Hyundai Bakal Labur RM2.16 Bilion Di Malaysia Menerusi Perkongsian Strategik Bersama INOKOM

SEOUL, 26 Nov (Bernama) — Hyundai Motor akan memulakan perkongsian strategik bersama INOKOM bagi pemasangan automotif beberapa model baharu di Malaysia pada tahun depan menerusi pelaburan bernilai RM2.16 bilion.

Pelaburan ini termasuk usaha menaik taraf kapasiti pemasangan INOKOM sedia ada bagi memenuhi keperluan automotif Hyundai.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ia merupakan pelaburan terbesar syarikat berkenaan di Malaysia untuk tempoh enam tahun (2025-2030) yang bakal menawarkan beratus peluang pekerjaan berteknologi dan bergaji tinggi kepada rakyat tempatan.

Katanya pelaburan itu membabitkan pemasangan dan pengeluaran sebanyak enam model kereta termasuk model HEV serta sebuah kilang pemasangan pek bateri EV di Kulim, Kedah. 

Tengku Zafrul berkata demikian kepada pemberita sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Korea Selatan.

Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan tertutup bersama beberapa konglomerat Korea Selatan termasuk Hyundai Motor, Lotte, OCI Holdings, Samsung, SK Nexilis dan POSCO. 

Perdana Menteri dan delegasi tiba di Seoul pada Ahad untuk lawatan selama tiga hari bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia ada antara Malaysia dan Korea Selatan.

Malaysia dan Korea Selatan bakal menyambut ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tahun depan.

Korea Selatan merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia manakala Malaysia merupakan rakan dagang ke-11 terbesar Korea Selatan.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Senarai Terkini Saham Patuh Syariah (Kemas Kini Mei 2026)

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru saja mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang berkuatkuasa 29 Mei 2026. Aktiviti ini pada kebiasaannya akan dijalankan pada bulan Mei dan November setiap tahun.

Ada beberapa nama-nama besar yang kini dah tak patuh syariah.

Senarai Terkini Saham Patuh Syariah

Jom kita tengok syarikat-syarikat yang baru masuk dalam senarai saham patuh syariah pada bulan Mei 2026.

Ada sebanyak 44 syarikat kini dah patuh syariah, termasuklah beberapa IPO yang baru seperti Empire Premium Food Bhd dan EI Power Bhd.

Berikut pula merupakan saham-saham yang terkeluar daripada senarai patuh syariah yang terkini. Contohnya Azam Jaya Bhd dan Malayan Flour Mills Bhd.

886 Atau 81% Saham Di Bursa Malaysia Adalah Patuh Syariah, Meningkat Sedikit Daripada November 2025 Lalu.

PENTING! Apa nak buat kalau saham yang kita beli sebelum ini patuh Syariah, tapi bukan lagi patuh Syariah?

1. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Melebihi Pelaburan Pokok

2. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Kurang Daripada Pelaburan Pokok

Macam Mana Nak Kenal Saham Patuh Syariah?

Baca dulu: Tutorial Buka Akaun Online Dengan Webull, Dapat Antara Caj Terendah Di Pasaran

Selain daripada merujuk di laman web Suruhanjaya Sekuriti, kita juga boleh tengok di trading platform dan akan ada simbol yang membezakannya dengan saham-saham syarikat yang tidak patuh syariah.

Contohnya ada simbol ‘[S]’ atau simbol bulat kecil [°] di sebelah nama saham.

Sumber rujukan: Suruhanjaya Sekuriti