30 Alasan Tak Nak Melabur Saham

Ini merupakan alasan-alasan popular kenapa Bumiputera (terutamanya Gen X, Y & Z) kurang terlibat dengan pasaran saham di Bursa Malaysia

  1. Saham akhirat lagi bagus
  2. Susah
  3. Modal besar
  4. Takut rugi
  5. Tak ada masa
  6. Haram
  7. Riba
  8. Leceh buka akaun saham
  9. Tak pandai guna komputer
  10. Penyata bank tak cantik
  11. Tak percaya broker
  12. Luar kawasan untuk buka akaun
  13. Belajar level SPM je
  14. Tak pernah dengar, hanya tahu ASBC dengan Tabung Raya Haji
  15. Simpan dalam bank tak pening kepala
  16. Skim cepat kaya ke ni?
  17. Tak pandai matematik
  18. Tak ada laptop
  19. Tak terror English
  20. Tak ada impian hidup
  21. Hidup sekarang dah ok
  22. Rilekslah, bapa saya jutawan
  23. Tak ada kawan nak pergi seminar saham
  24. Tak ada duit
  25. Untuk orang pandai je kan?
  26. Orang kata rugi
  27. Masih muda lagi, tunggu umur 40
  28. Pasaran terlalu volatile, baik main forex
  29. Takde benda boleh pegang
  30. Tak kerja, nak kena ada payslip kan?
  31. Saya dah selesa makan gaji RM4,000 sebulan
  32. Tak tau saham apa nak beli
  33. Tunggu harga saham naik dulu
  34. Harga saham tengah teruk
  35. Ekonomi tengah meleset

Ini adalah antara alasan-alasan yang diberikan untuk bertangguh dalam memulakan pelaburan.

Kadangkala mungkin alasan-alasan sebegini boleh diterima, tetapi selalunya tidak boleh diterima kerana ia hanyalah alasan yang sering diberikan untuk bertangguh dalam memulakan pelaburan.

Apabila menyentuh mengenai pelaburan, lebih awal anda bermula, lebih tinggi peluang anda untuk mendapat pulangan yang baik.

Previous ArticleNext Article

SC Umum Majlis Penasihat Syariah Baharu

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan barisan Majlis Penasihat Syariah (MPS) baharunya untuk tempoh tiga tahun bermula 1 Julai 2026 hingga 30 Jun 2029.

Barisan baharu terdiri daripada ahli berikut:

  1. Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar – Senator, Dewan Negara (Lantikan Baharu)
  2. Profesor Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali – Profesor Kehormat, Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM (IIiBF), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pelantikan Semula)
  3. Dato’ Dr Ashraf Md Hashim – Perunding Syariah (Kewangan Islam) (Pelantikan Semula)
  4. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Dr Asmadi Mohamed Naim – Mufti Pahang (Pelantikan Semula)
  5. Sahibus Samahah Dato’ Setia Dr Haji Anhar Haji Opir – Mufti Selangor (Pelantikan Semula)
  6. Dr Marjan Muhammad – Timbalan Presiden Penyelidikan, Institut ISRA, Universiti INCEIF (Pelantikan Semula)
  7. Encik Burhanuddin Lukman – Bekas Penyelidik, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam (ISRA) (Pelantikan Semula)

Ditubuhkan pada 16 Mei 1996 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993, MPS merupakan pihak berkuasa untuk menentukan aplikasi prinsip Syariah untuk perniagaan atau transaksi pasaran modal Islam (ICM).

Di samping itu, MPS menyokong pertumbuhan pasaran melalui resolusi dan panduan dasar, di samping mengekalkan integriti Syariah.

MPS terdiri daripada cendekiawan Syariah, ahli akademik dan pengamal pasaran terkemuka dengan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang Syariah, kewangan Islam, pasaran modal dan undang-undang.

Pengerusi SC, Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata MPS memainkan peranan penting dalam memastikan ICM Malaysia kekal responsif terhadap perkembangan pasaran yang sentiasa berubah, sambil menegakkan prinsip Syariah yang berlandaskan Maqasid alShariah. “Panduan yang diberikan oleh MPS terus menyokong inovasi, kemampanan dan pertumbuhan jangka panjang ekosistem ICM.”

“Komposisi baharu MPS, dengan kepakaran dan pengalaman kolektif ahlinya, berada pada kedudukan yang baik untuk menyediakan panduan yang mantap dan berpandangan jauh mengenai hal ehwal Syariah. Dengan kepimpinan Islam yang dipandu oleh Maqasid al-Syariah sebagai pembeza utama, MPS akan memacu pertumbuhan dan kepimpinan global ICM Malaysia,” katanya.

Bagi pihak SC, Dato’ Faiz merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli MPS yang akan bersara atas sumbangan mereka yang tidak ternilai dan perkhidmatan berdedikasi kepada industri ICM. “Pandangan dan kepimpinan mereka telah menyumbang ke arah memajukan ICM Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.”

Untuk maklumat lanjut mengenai MPS, sila lawati https://www.sc.com.my/development/icm/shariah/members-of-the-shariah-advisorycouncil