Senarai Saham Oil & Gas di Bursa Malaysia (Versi 2026)

Industri minyak dan gas merupakan antara sektor strategik yang penting dalam ekonomi global. Malaysia juga mempunyai ekosistem industri minyak dan gas yang lengkap, daripada penerokaan minyak mentah sehinggalah kepada pengeluaran produk petroleum dan bahan kimia.

Di pasaran saham tempatan, terdapat banyak syarikat yang terlibat dalam sektor ini dan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, saham-saham minyak dan gas di Bursa Malaysia mencatat kenaikan mendadak sebelum jatuh semula dengan cepat. Pergerakan ini banyak dipengaruhi oleh harga minyak dunia serta faktor geopolitik di Timur Tengah.

Sebagai contoh, saham Hengyuan Refining pernah melonjak lebih 17% dalam satu hari apabila harga minyak dunia meningkat.

Namun kenaikan tersebut tidak bertahan lama. Apabila harga minyak mula turun semula dan sentimen pasaran berubah, pelabur mula mengambil keuntungan (profit taking). Dalam masa yang sama, volatiliti harga minyak meningkat dan pasaran global menjadi lebih berhati-hati.

Apabila harga minyak jatuh di bawah paras psikologi tertentu, saham-saham tenaga turut mengalami penurunan.

Untuk memahami pergerakan saham sektor ini dengan lebih baik, kita perlu melihat bagaimana industri minyak dan gas distrukturkan. Secara umum, industri ini terbahagi kepada tiga segmen utama iaitu Upstream, Midstream dan Downstream.

Senarai Saham Minyak dan Gas di Bursa Malaysia

Peratusan (%) yang dipaparkan merujuk kepada prestasi harga saham setakat tahun semasa (YTD) ketika artikel ini ditulis.

1.Upstream

Segmen ini merujuk kepada aktiviti mencari dan mengeluarkan minyak serta gas dari dalam bumi atau dasar laut.

Aktiviti dalam segmen ini termasuk:

  • Penerokaan minyak dan gas
  • Penggerudian telaga minyak (drilling)
  • Pengeluaran minyak dan gas
  • Perkhidmatan teknikal oilfield

Antara syarikat yang terlibat dalam segmen ini ialah:

  • Hibiscus Petroleum (+48.34%)
  • Velesto Energy (+17.86%)
  • Vantris Energy (Sapura Energy) (+6.58%)

Segmen ini biasanya paling sensitif kepada perubahan harga minyak dunia kerana pendapatan syarikat bergantung secara langsung kepada aktiviti pengeluaran minyak dan gas.

Selain itu, terdapat juga syarikat yang menyediakan perkhidmatan dan peralatan penggerudian kepada syarikat upstream.

Contohnya:

  • Deleum (+1.6%)
  • Velesto Energy (+17.86%)
  • Uzma Berhad (+10%)

2. Midstream – Transportation & Storage

Segmen midstream melibatkan aktiviti mengangkut, menyimpan dan mengurus logistik minyak dan gas selepas ia dikeluarkan dari telaga.

Antara aktiviti utama dalam segmen ini termasuk:

  • Pipeline minyak dan gas
  • Kapal pengangkutan minyak
  • Floating storage
  • Terminal penyimpanan petroleum
  • Offshore Support Vessel (OSV)- merujuk kepada kapal sokongan yang membantu operasi minyak dan gas di offshore, seperti membawa bekalan dan mengendalikan peralatan.

Contoh saham:

  • Bumi Armada (16.95%)
  • Alam Maritim (-15%)
  • Perdana Petroleum (9.37%)
  • Lianson Fleet Group Bhd (Icon Offshore) (-7.6%)
  • Gas Malaysia (21%) – Jika Petronas Dagangan menguasai jualan minyak kenderaan dan tong gas (LPG), Gas Malaysia Berhad pula adalah juara dalam pengedaran gas asli melalui rangkaian paip sepanjang 3,000 km kepada sektor industri, komersial dan perumahan.

3. Downstream

Segmen downstream merupakan peringkat akhir dalam rantaian industri minyak dan gas. Dalam segmen ini, minyak mentah akan diproses menjadi produk petroleum dan bahan kimia yang digunakan oleh pengguna dan industri.

Aktiviti utama:

  • Memproses minyak mentah
  • Menghasilkan petrol, diesel, jet fuel
  • Menjual produk petroleum

Contoh saham Bursa:

  • Hengyuan Refining (112%)
  • Petron Malaysia (22.16%)
  • Petronas Dagangan (7.37%)
  • Petronas Chemicals (36%)

Pergerakan saham minyak dan gas sangat berkait rapat dengan harga minyak dunia. Apabila harga minyak meningkat, saham sektor ini biasanya turut melonjak. Namun apabila harga minyak kembali turun atau sentimen pasaran berubah, saham-saham ini juga boleh jatuh dengan cepat.

