Bank Mana Paling Bagus Untuk Mohon Loan Perumahan? Staff Bank Ini Kata Ada 10 Faktor

Orang kata loan paling susah nak lulus adalah loan rumah, maklumlah jumlahnya besar. Mesti banyak syarat-syarat dari pihak bank. Para pembeli pula pastinya akan membuat survey bank-bank yang ada sebelum membuat permohonan. Tapi banyak pula terma yang tak biasa dengar, tanya kawan pun dia tak berapa pandai nak explain.

Jangan risau, nasib baik ada penerangan daripada salah seorang kakitangan bank sendiri, Bella Leana yang sudi berkongsi dengan kita. Jom baca perkongsian beliau di bawah.

Bank Mana Yang Bagus Nak Apply Pembiayaan Rumah?

Selamat Pagi.

Ramai yang PM bella tanya,

“Bella, bank mana yang paling bagus untuk apply loan rumah?”

Dan jawapan Bella untuk soalan ini…

Krik krik krik..

Sebenarnya, Bella takde jawapan kalau korang tanya Bella macam ni. Banyak faktor yang korang kena tengok dan bandingkan mengikut korang punya “game” atau kehendak..

1. Profit / Interest Rate

Kalau korang submit kepada a few banks, tengoklah rate mana yang paling rendah. Pilih yang sesuai dengan poket korang untuk bayar installment

2. Tenure (Tempoh Pembiayaan)

Tengok juga berapa lama loan korang tu approved. Sesuai dengan installment dan rate yang di offer atau tidak. Ada beza jika tahun dia berbeza.

3. Margin of Finance (MOF)

90%? 80%? 70%?

4. MRTT/MRTA + Other Related Fees (5%)

Ada tak bank bagi “extra” 5% untuk insurance or other related fees macam legal fee dan valuation fee? Kalau ada, berapa banyak pulak, kalau takde, berapa pula budget/cash yang korang perlukan. Benda ni sedikit sebanyak akan effect poket korang nanti. Jadi matchkan offer ni dengan korang punya budget and plan..

5. Terms & Condition

Semak “T&C”. Ini penting. Loan dah approve, korang semak T&C yang ditetapkan. Jangan main pakai sign je sebelum baca apa yang patut. At least go through dulu. Kalau tak faham, tanya banker yang proses loan korang tu.

☝ ramai orang terlepas pandang, dah signed dah disbursed baru tahu ada T&C lain..

6. Default Rate & Default Payment

Maksud dia – bila korang gagal bayar installment korang bagi “beberapa” bulan yang di tetapkan, automatically korang akan dikenakan caj mengikut default rate. Biasa nya default rate ni agak tinggi. Sebab dia guna BLR+. So rate korang mgkn jadi 9% to 10%.

Ini pun penting. Korang kene tahu “default” rate ni bila masa dikenakan. Most of the bank bagi tempoh 3 bulan. Tapi awas ada bank yang hanya bagi 1 bulan..

☝ ramai orang terlepas pandang

7. Coverage of Insurance (MRTT/MRTA)

Cek dengan banker tu, tempoh untuk coverage MRTT korang. Takut korang tak perasan tempoh dia. Kene tahu berapa amount coverage dan untuk berapa tahun..

8. Kos-kos Berkaitan

Cuba tengok dalam letter offer tu, ada tak fees lain yang kena bayar. Contohnya macam processing fee, stamp duty dan lain-lain.

9. Locked-in Period (LIP)

Ambil tahu juga jika pakej korang tu ada LIP atau tidak. Jika ada, berapa tempoh dia. Jika beli under construction, bila effective date LIP. Dari 1st disbursement atau final disbursement. Ini pun penting untuk planning/game korang.

Berapa pula penalty yang korang kena bayar kalau korang exit (jual/refinance) dalam tempoh LIP.

10. Pakej Pembiayaan

Double check loan korang tu Islamik atau Konvensional.. Full flexi atau semi flexi? Atau mungkin term loan. Benda ni pun korang kena tahu sebab setiap pakej ada benefit yang berbeza. Ada pro n cons.

Untuk yang beragama Islam, wajib untuk memilih pembiayaan Islamik.

Ini antara isi-isi penting yang korang perlu ambil tahu sebelum korang sign Letter Offer korang tu. Dah consider point-point di atas tu barulah korang tahu bank mana yang lebih sesuai untuk korang.

Jangan bilang Bank A lebih bagus daripada Bank B pada rakan-rakan taulan sehingga mereka “banned” Bank B. Sebab setiap orang mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza. Mungkin pakej yang Bank A offer lebih sesuai dengan korang tapi untuk rakan korang mungkin pakej Bank B yang lebih sesuai.

Walaupun korang nak “langgar” je dulu, ala-ala nak belajar dari pengalaman sendiri, tapi bila mana dah ada tips-tips FREE ni, take note je lah.. Sambil belajar dgn pengalaman sendiri, boleh lah tambah ilmu dari pengalaman orang lain..

Ambil sebagai guidelines/panduan.. Bende FREE kot… Ehh??

Kredit: FB Bella Leana

Jangan Tersalah Pilih dan Jangan Tergopoh-Gapah

Yang penting, cari dulu ilmu banyak-banyak sebelum nak commit dengan pembiayaan perumahan – sebab tempohnya yang lama. Ada yang dah berumur 70 tahun, masih terikat dengan installment rumah.

Tapi kata nak pencen umur 60, jadi nak kerja apa pula buat bayar hutang sampai umur 70?

 

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM24.85 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM 19.50 RM 15.60.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Funding Societies Lancar Penyelesaian Pembiayaan Islam Komprehensif

Penyelesaian Pembiayaan Islam merangkumi produk Pembiayaan Mikro-i, Pembiayaan Invois-i dan Pembiayaan Perniagaan-i yang menyasarkan pelbagai segmen PMKS

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2023 – Funding Societies, platform kewangan digital PKS bersepadu terbesar di Asia Tenggara, telah melancarkan koleksi produk pembiayaan komprehensif patuh Syariah bagi memenuhi keperluan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkelayakan kredit namun terpinggir bagi mendapatkan kemudahan kredit untuk mengembangkan perniagaan mereka. Perkhidmatan pembiayaan Islam ini merangkumi Pembiayaan Perniagaan-i (Business Term Financing-i), Pembiayaan Mikro-i (Micro Financing-i), dan Pembiayaan Invois-i (Invoice Financing-i).

“Kemudahan kredit adalah penting untuk pembangunan dan perkembangan PKS secara inklusif dan mampan. Di Malaysia sahaja, jurang pembiayaan PKS sedia ada berjumlah RM90 bilion. Oleh sebab itu, platform pembiayaan PKS seperti Funding Societies memainkan peranan penting bagi merapatkan jurang tersebut. Kedudukan Malaysia sebagai peneraju pembiayaan Islam adalah berketepatan untuk memperkasakan tawaran pembiayaan patuh Syariah kami bagi menyokong pembangunan PKS Malaysia,” kata Wong Kah Meng, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan bagi Funding Societies | Modalku dan Pengasas Bersama Funding Societies Malaysia.

Chai Kien Poon, Ketua Negara Funding Societies Malaysia berkata, “Berdasarkan maklum balas pasaran, terdapat permintaan terhadap pembiayaan kewangan patuh Syariah daripada para usahawan. Pada masa yang sama, kewangan Islam juga mendapat perhatian kerana penekanannya ke atas keadilan dan ketelusan terutama bila melibatkan yuran dan caj. Selain itu, pengenalan Pembiayaan Islam kami adalah sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk terus menerajui kewangan Islam serta memberikan tumpuan kepada ekonomi digital dan Teknologi Kewangan (FinTech) Islam.”

PKS yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian dengan mudah, di mana-mana dan pada bila-bila masa. Menerusi pendekatan digital dan tanpa memerlukan sebarang jaminan Funding Societies turut menyediakan PMKS pembiayaan pada kadar yang lebih cepat berbanding institusi kewangan tradisional hasil daripada.

“Selain pelancaran pembiayaan Islam ini, kami juga telah membangunkan produk pelaburan patuh Syariah untuk para pelabur kami. Produk ini membolehkan mereka untuk mempelbagaikan pelaburan mereka dengan menyokong PMKS tempatan. Kami turut

menyaksikan permintaan memberangsangkan daripada para pelabur yang merangkumi pelabur runcit, individu kaya dan institusi. Lanjutan daripada itu, kami berharap untuk bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan bagi menawarkan pelaburan patuh Syariah kepada pelanggan mereka,” tambah Chai.

Khairil Anuar Mohd Noor, Prinsipal, Masryef Advisory, yang turut hadir pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur, berkata, “Kami amat berbesar hati untuk terlibat dalam inisiatif Funding Societies ini yang akan menyumbangkan kepada sektor pembiayaan Islam di Malaysia. Kami percaya bahawa melalui produk pembiayaan patuh Syariah oleh platform pembiayaan digital tersebut, lebih banyak PMKS akan dapat memperoleh dana melalui  pembiayaan alternatif untuk kelangsungan perniagaan mereka. Pada masa yang sama, ini turut menyediakan peluang pelaburan aset patuh Syariah alternatif. Kerjasama ini turut membolehkan kami menggabungkan kehebatan teknologi Funding Societies dengan kepakaran kami dalam perkhidmatan nasihat Syariah. Ini seterusnya akan memacu pertumbuhan inklusif serta melebarkan lagi potensi kewangan Islam untuk pembangunan ekonomi Malaysia secara mampan.”

Funding Societies telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 2016 dan telah menyediakan pembiayaan kepada sejumlah besar PKS. Platform FinTech ini telah mengagihkan pembiayaan lebih daripada RM2 bilion sejak Funding Societies beroperasi di Malaysia. Manakala lebih daripada RM13.74 bilion telah diagihkan platform pembiayaan PKS itu di rantau Asia Tenggara merangkumi  lebih daripada 5.1 juta transaksi setakat tahun 2022. Sambutan memberangsangkan berikutan pelancaran peringkat awal pada Mei 2022 mendorong kepada pelancaran penyelesaian pembiayaan hari ini. Platform FinTech ini turut menyasarkan untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 50% agihannya terdiri daripada pembiayaan patuh Syariah menjelang 2025.

Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian Pembiayaan Islam Funding Societies Malaysia, sila layari https://fundingsocieties.com.my/islamic-financing.