
Sub Topik

Saranan NEUTRAL kekal, harga sasar (TP) baharu menurun kepada MYR9.30 daripada MYR9.60, potensi kenaikan harga 9%
Kami menjangka keputusan 2Q26 oleh IHH Healthcare rata-ratanya akan mencapai jangkaan, dengan pertumbuhan lebih kukuh dalam unit-unit operasi di Malaysia dan Acibadem yang menampung kelemahan operasi di Singapura. Kami percaya penurunan harga saham baru-baru ini mencerminkan risiko pemulihan yang lebih perlahan daripada yang dijangka untuk pasaran Singapura. Sekiranya harga saham melemah lagi, kami akan menyarankan para pelabur untuk mengumpul saham ini pada harga murah secara beransur-ansur. Premium/diskaun ESG sebanyak 0% dimasukkan dalam pengiraan TP kami berikutan catatan markah ESG IHH pada paras median negara 3.0.
Pandangan awal untuk 2Q26
IHH dijangka akan mengumumkan keputusan 2Q26-nya pada 27 Ogos. Kami meramalkan untung teras 2Q26 akan mencecah MYR482j (yang dilaporkan, sekiranya kadar cukai 24% dan kepentingan minoriti pada 32% PAT). Angka ini mencatat pertumbuhan 15% YoY (+5% QoQ) yang amnya menepati jangkaan, dengan untung teras 1H26F mencapai 47% ramalan sepenuh tahun kami. Berdasarkan mata wang tetap, kami meramalkan hasil dan EBITDA akan berkembang pada kadar 17% dan 23% YoY, disokong oleh kenaikan margin di Malaysia dan Acibadem akibat kadar penggunaan katil yang lebih tinggi susulan kelemahan 1Q26 yang bermusim dan kecekapan operasi di India.
Kami menyelaras perolehan FY26-28 sebanyak -1%, +1%, +2%
Sebahagian besar penurunan bagi perolehan 2026 berpunca daripada operasi Singapura yang pertumbuhan intensiti hasil 2026F-nya direndahkan kepada 2% dan kenaikan kemasukan pesakit wad kepada -4% (berbanding +5% dan +2% sebelum ini).
Hal ini adalah untuk mencerminkan:
i) Peralihan jumlah pesakit secara jangka panjang ke hospital awam
ii) pemulihan lebih perlahan dalam ketibaan pelancong perubatan.
Pihak pengurusan sedang berusaha gigih untuk menangani kelompongan ini menerusi ikhtiar seperti mengembangkan penawaran pakej penjagaan kesihatan dan mempelbagaikan sumber pelancongan perubatan selain Indonesia. Walau bagaimanapun, usaha-usaha ini memerlukan masa untuk membuahkan hasil. Sementara itu, pasaran Malaysia berkedudukan baik untuk menggarap sebahagian kebocoran pesakit ini oleh sebab harganya yang lebih berdaya saing. Oleh itu, kami menaikkan andaian margin EBITDA untuk Malaysia sebanyak 1ppt kepada 26.0-26.2% untuk 2026-2028 (selaras dengan ramalan 25-26% oleh pihak pengurusan).
Kenaikan penilaian kami mungkin datang daripada:
i) Perniagaan Singapura yang mencapai kestabilan lebih awal daripada dijangka
ii) perolehan lebih tinggi daripada Turki.
Walaupun ramalan perolehan unit operasi Turki terus mencabar untuk dibuat di bawah MFRS129 berikutan kesukaran untuk membezakan antara pertumbuhan organik dasar daripada penyelarasan hiperinflasi, kami menaikkan perolehan FY26-28F Acibadem sebanyak 13%, 18% dan 24%. Walaupun selepas semakan ini dibuat, ramalan kami untuk operasi Turki masih berada bawah kadar perolehan yang dicatat pada 1Q26, sekali gus menunjukkan bahawa andaian kami tetap konservatif.
Risiko utama
Pertumbuhan ekonomi lebih lemah daripada jangkaan menjejaskan bilangan pesakit, bayaran lebih untuk pengambilalihan, inflasi kos yang tinggi merentasi pasaran-pasaran operasi yang menyebabkan kegagalan untuk melepaskan kos, dan turun naik mata wang yang membawa kerugian penukaran.

Faktor pemacu utama
i. Bilangan pesakit wad
ii. Keamatan hasil
iii. Nilai mata wang SGD/MYR dan TRY/MYR.
Risiko utama
Risiko-risiko utama membabitkan:
i. Pertumbuhan ekonomi lebih rendah daripada yang dijangkakan (menjejaskan jumlah pesakit)
ii. Inflasi kos yang tinggi merentasi semua pasaran operasi (mengakibatkan usaha pengalihan kos
gagal)
iii. Ketidaktentuan FX membawa kepada kerugian penukaran mata wang.
Keadaan sebaliknya melambangkan risiko positif.
Profil Syarikat
IHH Healthcare menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Syarikat ini mengendalikan hospital serta
pusat perubatan, klinik, perniagaan penjagaan kesihatan sampingan merentasi beberapa negara, termasuk Singapura, Malaysia, Turki, dan China.





Penganalisis
Eddy Do +60 323028125 ([email protected])
Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.










