FCPO: Pedagang Yang Nantikan Penurunan Masih Mendominasi

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO menjunam sebanyak MYR48 untuk ditutup pada paras MYR4,005 apabila momentum menurun terus menguat. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada MYR4,055. Ia mencecah paras puncak berjumlah MYR4,067, namun diheret oleh kegiatan penjualan yang besar sehingga terjerumus kepada paras terendah sesi tersebut, iaitu sebanyak MYR3,997.

Ia akhirnya menutup dagangan pada MYR4,005 dengan corak lilin menurun yang kukuh yang mengesahkan tekanan jualan masih dominan. Oleh demikian itu, FCPO kini menguji paras sokongan MYR4,000 dan mungkin mengalami fasa pengukuhan pada paras lingkungan harga yang lebih rendah. Momentum menurun yang kuat sekarang bakal menguji paras sokongan lebih rendah bernilai MYR3,850 sekiranya paras sokongan terdekat ditembusi.

Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif memandangkan trend pasaran dilihat terus memihak kepada mereka yang menantikan penurunan harga.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 10 Feb, atau MYR4,095. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang timbul, paras henti rugi sekarang ditetapkan pada MYR4,250.

Paras sokongan pertama ialah sebanyak MYR4,000 yang diikuti oleh MYR3,850. Paras rintangan terdekat sebaliknya berada pada MYR4,250 dan disusuli oleh paras MYR4,400.

Previous ArticleNext Article

FCPO: Bakal Menguji Paras Rintangan MYR4,700

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami momentum kenaikan yang kukuh pada hari Jumaat apabila melambung naik MYR73 untuk ditutup lebih tinggi pada harga MYR4,646. Sesi ini dibuka pada paras MYR4,567. Selepas mencecah paras terendah sesi hari tersebut pada MYR4,559, komoditi ini menaik ke arah paras tertinggi sesi berkenaan pada MYR4,672 dan menutup dagangan pada MYR4,646 dengan pembentukan corak lilin menaik memanjang. Pergerakan harga semasa ini menunjukkan berlakunya peralihan positif dalam sentimen pasaran. Walau bagaimanapun, paras rintangan kukuh dijangka muncul pada paras MYR4,700.

Selagi komoditi ini terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, ia mungkin akan membuat pergerakan mendatar. Penembusan menaik akan menambah baik sentimen pasaran, dan menyambung trajektori menaik semula untuk menuju ke arah paras MYR4,840. Sekiranya kegiatan penjualan berlaku lagi, komoditi ini akan menurun ke arah paras MYR4,500. Buat masa sekarang, kami terus berpegang pada bias dagangan negatif sehinggalah FCPO ditutup di atas paras ambang MYR4,700.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada paras MYR4,481 atau semasa penutupan 12 Mei. Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ditetapkan pada MYR4,500 yang diikuti oleh paras MYR4,390. Apabila harga meningkat, paras rintangan pertama berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi pada MYR4,840.