Membedah Laporan Tahunan ASB 2025: ASB Melabur Di Mana?

Amanah Saham Bumiputera (ASB) kekal sebagai antara dana unit amanah terbesar di Malaysia dengan penglibatan lebih daripada 10 juta rakyat Malaysia. Laporan Tahunan ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 mendedahkan strategi pelaburan dan prestasi dana unit amanah terbesar negara ini. Bagi pemegang unit, memahami isi kandungan laporan ini penting untuk mengetahui bagaimana dana anda diuruskan.

Strategi Pelaburan: Dominasi Sektor Kewangan

ASB kekal dengan strategi pelaburan yang berhati-hati namun progresif. Sebanyak 75.64% daripada dana dilaburkan dalam pasaran saham (ekuiti), manakala 13.75% diperuntukkan dalam instrumen sukuk dan pendapatan tetap.

Sektor kewangan terus menjadi tulang belakang portfolio ASB.

Senarai Top 10 Pelaburan Terbesar

Pelaburan ASB tertumpu kepada syarikat-syarikat “blue-chip” yang memberikan dividen stabil. Berikut adalah 10 pegangan terbesar setakat Disember 2025:

  1. Malayan Banking Berhad (Maybank): 20.38%
  2. SD Guthrie Berhad: 9.69%
  3. Kerajaan Malaysia (Bon): 8.42%
  4. Sime Darby Berhad: 2.98%
  5. Tenaga Nasional Berhad: 2.76%
  6. PNB Capital LLC RCPSA US: 2.00%
  7. Sime Darby Property Berhad: 1.83%
  8. Axiata Group Berhad: 1.67%
  9. CIMB Group Holdings Berhad: 1.52%
  10. PNB Capital LLC RCPSC US: 1.50%

Pegangan Saham Kumpulan PNB dalam Malayan Banking Berhad

Contohnya setiap kali Maybank umumkan untung berbilion ringgit dan bagi dividen kepada pemegang sahamnya, duit tu akan masuk ke dalam tabung ASB. Kemudian, pengurus ASB akan agihkan semula untung itu kepada kita dalam bentuk dividen 5.75 sen tadi.

“Eh kejap, ASB ni halal ke? Banyak labur dalam Maybank kot?”

Ini soalan paling popular. Memang tak dinafikan, dulu ramai yang ‘seram’ nak simpan banyak dalam ASB sebab isu patuh Syariah. ASNB ada menyediakan satu laman khas yang menghimpunkan semua kenyataan rasmi, video penjelasan mufti dan keratan akhbar mengenai hukum ASB:

Pautan: ASNB – Hukum Pelaburan ASB/ASN

Selain pasaran tempatan, ASB juga mempunyai pendedahan antarabangsa di pasaran Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia Timur (Korea Selatan, Taiwan dan China) bagi mempelbagaikan sumber pendapatan. Langkah kerajaan China memberikan rangsangan ekonomi turut memberi impak positif kepada nilai pelaburan ASB di sana.

“Menunggang” Gelombang Saham Global

Walaupun berpaksikan pasaran tempatan, ASB kini lebih aktif di pentas antarabangsa. Laporan menunjukkan peningkatan pegangan dalam sektor Teknologi Maklumat (4.42%), terutamanya melalui pendedahan kepada industri Semikonduktor dan Kecerdasan Buatan (AI) di pasaran Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Taiwan.

Kelicikan Strategi Pelaburan

Bagi tahun 2025, ASB mencatatkan Nisbah Pusing Ganti Portfolio sebanyak 0.51 kali, meningkat daripada 0.35 kali pada tahun sebelumnya. Kenaikan ini mencerminkan pengurusan dana yang lebih proaktif dan taktikal. Pengurus pelaburan dilihat lebih aktif berdagang tahun 2025 semata-mata nak realisasikan untung masa harga tengah cantik.

Bayangkan, pengurus ASB dah siap-siap beli saham NVIDIA masa harga tengah “tenang”. Tiba-tiba, demam AI melanda dunia, dan semua orang berebut nak beli cip komputer. Harga saham NVIDIA pun terbang naik gila-gila disebabkan permintaan tinggi.

Kalau pengurus pelaburan kita jenis “tidur”, dia biar je saham tu. Tapi tahun 2025 ni, mereka sangat alert. Pantang nampak harga NVIDIA tengah puncak (peak), mereka terus jual sebahagian pegangan untuk ‘lock’ untung. Bayangkan, sejak awal tahun ni saja, harga saham NVIDIA dah naik 10%!

(Nota: Ini adalah contoh simulasi untuk memudahkan pemahaman. Senarai penuh saham global yang dibeli tidak didedahkan, namun laporan tahunan mengesahkan ASB memang agresif dalam sektor teknologi global di AS).

