FinTech Bakal Mengubah Institusi Kewangan. Ini 4 Syarikat FinTech Yang Perlu Anda Kenal

FinTech atau teknologi kewangan, bermaksud teknologi yang digunakan dan diaplikasikan dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Syarikat-syarikat yang beroperasi di bawah Fintech ini telah dibenarkan untuk melancarkan perkhidmatan mereka secara komersial dengan menawarkan pelbagai produk baru kepada pelanggan.

FinTech berbeza daripada inovasi teknologi yang lain, di mana ianya beroperasi dalam ruang yang dikawal selia dengan ketat.

FTEG Adalah Badan Yang Mengawal Selia FinTech Di Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) telah menubuhkan Financial Technology Enabler Group (FTEG) sejak tahun 2016 bagi memantau dan mengawal selia syarikat-syarikat yang di bawah skop FinTech.

Bila dah ada kawalan ketat daripada BNM dan syarikat yang terlibat pun mendapat pengiktirafan daripada mereka, maka dapat meyakinkan orang ramai untuk berurusan dengan syarikat-syarikat FinTech ini.

1. GoBear

Laman Web

Dimiliki oleh pelabur Belanda yang ingi mewujudkan laman web perbandingan secara bebas di antara produk-produk insurans dan kewangan di Asia. GoBear telah pun beroperasi di Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Vietnam dan Hong Kong.

Bukan bilik hotel saja yang kita boleh buat perbandingan, kini produk kewangan pun dah boleh. Jadilah pengguna bijak dengan membuat perbandingan sebelum memilih mana-mana produk insurans dan kewangan.

2. WorldRemit

Laman Web

Dimulakan oleh Ismail Ahmed yang pada asalnya merupakan seorang pelarian, faham sangat betapa sukarnya seseorang itu untuk menghantar wang ke kampung halaman. Malah syarikat audit terkemuka Ernst & Young telah memilih beliau sebagai Pemenang Keseluruhan Entrepreneur Of The Year 2016.

Hasilnya, WorldRemit kini boleh digunakan untuk menghantar duit ke 125 buah negara di seluruh dunia. Sungguh cepat, mudah dan yang paling penting sekali, ianya menjimatkan.

3. GetCover

Laman Web

Syarikat daripada Malaysia ini menyediakan aplikasi GetCover, yang membolehkan anda membeli insurans kenderaan dan perbaharui cukai jalan menggunakan telefon pintar. Ianya merupakan produk pertama seumpamanya di pasaran.

Dapat quotation atas talian, dan bayar pun atas talian menggunakan aplikasi. Sangat mudah dan cepat. Dalam 5-10 minit dah boleh setel.

4. MoneyMatch

Laman Web

Satu lagi syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan kiriman wang merentas sempadan dan juga pertukaran mata wang.

Syarikat ini mempunyai platform peer-to-peer sendiri dalam memadankan pembeli serta penjual yang bertujuan memenuhi keperluan pasaran perniagaan kecil dan sederhana yang banyak melakukan pemindahan wang merentasi sempadan.

Hasilnya, anda kini boleh hantar wang dengan kos yang lebih murah dan menukar mata wang asing dengan orang lain pada kadar yang anda mahukan.

Teknologi Disruptif Yang Menguntungkan Pengguna

Kalau kita lihat daripada contoh-contoh syarikat di atas, ia meletakkan pengguna sebagai keutamaan apabila menawarkan produk dan perkhidmatan mereka.

Siapa yang tidak mahukan sesuatu perkhidmatan yang cepat, mudah dan jimat bukan? Lagi best kalau semuanya boleh dijalankan atas talian, guna aplikasi telefon pintar lagi bagus.

Melalui persaingan yang sengit inilah, pengguna dapat menikmati kebaikannya.

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA