Semak Status Patuh Syariah Dana Amanah Saham (Unit Trust) Anda Di Sini

Kami percaya anda pernah dengar tentang amanah saham atau nama lainnya Unit Trust.

Mesti pernah dengar nama syarikat unit trust (UTMC) seperti Public Mutual dan CWA.

Amatlah penting bagi anda untuk memilih amanah saham yang telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti sebagai Patuh Syariah supaya mendapat rezeki yang berkat dan mengelakkan unsur syubhah.

Jika ragu-ragu, anda boleh rujuk senarai di bawah. Jika bertanda (*) maka ia merupakan Shariah Fund atau Dana Patuh Syariah. Namun jika dana itu tanpa tanda (*), jauhkanlah daripada melabur ke dalam amanah saham tersebut.

Sekiranya sudah terbeli, jangan gusar, anda hanya perlu menjual dana tersebut dengan kadar segera.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti

Boleh juga muat turun fail PDF senarai di atas di laman web Suruhanjaya Sekuriti.

Lepas ini kalau ada orang nak promosikan dana amanah saham, anda boleh buat semakan sendiri sebagai langkah berjaga-jaga. Pilih yang halal itu adalah wajib.

Anda juga boleh baca 9 Panduan Asas Sebelum Memulakan Pelaburan Unit Trust dan Kaji & Banding Prestasi Dana-Dana Unit Trust Sebelum Melabur.

Dunia dengan teknologi sekarang, segalanya di hujung jari. Kajilah sendiri sebelum melabur, agar anda betul-betul faham pelaburan yang anda lakukan serta risiko untung ruginya.

Untuk melabur, boleh gunakan simpanan KWSP atau tunai. Carilah consultant unit trust yang boleh berikan penerangan yang tepat.

Kini ada cara yang lebih mudah untuk melabur hanya dengan aplikasi telefon pintar, tanpa perlu isi borang, tanpa melalui ejen dan mempunyai yuran yang rendah. Jemput baca 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja (Bonus RM40 Jika Anda Daftar Sekarang).

Previous ArticleNext Article

3 Comments

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Saya ada pertanyaan saya tidak tahu sama ada syarikat yang saya akan kongsikan ini menyalurkan pendapatan yang halal atau tidak. Dari segi pemahaman yang sedikit saya ini, sumber daripada syarikat ini adalah daripada sumber yang patuh syariah. Berikut adalah laman sesawang syarikat ini:

    1. http://www.mercurystraightthru.com.my/page/site/public/english/portal_AboutUs.jsp
    Contoh : Syarikat ini menawarkan beberapa pakej iaitu; Bronze labur RM400 dapat keuntungan
    RM6400/2 hari
    2. https://www.alpari.org/
    Contoh: Syarikat ini menawarkan Silver PAKEJ Rm700 dalam masa 3 Hari dapat pulangan
    RM7390

    Persoalan:

    Boleh ke jika saya melabur di syarikat ini? Saya berminat hendak melabur tetapi tidak tahu kesahihan tentang pulangan mereka ini, samada halal atau sebaliknya. Mohon pencerahan yang teramat sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PMB Investment Umum Jumlah Agihan Kasar Dana Bestari RM2.88 Juta


KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — PMB Investment Bhd hari ini mengumumkan jumlah pengagihan kasar sebanyak RM2.88 juta untuk PMB Dana Bestari bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept 2024, dengan pemegang unit menerima pengagihan pendapatan sebanyak 2.93 sen seunit.

Pengerusi Datuk Mohd Idzwan Izuddin Ab Rahman berkata PMB Dana Bestari telah memberikan pulangan serta pertumbuhan modal yang stabil sejak pelancarannya pada 2002 melalui pelaburan dalam ekuiti patuh Syariah dan sekuriti pendapatan tetap.

“Dana lazimnya melabur 70 peratus hingga 99.5 peratus daripada nilai aset bersih (NAB) dalam Syariah -ekuiti patuh, dengan selebihnya dalam instrumen pasaran wang Islam, deposit dan sukuk,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Operasi Izwan Azzeri Kamal berkata pengagihan pendapatan ini mencerminkan komitmen syarikat untuk memberikan pulangan yang kukuh kepada pemegang unitnya.

“Kami sentiasa menyusun strategi pelaburan dana untuk mendahului pasaran serta pembangunan ekonomi bagi memastikan kami dapat memberikan hasil terbaik kepada pelabur,” katanya lagi.

PMB Investment berkata NAB seunit sebelum pengagihan ialah RM0.5479 dan selepas pengagihan, ia diselaraskan kepada RM0.5186.

Agihan ini telah dikreditkan kepada pemegang unit berdasarkan tarikh akhir 30 Sept 2024, dengan tarikh pelaburan semula ditetapkan menjelang 1 Okt 2024.

Pengagihan ini mewakili hasil sebanyak 5.99 peratus berdasarkan purata NAB seunit sepanjang tahun kewangan, dengan dana menjana jumlah pulangan sebanyak 12 peratus untuk tempoh yang sama.

— BERNAMA