Maafkan Kami, RM261 Juta Bitcoin Hilang Dicuri

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan penggodaman NiceHash yang mengakibatkan kecurian sebanyak 4,700 Bitcoin yang bernilai hampir $64 juta US Dolar.

NiceHash adalah pasaran mata wang digital yang menghadiahkan pelombong Bitcoin dengan mata wang Bitcoin.

Ketua Pemasaran NiceHash, Andrej Skraba berkata, godaman itu satu serangan “sangat profesional dengan kejuruteraan sosial yang canggih.” Terdahulu, NiceHash yang berpangkalan di Slovenia berkata, operasinya dihentikan selama 24 jam bagi menyiasat godaman itu.

Permohonan Maaf Melalui Facebook

CEO NiceHash Marko Kobal dan Pengasas Bersama Sasa Coh kemudiannya terpaksa memohon maaf melalui FB Live kepada orang ramai dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan.

https://www.facebook.com/NiceHash/videos/2013146182237851/

Mereka juga menasihatkan para pengguna NiceHash supaya menukar kata laluan mereka sebagai langkah berjaga-jaga. Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.

Adakah dengan permohonan maaf sudah memadai?

Di antara kelebihan Bitcoin adalah setiap transaksinya tidak perlu menggunakan nama sebenar. Oleh itu, kita tidak dapat mengesan siapa dalang yang mencuri Bitcoin tadi, kerana anda tidak perlu menggunakan butiran peribadi seperti nama, alamat atau apa-apa yang boleh kaitkan anda sebagai pemilik Bitcoin.

Setiap transaksi pula adalah muktamad, yang mempunyai kelebihan dan juga keburukan. Tidak seperti kad kredit, anda boleh batalkan transaksi dan dapat wang anda semula. Dengan Bitcoin, semuanya adalah muktamad. Memang tak dapat nak reverse balik.

Tiada Jaminan Wang Dikembalikan

Begitulah kisahnya dengan Bitcoin, kononnya Bitcoin tidak dikawal oleh mana-mana kerajaan dan tiada pihak yang memantaunya. Tapi bila adanya kes sebegini berlaku, mulalah pemilik Bitcoin keluh kesah.

Tidak tahu dengan siapa untuk menuntut kembali Bitcoin mereka, dan pihak NiceHash pula hanya boleh memohon maaf. Nak minta NiceHash gantikan semula wang yang telah digodam? Kirim salamlah…

Sekurang-kurangnya dengan institusi kewangan yang berdaftar, contohnya di Malaysia kita ada PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia). Semua jenis pendeposit, tidak kira perniagaan atau individu adalah dilindungi sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit bagi setiap bank. Ini bermakna 99% daripada pendeposit di Malaysia dilindungi sepenuhnya dengan skim PIDM ini.

Kalau ditakdirkan, akaun anda digodam dan anda terbukti kehilangan RM250,000, anda akan dapat semula kesemua wang anda.

Mata Wang Digital Alaf Baru Masih Belum Patuh Syariah

Bagi umat Islam, eloklah jauhkan diri terlebih dahulu dengan Bitcoin ini. Ini kerana, belum ada status patuh Syariah yang dikeluarkan baginya. Disebabkan status Bitcoin yang masih samar-samar, eloklah mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara syubhah.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Bitcoin dan mata wang digital alaf baru ini, rajin-rajinlah baca Apa Itu Bitcoin & Mengapa Ianya Bukan Sejenis Pelaburan.

Sumber Rujukan: Harian Metro Online

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jimat Berlebihan Boleh Melumpuhkan Ekonomi Negara

Dalam ilmu kewangan, kita sering ditekankan dengan pesanan supaya menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. Pesanan itu tidak salah sama sekali. Namun, dari sudut ekonomi makro, wujud satu fenomena yang dipanggil sebagai ‘Paradox of Thrift’. Jika semua orang, terutamanya mereka yang masih mempunyai pendapatan stabil memutuskan untuk berhenti berbelanja secara drastik, ekonomi tidak akan menjadi lebih kukuh. Sebaliknya, ia akan menjadi lumpuh!

Suntikan tunai daripada perbelanjaan anda sebenarnya adalah minyak pelincir yang menggerakkan enjin ekonomi negara. Jika pendapatan anda tidak terjejas, berikut adalah tiga perkara yang anda perlu teruskan demi kelangsungan ekonomi komuniti.

