka sudah mempunyai kesedaran tentang kebaikan menyimpan emas.

Tapi bagi yang belum bermula, masalah utama tidak tahu cara untuk mengumpul emas sekaligus menganggap menyimpan emas ini adalah sesuatu yang merumitkan.

Secara jujurnya, menyimpan emas bukanlah sesuatu yang mudah. Namun ianya juga bukanlah sesuatu yang rumit.

Anda hanya perlu tahu langkah yang betul untuk mula menyimpan emas. Apabila dah tahu langkah yang terbaik untuk menyimpan emas, maka amatlah mudah bagi anda untuk menyimpan emas.

Berikut adalah 4 langkah untuk mengumpul emas dengan mudah.

1. Sebulan 1 Gram Emas

Anda boleh menggunakan teknik satu bulan satu gram emas. Satu bulan satu gram emas bermaksud, setiap bulan anda mestilah konsisten sekurang-kurangnya membeli dan menyimpan emas sebanyak satu gram.

Bayangkan jika anda konsisten menyimpan satu gram emas dalam tempoh setahun, simpanan anda itu sudah pasti menjadi 12 gram dalam masa setahun.

2. Beli Emas Terpakai

Emas terpakai adalah emas yang telah digunakan oleh orang lain. Kebiasaannya, akan ada orang yang terdesak inginkan duit.

Oleh itu, mereka biasanya akan menjual emas tersebut pada harga yang lebih rendah berbanding harga semasa emas. Inilah peluang keemasan untuk anda.

Tapi kena pastikan bahawa emas tersebut adalah tulen dan bukannya tiruan.

3. Tukar Duit Kepada Emas

Kita tahu bahawa nilai wang ringgit akan dimakan inflasi setiap tahun. Kalau beberapa tahun yang lalu nasi lemak dan teh tarik boleh didapati dengan harga 50 sen, tetapi sekarang harganya telah meningkat menjadi RM2.

Dan tahukah anda bahawa emas adalah aset yang kalis inflasi? Tukar sebahagian daripada simpanan wang ringgit anda dalam bentuk emas untuk mengekalkan nilainya pada masa hadapan.

4. Buka Akaun Emas

Terdapat banyak bank yang membuka pelaburan emas seperti ini. Pilihlah dengan bijak dan yang patuh syariah.

Kebanyakannya boleh dibuat secara online, tanpa perlu kita lakukan transaksi di mana-mana cawangan atau ‘over-the-counter’. Cukup sekadar menggunakan laptop atau telefon pintar pun dah boleh beli emas.

Sekarang anda dah tahu bagaimana caranya untuk bermula, jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold hari ini juga.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM66 (berdasarkan harga emas RM264 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Mendatar Di Bawah Garisan SMA 50 Hari

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO menurun MYR2 untuk ditutup pada paras MYR4,535 selepas tekanan jualan muncul berhampiran garisan SMA 50 hari. Pada Jumaat, komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,547. Ia kemudiannya berayun antara MYR4,570 dan MYR4,518 sebelum menutup dagangan pada paras MYR4,535. Pergerakan harga ini mengesahkan bahawa garisan SMA 50 hari terus menjadi paras rintangan overhed.

Selagi komoditi ini berada di bawah garisan purata bergerak jangka sederhana ini, mereka yang menantikan penurunan harga akan mempunyai kelebihan teknikal. Sementara itu, paras rintangan kukuh dijangka berada pada paras MYR4,700. Dalam keadaan pasaran menurun, paras rintangan kukuh dan akan menghalang kenaikan harga komoditi ini. Kami akan terus berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO menembusi paras ambang MYR4,700 tersebut.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan terdekat sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840