

- Kekalkan pegangan jualan
FCPO mengalami tekanan jualan yang kukuh pada hari Khamis dengan menyusut MYR51 untuk ditutup pada paras lebih lemah pada MYR4,506. Komoditi ini membuka sesi dagangan semalam pada harga MYR4,551. Ia kemudiannya mencapai paras tertinggi intrahari pada MYR4,570 dan paras terendah intrahari pada MYR4,504 sebelum menutup dagangan pada harga MYR4,506. Corak lilin menurun yang panjang mengesahkan lagi bahawa garis SMA 50 hari sudah menjadi paras rintangan atas selepas komoditi ini jatuh bawah garisan purata.
Hal ini menunjukkan bahawa sentimen pasaran menurun mempunyai kelebihan teknikal sekarang dan FCPO bakal menguji paras sokongan MYR4,390. Penembusan menurun pada paras sokongan akan menyambungkan pergerakan ke bawah ke arah paras MYR4,300. Ambil maklum bahawa dalam keadaan pasaran menurun, sokongan mungkin akan menjadi lebih lemah. Memandangkan pedagang yang meramalkan penurunan sedang menguasai pasaran, kami kekalkan bias dagangan negatif.
Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi tetap kukuh pada MYR4,700.
Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390, diikuti oleh paras seterusnya pada MYR4,300. Paras rintangan pertama sekarang pula ialah MYR4,600, dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,700.













