Kemudahan Overdraf – Bagus Atau Tidak?

Ramai yang tak tahu apa itu overdraf, jadi jom kita ambil tahu tentang instrumen pembiayaan yang jarang-jarang dilakukan.

Definisi Overdraf

Overdraf merupakan sejenis fasiliti oleh bank yang menggunakan harta sebagai cagaran seperti Sijil Fixed Deposit, Sijil ASB & Geran Hartanah. Kebiasaannya akan dapat nisbah 1:1 ataupun 90% daripada nilai yang dicagarkan.

Maksudnya kita ada rumah yang berharga RM500,000, kita dapat gunakan fasiliti sebanyak RM500,000.

Tujuan overdraf adalah untuk mencagarkan harta yang dimiliki kepada pihak bank tanpa perlu menjualnya. Secara psikologinya pula, kita mempertahankannya daripada tergadai dan berusaha membayar semula limit yang digunakan secepat mungkin.

Overdraf biasanya digunakan oleh para peniaga, contohnya seperti pemborong yang memerlukan modal awal yang banyak untuk mengambil stok. Apabila stok sudah dihantar dan bayaran sudah diterima daripada peruncit-peruncit, payment tersebut dimasukkan semula ke dalam akaun overdraf tersebut.

Malangnya terdapat segelintir golongan yang tidak berfikir panjang dan akhirnya menanggung bebanan hutang.

Banyak yang saya perhatikan bila mereka mengambil fasiliti ini, mereka gunakan sehingga maksimum untuk tujuan-tujuan tertentu & peribadi dan hanya membayar amaun faedah sahaja selama bertahun-tahun lamanya.

Agak-agak sampai bila nak habis hutang tu?

Saya bagi contoh sedikit kos penggunaan overdraf:

Kadar pembiayaan setahun = 6%
Had Fasiliti = RM200,000
Penggunaan = RM50,000 (untuk tempoh 30 hari)
Kadar yang dikenakan = RM50,000 x 6% / 365 hari x 30 hari = RM246.57

Jumlah yang perlu dibayar adalah RM246.57 untuk tempoh penggunaan fasiliti tersebut dalam tempoh 30 hari.

Bila RM50,000 tersebut dibayar bersama jumlah faedah sebanyak RM246.57 dalam tempoh satu bulan, akaun tersebut akan menjadi neutral semula.

Kalau anda mahu cagarkan property anda untuk tujuan berhutang jangka masa panjang, lebih baik gunakan term loan kerana kadar keuntungannya adalah lebih murah.

Kalau anda mahu cagarkan sijil Fixed Deposit atau Sijil ASB anda untuk tujuan berhutang jangka panjang, jual sajalah Sijil tersebut, gunakan cash. Tak perlu berhutang di atas cash anda sendiri. Kalau ASB pakai saja kemudahan ASB Financing, kadar keuntungan pun lebih rendah.

Bagi yang masih tak faham penggunaan overdraf sebagai leverage Other People’s Money (OPM), lebih baik anda menuntut ilmu dulu. Kemudahan overdraf ini memang menguntungkan kalau kena pada tempatnya. Tapi awas! Kalau buat tanpa ilmu, anda boleh hilang segalanya.

Kebaikan/Kelebihan Overdraf

  1. Masih ada cash dalam tangan
  2. Teknik OPM
  3. Dapat interest/dividend (Cert Value)
  4. Lebihan cash (OD)

Keburukan/Kelemahan Overdraf

1) Kalau hanya bayar minimum sahaja setiap bulan, sampai bila pun hutang tersebut takkan habis, dan yang paling untung adalah bank
2) Cagaran yang dicagarkan tadi pula, mungkin boleh hilang/tergadai sebab nak langsaikan hutang yang tertunggak

.Kalau untuk hutang jangka pendek, bolehlah pertimbangkan untuk menggunakan fasiliti overdraf ini. Tapi kalau berniat untuk bayar sikit-sikit bulan, takut nanti buruk padahnya. Takut tak tahan dengan godaan je nanti…

Kredit: Khairul Ezuwan, Bella Leana

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA