
Malaysia, 30 Mac 2026 – Cisco (NASDAQ: CSCO) hari ini mengumumkan pengembangan besar Secure AI Factory dengan NVIDIA, memberikan pelanggan satu rangka kerja untuk melaksanakan AI merentasi keseluruhan infrastruktur mereka daripada pusat data utama hingga ke lokasi tempatan di mana data dihasilkan dan keputusan dibuat. Perusahaan, neocloud, sovereign cloud dan penyedia perkhidmatan kini boleh beralih daripada fasa percubaan AI kepada pengeluaran berskala penuh tanpa perlu menggabungkan sistem yang terpisah, sekali gus memendekkan tempoh pelaksanaan daripada beberapa bulan kepada beberapa minggu serta mengintegrasikan keselamatan dari awal.
“Sebahagian besar organisasi memahami potensi AI untuk mentransformasikan perniagaan mereka, tetapi masih mencari cara untuk melaksanakan teknologi ini dengan selamat dan pada skala besar,” kata Chuck Robbins, Pengerusi dan CEO Cisco. “Bersama NVIDIA, kami menyelesaikan cabaran ini dengan seni bina yang menetapkan piawaian baharu prestasi – menjadikannya lebih mudah untuk melaksanakan, mengendalikan dan melindungi infrastruktur AI.”
“AI factory sedang mentransformasikan setiap industri, dan keselamatan mesti dibina dalam setiap lapisan daripada silikon hingga perisian bagi melindungi data, aplikasi dan infrastruktur,” kata Jensen Huang, pengasas dan CEO NVIDIA. “Bersama-sama, NVIDIA dan Cisco membina asas selamat untuk infrastruktur AI dari teras hingga ke edge supaya syarikat boleh menskalakan kecerdasan dengan penuh keyakinan.”
AI Yang Beroperasi Di Mana-Mana, Bukan Sekadar Di Pusat Data
Inferens AI berlaku di lokasi data berada dan apabila keputusan perlu dibuat dengan segera, sama ada di hospital atau dalam analisis video masa nyata di kilang untuk keselamatan pekerja. Realiti ini mengubah struktur infrastruktur dengan memerlukan beban kerja inferens beroperasi secara tempatan lebih dekat dengan data, peranti dan masa keputusan perlu dibuat. Cisco dan NVIDIA membolehkan organisasi menyokong penggunaan inferens di edge melalui:
Transformasi Edge Perusahaan: Kini menyokong GPU NVIDIA RTX PRO™ 4500 Blackwell Server Edition merentasi portfolio Cisco UCS dan Cisco Unified Edge, membolehkan perusahaan menjalankan beban kerja AI kritikal di edge tanpa kos tenaga dan saiz perkakasan pusat data berskala besar.
Transformasi Edge Penyedia Perkhidmatan: Cisco memperkenalkan reka bentuk rujukan Cisco AI Grid dengan NVIDIA yang menggabungkan Platform Perkhidmatan Mobiliti Cisco dengan GPU NVIDIA RTX PRO Blackwell Series. Ini membolehkan penyedia perkhidmatan memanfaatkan rangkaian sedia ada untuk menawarkan perkhidmatan terurus bagi aplikasi AI edge dengan kebolehpercayaan bertaraf operator dan kedaulatan data.
Meningkatkan Prestasi dan Kecekapan untuk AI Berskala Besar
Berdasarkan momentum sistem yang dilancarkan sebelum ini dengan Cisco Silicon One G300 dan P200, Cisco terus meningkatkan prestasi sambil memudahkan keseluruhan proses.
Prestasi Generasi Baharu: Suis berkelajuan tinggi Cisco menyokong beban kerja AI paling mencabar, termasuk Cisco N9100 baharu 102.4Tbps yang menggunakan silikon suis Ethernet NVIDIA Spectrum-6, bersama model 800G N9100 berasaskan Spectrum-4.
Pelaksanaan Pantas: Cisco Nexus Hyperfabric, kini sebahagian daripada Cisco Nexus One, menyokong suis siri Cisco N9000 termasuk N9100. Ini membolehkan organisasi menukar integrasi kompleks pelbagai vendor kepada penyelesaian lengkap yang lebih mudah, sekali gus mengurangkan masa pelaksanaan dan beban IT.
Pelanggan kini mempunyai dua pilihan pelaksanaan AI factory berskala besar: seni bina rujukan yang mematuhi program NVIDIA Cloud Partner (NCP), atau Cisco Cloud Reference Architecture berasaskan Cisco Silicon One.
Keselamatan Diintegrasikan Dalam Setiap Lapisan
Dalam era di mana model AI menjadi aset bernilai tinggi dan agen AI semakin autonomi, keselamatan tidak boleh dianggap sebagai perkara sampingan. Cisco mengintegrasikan perlindungan dalam Secure AI Factory dengan NVIDIA untuk melindungi daripada ancaman luar dan tingkah laku agen tidak terkawal:
Melindungi Infrastruktur AI: Cisco Hybrid Mesh Firewall menyediakan dasar keselamatan konsisten merentasi pelbagai titik penguatkuasaan seperti suis rangkaian dan agen beban kerja. Kini diperluas ke unit pemprosesan data NVIDIA BlueField (DPU), ancaman boleh disekat di peringkat pelayan sebelum mencapai data organisasi.
Melindungi Agen AI: Cisco AI Defense menawarkan keselamatan model, ujian kerentanan automatik dan kawalan khas untuk agen AI di edge melalui integrasi dengan NVIDIA NeMo Guardrails. Ini membantu pembangun dan pasukan keselamatan kekal selangkah di hadapan ancaman baharu.
Cisco Perkukuh Pembangunan Agen AI Perusahaan
Cisco turut mengumumkan bahawa Cisco AI Defense akan menyokong dan melindungi runtime OpenShell NVIDIA, sebahagian daripada NVIDIA Agent Toolkit, dengan menambah kawalan terhadap tindakan agen. Dengan pemantauan berterusan, organisasi boleh melaksanakan agen AI dengan yakin tanpa menjejaskan keselamatan.
Reaksi Industri
Beberapa pemain industri menyambut baik inovasi ini, termasuk Cirrascale, Sharon AI, World Wide Technology dan IDC, yang menekankan keupayaan penyelesaian ini dalam meningkatkan prestasi, kebolehskalaan serta memudahkan pelaksanaan infrastruktur AI secara selamat dan efisien.
Sumber Tambahan
Untuk maklumat lanjut mengenai Cisco Secure AI Factory dengan NVIDIA, sila rujuk:












