Tenaga: Pelancaran Rasmi LSS6

Saranan WAJARAN TINGGI kekal, Saham Pilihan Utama: Tenaga Nasional, YTL Power, Solarvest, dan Samaiden Group

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) secara rasminya melancarkan projek Suria
Berskala Besar (LSS) 6 menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada 16 Julai. Program ini menawarkan jumlah kuota kapasiti suria sebanyak 2.5GW di samping sistem simpanan tenaga bateri (BESS) berkapasiti 1.25GW, dan kapasiti suria sebanyak 150MW khusus untuk syarikat-syarikat milikan Bumiputera di Semenanjung Malaysia.

LSS6 menyasarkan operasi komersial menjelang 31 Dis 2029

Terdiri daripada tiga pakej:

i) Pakej 1 – kapasiti suria mencecah 2.2GW dengan kapasiti BESS sebanyak 1.1GW

ii) Pakej 2 – kapasiti suria berjumlah 300MW dengan BESS 150MW, khusus untuk syarikat-syarikat Bumiputera

iii) Pakej 3 – kapasiti suria mencecah 150MW tanpa BESS, juga khusus buat syarikatsyarikat Bumiputera.

Tempoh permintaan untuk cadangan (RFP) bagi Pakej 1 dan 2 adalah dari 27 Julai hingga 7 Ogos, manakala Pakej 3 dijadualkan pada 17-28 Ogos. Berdasarkan garis masa penilaian yang biasa, kami menjangka tawaran projek paling awal akan diumumkan antara bulan Ogos dan September. Kapasiti bidaan individu dihadkan pada 60-500MW untuk Pakej 1 dan 2, dan 10-30MW untuk Pakej 3.

Jumlah capex projek mungkin mencecah MYR13-15bn

Bermakna capex sebanyak MYR3-3.5j/MW untuk tenaga suria, dan MYR4j/MW untuk BESS. Walaupun terma perjanjian pembelian kuasa (PPA) dan kadar pulangan dalaman (IRR) untuk projek ini masih belum jelas diketahui buat masa sekarang, kami tidak menolak kemungkinan IRR projek yang lebih rendah pada digit tunggal pertengahan apabila melihat pada persekitaran persaingan bidaan yang kian rancak.

Solarvest dan Samaiden masih lagi penerima manfaat pilihan kami

Dengan sokongan daripada rekod prestasi mereka dalam program-program LSS sebelum ini. Kami mengandaikan bahawa Solarvest akan meraih 20-30% penguasaan pasaran, yang membawa kepada tawaran kapasiti suria sebanyak 500-750MW dan BESS antara 250-375MW. Sementara itu, kami menjangka Samaiden akan meraih penguasaan pasaran antara 10-15%, yang bersamaan dengan tawaran kapasiti suria berkapasiti 250-375MW dan tawaran projek BESS antara 125-188MW. Hal ini dapat memberikan potensi kenaikan lanjut kepada andaian penambahan buku pesanan kami untuk FY27 bernilai
MYR2.7bn (tawaran projek sebanyak MYR1.2bn YTD) untuk Solarvest dan MYR600j buat Samaiden.

Harga modul fotovolta suria sedang mengalami trend penurunan seperti yang dijangk

Berdasarkan semakan saluran kami semalam, harga panel suria ditawarkan pada USD0.11/W oleh pembekal-pembekal dari China, iaitu lebih rendah daripada harga puncak sebanyak USD0.13/W baru-baru ini. Kami tidak menolak kemungkinan harga menurun lagi memandangkan kos bahan mentah yang lebih murah untuk modul PV. Harga perak pula jatuh kepada USD56.9/auns setakat 16 Julai, daripada kira-kira 47% daripada paras puncak sebanyak USD121.60/auns pada 29 Jan. Sebaliknya, harga polisilikon China menyusut lebih sekitar 38% YTD kepada CNY32,667/tan setakat 16 Julai.

Penganalisis
Max Koh +603 2302 8131 ([email protected]), John Liew +603 2302 8105 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.