Harga Minyak Dijangka Meningkat Ke Paras US$90-US$100 Susulan Loji Ras Tanura Tutup Sementara – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) — Harga minyak mentah dijangka meningkat sehingga paras US$90-US$100 setong berikutan gangguan yang berlaku di loji Ras Tarura milik syarikat minyak kerajaan Arab Saudi, Saudi Aramco, menurut penganalisis.

Kemudahan itu ditutup sementara pada Isnin selepas serangan dron, dalam persekitaran serangan balas Tehran di seluruh rantau ini sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahl Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata tempoh penutupan loji itu akan menjadi faktor utama yang menentukan pergerakan harga minyak mentah dalam tempoh yang terdekat.

Beliau berkata sekiranya loji itu kembali beroperasi dalam masa 24 hingga 48 jam, harga minyak dijangka menyusut manakala penangguhan operasi sehingga seminggu boleh mengehadkan bekalan minyak.

“Pengoperasian semula dalam tempoh 24 hingga 48 jam juga hanya menyebabkan gangguan kecil terhadap operasi memandangkan stok penampan di terminal Juaymah akan membolehkan eksport minyak diteruskan, dengan premium risiko semasa kira-kira US$7 setong dijangka susut, menyebabkan harga minyak Brent kembali kepada julat US$74-76.

“Operasi yang dimulakan semula dalam masa seminggu akan mengehadkan inventor bahan apt, dan ‘crack spreads’ atau perbezaan harga antara minyak mentah dengan produk petroleum slap tapts akan meningkat berikutan pembeli mendapatkan sumber alternatif.

“Harga minyak mentah Brent pula terus meningkat sekitar US$82-88 berikutan kebimbangan mengenal penghantaran melalui Selat Hormuz,” katanya kepada Bernama.

Mohd Sedek menegaskan bahawa gangguan yang berlanjutan sehingga sebulan boleh mendorong harga minyak mencecah paras US$95-100 berikutan kekangan bekalan yang semakin meningkat.

“Gangguan ini boleh memberi kesan struktur yang serius, menekan Arab Saudi untuk mengutamakan keperluan bahan api domestik dan mengehadkan eksport.

“Pada masa sama, situasi backwardation (harga semasa lebih tinggi daripada harga akan datang) semakin meningkat berikutan permintaan semasa melebihi bekalan sedia ada, yang mendorong minyak mentah Brent mencecah paras US$95-100 dan menyebabkan pengguna minyak utama di Asia menggunakan rizab strategik” katanya.

Menurutnya gangguan yang berlarutan melebihi sebulan akan bersifat sistemik atau menjejaskan pasaran minyak global dengan melus.

“Memandangkan loji Ras Tanura tidak beroperasi dan laluan melalu Selat Hormuz adalah terhad, simpanan minyak akan cepat penuh sehingga menyebabkan penutupan sementara di medan minyak seperti Ghawar.

“Harga minyak Brent pula berupaya melonjak pada julat US$120-140, menyebabkan permintaan berkurangan secara mendadak dan melarat menjadi krisis keselamatan tenaga global” katanya.

Ahli ekonomi Al-Madinah International University Profesor Emeritus Dr Barjoyal Bardal berkata gangguan bekalan yang berpanjangan selama beberapa minggu akan menyebabkan kejutan bekalan yang lebih besar.

Katanya harga minyak mentah Brent dijangka meningkat dengan ketara danberpotensi mendorong pengeluaran minyak yang terkawal daripada rizab minyak strategik.

“Tempoh gangguan ini adalah antara faktor terbesar yang mempengaruhi pergerakan harga minyak dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau menekankan bahawa penutupan boji Ras Tarura merupakan faktor kritikal dalam menentukan pergerakan harga minyak.

“Ras Tanura adalah antara kilang penapisan terbesar di Timur Tengah yang memproses kira-kira 550,000 tong sehari, dan berperanan sebagai terminal eksport utama bagi minyak mentahSaudi dengan infrastruktur penyimpanan bersepadu dan kemudahan pemuatan air dalam.

“Berikutan peranan strategiknya, penutupan sementara juga akan terus menimbulkan kebimbangan ke atas gangguan eksport, meningkatkan premium risiko akibat kemungkinan berlaku serangan susulan dan kebimbangan terhadap keselamatan penghantaran minyak di Timur Tengah,” katanya.

Beliau berkata sekiranya ketegangan itu berterusan dan gangguan juga berlaku lebih lama, harga minyak akan meningkat dan mungkin mencapai atau melebihi US$90 setong.

“Jangkaan premium risiko kekal tinggi walaupun kilang penapisan kembali beroperasi segeraberikutan risiko konflik telah meningkat dengan ketara,” katanya.

Selain itu, Barjoyal berkata psikologi pasaran akan mendominasi pergerakan harga dalam masa terdekat.

“Insiden kecil juga boleh menyebabkan reaksi harga yang besar memandangkan peniaga berpendapat sekiranya loji Ras Tamura boleh menjadi sasaran, kemudahan lain juga boleh menjadi sasaran.

“Hanya dengan sentimen ini sahaja berpotensi menaikkan harga Brent mencecah paras US$90 ke atas walaupun tanpa gangguan fizikal yang ketara,” katanya.
— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Bank Dunia Turunkan Unjuran Pertumbuhan Global 2026 Kepada 2.5 Peratus

Bank Dunia menurunkan unjuran pertumbuhan global kepada 2.5 peratus bagi 2026 pada Khamis, daripada 2.9 peratus pada 2025, sekali gus mencatatkan kadar terendah sejak akhir 2019, lapor Agensi Berita Xinhua.

Laporan Prospek Ekonomi Global separuh tahun bank itu memetik faktor kenaikan harga tenaga, inflasi yang lebih tinggi dan peningkatan kos pinjaman di tengah-tengah konflik Asia Barat sebagai punca kepada pengurangan unjuran pertumbuhan berkenaan.

Laporan itu turut memberi amaran bahawa risiko kemerosotan adalah signifikan. Pertumbuhan global boleh terus menyederhana kepada 2.1 peratus jika gangguan bekalan tenaga berlarutan lebih lama dan harga minyak secara purata mencecah US$115 setong tahun ini, yang akan memacu inflasi kepada 4.4 peratus.

Laporan berkenaan menurunkan unjuran pertumbuhan bagi dua pertiga negara berbanding laporan Januari tahun ini, dengan negara-negara Teluk mencatatkan pengurangan paling besar daripada 3.9 peratus pada 2025 kepada hampir sifar pada 2026.

Asia Selatan pula dijangka mencatatkan pertumbuhan paling kukuh berbanding mana-mana wilayah lain pada kadar 6.3 peratus bagi tahun 2026, walaupun angka itu menunjukkan penurunan berbanding tujuh peratus pada 2025.

Selain itu, laporan berkenaan mengekalkan unjuran pertumbuhan sebanyak 2.2 peratus bagi ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada 2026, biarpun ia menarik perhatian bahawa angka terbabit boleh menyusut kepada 2.1 peratus pada 2027 dan dua peratus pada 2028.

Ekonomi di zon euro pula dijangka berkembang pada kadar 0.8 peratus pada 2026, turun daripada 1.4 peratus pada 2025. Bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun, ia diunjurkan berkembang 0.7 peratus pada 2026 berbanding 1.1 peratus pada 2025.

Bank Dunia menjangkakan pertumbuhan global kembali meningkat kepada 2.8 peratus pada 2027, namun kadar itu kekal 0.4 mata peratusan di bawah purata yang direkodkan pada dekad 2010-an.

Walaupun risiko terus memihak kepada kemerosotan ekoran peningkatan permusuhan, gangguan pasaran komoditi dan ketegangan geopolitik yang bertambah, pihak bank menegaskan bahawa tindakan dasar adalah sangat kritikal.

Pada peringkat global, Bank Dunia menggesa negara-negara terbabit untuk melindungi keselamatan tenaga dan makanan serta memajukan peralihan tenaga. Bagi peringkat domestik pula, semua negara digesa mengawal inflasi, memperkukuh kemampanan fiskal dan menyokong pewujudan peluang pekerjaan.

–BERNAMA