1. Terus Makan Di Restoran Seperti Biasa

Apabila anda melangkah masuk ke dalam restoran dan memesan sepinggan nasi atau secawan sirap limau, wang tersebut tidak hanya terhenti di tangan pemilik kedai. Ia sebenarnya memulakan satu rantaian ekonomi yang sangat luas.

Sebagai contoh, bayangkan anda membayar RM20 untuk makan tengah hari. Wang itu akan digunakan oleh pemilik restoran untuk membayar bil elektrik kedai, sewa premis dan yang paling penting adalah gaji para pekerja. Pekerja tersebut pula akan menggunakan gaji mereka untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya. Selain itu, pemilik restoran juga perlu membayar pembekal ayam, sayur dan beras di pasar borong.

Jika anda dan ramai lagi orang lain berhenti makan di situ, rantaian ini akan putus. Pembekal sayur akan kehilangan pembeli dan pekerja restoran mungkin kehilangan pekerjaan. Ekonomi adalah satu kitaran yang saling berkait.

2. Terus Membeli Di Gerai Tepi Jalan

Peniaga marhaen atau peniaga kecil biasanya tidak mempunyai simpanan tunai yang besar seperti syarikat korporat. Mereka sangat bergantung kepada aliran tunai harian untuk meneruskan hidup.

Ambil contoh seorang peniaga goreng pisang di simpang jalan. Pelanggan utama mereka mungkin terdiri daripada pekerja pejabat di kawasan sekitar yang masih mempunyai gaji tetap. Jika semua pelanggan ini memutuskan untuk berhenti membeli kerana terlalu panik, jualan peniaga tersebut akan jatuh menjunam.

Kesannya, peniaga kecil ini tidak lagi mampu untuk membeli bahan mentah daripada pembekal lain atau membayar keperluan sekolah anak-anak mereka. Apabila peniaga kecil tidak mempunyai kuasa beli, ekonomi di peringkat akar umbi akan mula mati secara perlahan lahan.

3. Terus Gunakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Mungkin ada yang berasa bersalah untuk memesan makanan melalui aplikasi seperti Grab atau Foodpanda kerana dianggap membazir kos penghantaran. Namun, sedarilah bahawa dalam situasi ekonomi yang mencabar, sektor ekonomi gig adalah penyelamat utama bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan tetap.

Misalnya, anda memesan makanan secara segera kerana tidak sempat memasak atau ada urusan penting. Wang yang anda belanjakan itu bukan sahaja memberi keuntungan kepada vendor makanan, tetapi ia memberikan pendapatan langsung kepada rider yang menghantarnya.

Bagi anda, caj penghantaran mungkin sekadar beberapa ringgit sahaja. Tetapi bagi seorang rider, itulah modal untuk mereka mengisi minyak motosikal dan menyediakan makanan di atas meja untuk keluarga mereka. Dengan terus membuat pesanan, anda sedang memastikan ekosistem logistik ini terus bernafas.

Berjimat Biar Bertempat

Kita perlu bijak membezakan antara amalan berjimat dengan tindakan berhenti berbelanja. Berjimat bermaksud anda mengurangkan pembelian barangan mewah yang tidak perlu seperti gajet terbaharu atau barangan berjenama.

Memang benar, mengurangkan pembelian gajet atau barangan mewah mungkin menjejaskan pekerja di sektor tersebut. Namun, dalam fasa menghadapi krisis, keutamaan kita adalah pada keperluan asas dan ekonomi tempatan.

Wang yang dibelanjakan di gerai nasi lemak atau restoran tempatan berpusing lebih cepat dalam komuniti setempat berbanding pembelian barangan import yang keuntungannya akan mengalir ke luar negara. Pekerja kedai gajet mungkin terkesan, namun kerosakan ekonomi adalah jauh lebih parah jika peniaga makanan dan pembekal bahan mentah (nadi utama rakyat) yang tumbang dahulu.

Jika anda masih mempunyai slip gaji yang stabil dan aliran tunai yang sihat, jadilah wira ekonomi yang tidak didendang. Teruskan menyokong peniaga marhaen di sekeliling anda.