Baca lagi : Nak Buka Akaun Saham Online Dengan Webull? Dapat Antara Caj Terendah Di Pasaran

Webull Malaysia kini telah menawarkan pilihan deposit ke akaun Islamik untuk kemudahan pengguna Muslim di Malaysia. Sebelum ini, semua deposit akan diletakkan dalam bank JP Morgan Malaysia. Dengan pilihan perbankan Islam, deposit pengguna akan diletakkan dalam HSBC Amanah. Promosi terkini: Depositkan RM1,000 dan kekalkan selama 60 hari dan dapat saham NVIDIA percuma bernilai RM200!

MajalahLabur mungkin menerima manfaat apabila pembaca mendaftar menggunakan pautan tersebut. Terima kasih!

Kos Pelaburan: Berapa Yuran Yang Dikenakan?

Ramai pelabur terlepas pandang mengenai yuran pengurusan. Bagi tahun kewangan 2025, ASB mengenakan Yuran Pengurusan sebanyak 0.09% setahun daripada Nilai Aset Bersih (NAB).

Sebagai gambaran, jika anda mempunyai pelaburan sebanyak RM10,000, yuran yang dikenakan hanyalah sekitar RM9.00 setahun. Kadar ini dianggap antara yang terendah dalam industri.

Mesti ada yang tertanya, ke mana pergi duit yuran yang kita bayar tu? Adakah ia masuk poket orang lain? Sebenarnya, inilah cara ASNB “bernafas” sebagai sebuah syarikat.

1. Gaji & Operasi ASNB (RM51.5 Juta) Bagi tahun 2025, ASNB sebagai syarikat pengurusan telah menerima RM51.5 juta daripada yuran pengurus (0.04%). Duit inilah yang digunakan untuk bayar gaji staf di kaunter, sistem IT, sewa bangunan dan upah pakar-pakar pelaburan mereka. Menariknya, jumlah ini jauh lebih rendah berbanding tahun 2024 (RM101 juta), maknanya ASNB makin jimatkan kos untuk kita!

2. Upah “Polis” Pelaburan (RM1 Juta) Selain itu, sebanyak RM1 juta dibayar kepada AmanahRaya Trustees. Kenapa perlu bayar mereka? Sebab mereka adalah pihak ketiga yang bertindak sebagai “polis” atau penjaga amanah. Tugas mereka adalah memastikan ASNB tidak sesuka hati guna duit pelabur. Jadi, RM1 juta ni kira macam kos keselamatan supaya duit kita tak hilang.

3. Selepas tolak kos operasi dan upah penjaga tadi, barulah baki keuntungan yang besar itu diagihkan semula kepada kita dalam bentuk dividen dan bonus.

Kesimpulan

Secara halus, anda sebenarnya adalah pelabur saham yang pro cuma bezanya, anda mempunyai “runner” otai yang tolong terbangkan pelaburan itu bagi pihak anda.

Dengan jumlah pengagihan sebanyak 5.75 sen seunit (5.20 sen dividen dan 0.55 sen bonus) bagi tahun 2025, ASB membuktikan bahawa kombinasi pelaburan stabil di dalam negara dan strategi agresif di pasaran global (seperti AI dan pusat data) mampu memberikan pulangan yang sangat kompetitif.

“Tapi… tempat lain lebih tinggi pulangannya, kan?”

Memang betul, kalau melabur saham sendiri, nak dapat untung 20%-30% setahun tu tak mustahil. Tapi kena ingat satu benda: “high risk, high return.” Bayangkan ASB tu macam rumah. Dah ada rumah, takkan nak duduk dalam rumah sepanjang hayat? Sesekali, ambillah sedikit “duit tepi” daripada hasil dividen tu untuk cuba-cuba ‘merayap’. Bila rugi sekali pun, tak terduduk.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous Article

FCPO: Menurun Selepas Kenaikan Harga Baru-Baru Ini

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO masih berada dalam keadaan menaik meskipun menguncup MYR49 semalam untuk ditutup pada paras MYR4,579. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,630. Selepas berayun antara MYR4,640 dan MYR4,573, ia menutup dagangan pada paras MYR4,579. Walaupun berhadapan dengan tekanan jualan yang sederhana pada paras MYR4,600, FCPO masih ditutup di atas kedua-dua garisan SMA 50 dan 200 hari. Keadaan pasaran menunjukkan mereka yang menantikan kenaikan harga masih mempunyai kelebihan.

Sementara itu, garisan SMA 50 hari sekarang bergerak ke atas, yang menandakan trend menaik masih kukuh. Selepas fasa pengukuhan, komoditi ini mungkin akan menyambung semula pergerakan menaik menuju ke arah paras MYR4,800. Sebagai makluman, semasa keadaan pasaran menaik, paras rintangan cenderung menjadi lemah. Selagi FCPO terus berada di atas paras sokongan MYR4,410, kami akan terus berpegang pada bias dagangan positif.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac, iaitu MYR4,367. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.

Paras sokongan awal kini berada pada MYR4,400 dan diikuti oleh paras MYR4,250. Paras rintangan terdekat sebaliknya ialah MYR4,800 dan diikuti oleh paras ambang MYR4,925.