FCPO: Bergerak Mendatar Sementara Keadaan Pasaran Menurun Masih Berlangsung

Kekalkan pegangan jualan

Pergerakan mendatar yang dicatat oleh FCPO diteruskan pada hari Jumaat kerana momentum pasaran menaik lemah. Komoditi ini memulakan sesi dagangan pada harga RM4,194. Selepas berayun antara RM4,226 dan RM4,163, ia merekodkan kenaikan kecil sebanyak RM12 dan ditutup pada paras lebih tinggi sedikit iaitu RM4,212.

RSI pula kekal bawah paras ambang 50%, sekali gus menunjukkan momentum neutral sedang berlangsung. Komoditi ini mungkin akan melanjutkan pergerakan mendatar sehingga ia menaik melepasi paras rintangan RM4,300. Sementara itu, kedua-dua garis SMA 50 dan 200 hari bertindak sebagai paras rintangan atas dan sedang menghalang pergerakan menaik komoditi ini. Kami tetap berpegang pada bias dagangan negatif sehingga komoditi ini menembusi paras rintangan RM4,500. Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 4 Apr atau RM4,328.

Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada:

  • Paras henti rugi ditetapkan pada RM4,500.
  • Paras sokongan pertama ditetapkan pada RM4,100 dan diikuti oleh paras RM4,000.
  • Paras rintangan terdekat sebaliknya ditambat pada RM4,300 dan disusuli oleh MYR4,500.

Penganalisis:
Joseph Chai
TEL : +(603) 2302 8113
E-MEL : [email protected]

Nak Mula Trade FCPO?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?

Belajar dulu.

Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.

Sesi PERCUMA kini dibuka!!
⏳ Tempat TERHAD Kepada 50 Peserta Sahaja!
Daftar Sekarang Sebelum Penuh!

Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out 👉 👉 SAYA NAK TRADE FCPO

Previous ArticleNext Article

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.