Oleh itu, memahami kedudukan syarikat dalam rantaian industri sama ada upstream, midstream atau downstream boleh membantu pelabur menilai bagaimana sesuatu saham akan dipengaruhi oleh perubahan harga minyak.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Perladangan: El Nino Secara Rasminya Tiba

Saranan dinaik taraf kepada WAJARAN TINGGI daripada Neutral; Saham Pilihan Utama: Johor Plantations Group (JPG), Sarawak Oil Palms (SOP), IOI Corp (IOI), Hap Seng Plantations (HSP), London Sumatra Indonesia (LSIP) dan SD Guthrie (SDG)

Satu makluman rasmi berkaitan El Nino telah dikeluarkan oleh Pentadbiran Lautan dan AtmosferaKebangsaan AS (NOAA) walaupun tahap keterukan fenomena ini masih lagi belum dapat dipastikan. Meskipun berdepan dengan risiko-risiko geopolitik semasa, kami percaya harga CPO akan terus terkawal pada paras semasa dengan ia berpotensi menaik sekiranya fenomena El Nino kali ini dianggap kuat.

NOAA AS mengumumkan bahawa El Nino sudahpun muncul

Mengeluarkan makluman berkaitan El Nino yang meramalkan fenomena ini akan bertambah kuat kepada tahap sederhana atau kuat. Dari segi tahap kekuatan, kebarangkalian untuk El Nino kuat muncul memuncak pada 88% untuk tempoh Nov 2026-Jan 2027. Sekiranya kejadian El Nino kuat melanda, keluaran minyak sawit akan terjejas dan kesan ini mungkin berlarutan sehingga dua tahun, bergantung pada tahap keterukan
fenomena ini.

Pada tahun-tahun sebelum ini, kesan ketara terhadap hasil keluaran CPO daripada El Nino hanyalah dirasai semasa tempoh-tempoh El Nino kuat. Kami ingin menekankan bahawa Biro Meteoreologi Australia masih lagi belum mengumumkan pengesahan tentang kemunculan El Nino

Menurut rekod sebelum ini, El Nino selalunya menyebabkan hasil tanaman merosot antara 2% dan 20%

Kami mengambil maklum bahawa semasa dua kejadian El Nino yang kuat pada 1997-1998 dan 2015-2016: hasil tanaman mengalami penurunan sebanyak 17% pada 1998-1999 dan kejatuhan 14% dalam keluaran hasil tanaman pada 2016-2017 yang kesannya hanya dirasai selepas setahun. Bagi harga CPO pula, harga purata CPO menokok setinggi 21% semasa tahun-tahun melandanya El Nino dan mencapai paras purata tambahan 26% setahun selepas El Nino muncul.

Oleh demikian itu, walaupun kami mengekalkan ramalan harga CPO buat masa sekarang sementara menunggu pengesahan mengenai kekuatan fenomena El Nino, kami percaya adanya potensi kenaikan

Andaian harga CPO kami berjumlah MYR4,400/tan untuk 2026 dan MYR4,300/tan untuk 2027, khususnya untuk 2027. Hal ini demikian kerana harga CPO sepatutnya meningkat dan bukannya menurun selepas El Nino berlalu lebih-lebih lagi apabila ia merupakan satu kejadian yang kuat.

Faktor-faktor lain yang boleh menaikkan harga CPO ialah kesan daripada skim tadbir urus eksport komoditi Indonesia

Yang akan menyalurkan semula urus niaga eksport melalui Danantara Sumberdaya Indonesia. Walaupun Kerajaan Indonesia sekarang mempertimbang untuk mengurangkan skop skim ini, tahap pengawasan yang lebih ketat masih akan dikenakan terhadap eksport dan mekanisme penetapan harga akan dibuat pada harga barangan eksport. Hal ini bertujuan mencegah masalah pembuatan invois yang lebih murah daripada yang sepatutnya dan amalan harga pindahan.

Sebaik sahaja skim ini berkuat kuasa (tarikh akhir pada 31 Dis 2026), pengeksport dikehendaki untuk menghantar laporan bulanan yang memperincikan tentang maklumat jenis produk, jumlah barangan, nilai, dan pengelasan tarif, dan mereka hendaklah menyimpan semua hasil eksport dalam bank-bank milik kerajaan Indonesia.

Kami percaya berlakunya peningkatan eksport lebih awal sebelum skim ini dilaksanakan pada fasa peralihan awal, namun sebaik sahaja ia dilaksanakan, kita mungkin dapat melihat berlakunya penangguhan eksport dari Indonesia yang membawa kepada bekalan lebih terhad dan harga lebih tinggi. Kita juga mungkin dapat menyaksikan syarikat perladangan Indonesia berhadapan dengan kos lebih mahal berkait dengan langkah pengawasan lebih ketat ini, tetapi harga CPO mungkin juga menaik untuk mengimbangi masalah kos ini.

WAJARAN TINGGI

Saranan-saranan kami untuk saham-saham perladangan dalam semakan kerana harga-harga saham untuk syarikat perladangan serantau mengalami pembetulan yang ketara baru-baru ini susulan perubahan kawal selia di Indonesia.

Penganalisis
Hoe Lee Leng +603 2302 8110 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.