Anda Dan Pasangan Kerap Menghadapi Masalah Kewangan? 2 Langkah Ini Pasti Membantu

Mengikut kepada kajian yang telah dijalankan, lebih daripada 20% pasangan suami isteri bercerai disebabkan oleh masalah kewangan ketika usia lima tahun perkahwinan. Pastinya, setiap pasangan yang telah mengambil keputusan bersama untuk mendirikan rumah tangga menginginkan sebuah perkahwinan yang bahagia hingga ke akhir hayat.

Ternyata, ia bukanlah semudah yang disangka oleh pasangan muda yang masih baru dalam mendirikan rumah tangga. Lebih – lebih lagi hidup di zaman yang sedang tinggi kos sara hidupnya. Bermacam liku dan onak duri harus ditempuh bersama. Kekukuhan kewangan yang jitu amat diperlukan bagi membentuk sebuah kelaurga yang mampan dan stabil.

Ianya merupakan cabaran yang perlu dihadapi bersama oleh setiap pasangan. Perancangan kewangan yang kukuh mampu menjadi bekalan untuk pasangan berumah tangga menempuh kehidupan pada masa akan datang. Oleh yang demikian, kerjasama dan saling bertoleransi antara suami isteri amat diperlukan.

Berikut merupakan langkah-langkah pencegahan daripada mengalami masalah kewangan untuk pasangan suami isteri telah mendirikan rumah tangga.

1. Ubah Cara Berbelanja Dan Gaya Hidup

Kaji semula corak perbelanjaan anda suami isteri. Selarikan dengan kehidupan selepas berkahwin terutama bagi pasangan yang baru mendirkan rumah tangga. Jika sebelum berkahwin, anda mengamalkan gaya hidup yang mewah, namun selepas berkahwin, anda perlu ubah cara gaya hidup tersebut. Ingat, anda bukan hidup bersendiri lagi, tetapi anda sudah punya tanggungjawab dalam membina sebuah keluarga.

Selain berjimat-cermat dalam berbelanja, jangan lupa untuk membuat tabungan simpanan dan juga dana kecemasan. Ianya penting dan sangat perlu sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak anda ingini.

2. Meningkatkan Ilmu Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan yang stabil dan kukuh sebenarnya menjadi bekal kepada diri anda untuk menghadapi sebarang cabaran dalam krisis kewangan sekiranya berlaku dalam rumahtangga anda.

Jangan pernah berasa malu untuk menuntut ilmu kewangan kerana dalam anda menimba ilmu, anda sebenarnya sedang memperbaiki tahap hidup anda dan pasangan. Jika anda mengalami masalah tentang bayaran untuk mendapatkan nasihat kewangan, anda boleh mendapatkan khidmat kewangan secara percuma di AKPK.

Apa yang penting adalah sifat kesedaran dalam diri dan juga pasangan untuk meningkatkan ilmu pengurusan kewangan dalam rumahtangga anda.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kantoi Beli Kereta dan Aset Tetapi Tidak Lapor Pendapatan Yang Betul

Merujuk kepada kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) bertarikh 20 Jun 2026, agensi tersebut mendedahkan bahawa seramai 52,540 pembayar cukai telah tampil mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun-tahun taksiran ke belakang.

Melalui pelaporan semula ini, jumlah keseluruhan pendapatan yang diisytiharkan adalah sebanyak RM4.07 bilion, dengan jumlah cukai kena dibayar mencecah RM1.009 bilion.

Persoalannya: Bagaimana LHDN boleh “hidu” golongan yang culas ni? Dah tak boleh lari ke sekarang?

Jawapannya ada pada e-Invois dan model analitik data milik HASiL.

3 “Lubang” Yang Berjaya Dikesan Sistem Baharu LHDN

Berdasarkan kenyataan media rasmi HASiL, mereka kini menggunakan analisis data e-invois. Hasilnya, mereka berjaya mengesan tiga corak utama “anomali” atau transaksi mencurigakan pembayar cukai:

  • 1. Transaksi Aktif Tapi Rekod Cukai Kosong: Sistem mengesan individu yang transaksi kewangannya sangat aktif, tetapi apabila disemak dengan profil cukai sedia ada, datanya langsung tidak sepadan.
  • 2. Beli Aset Mewah Melebihi RM100,000: Sesiapa yang membuat pembelian bernilai tinggi seperti kenderaan dan aset melebihi RM100k, automatik “lampu merah” akan menyala di sistem HASiL jika pelaporan pendapatan mereka sebelum ini mencurigakan.
  • 3. Buat Duit Melalui Ekonomi Digital: Aktiviti transaksi dalam talian (online) yang rancak tanpa pengisytiharan cukai yang sewajarnya juga kini berada dalam radar pemantauan rapat.

Kuasa Pendekatan “Nudging” (Cuitan Mesra)

Menariknya, 52,540 pembayar cukai ini bukanlah diseret terus ke mahkamah. HASiL menggunakan pendekatan “nudging” iaitu memberi teguran berasaskan bukti data, memberikan mereka peluang terakhir untuk tampil menyerah diri dan membetulkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun sebelum ini secara sukarela sebelum tindakan tegas diambil.

Perkembangan Terkini e-Invois di Malaysia

Sejak pelaksanaan e-Invois bermula pada 1 Ogos 2024, sistem percukian negara telah mengalami anjakan digital yang sangat besar:

Statistik Utama Pelaksanaan e-InvoisAngka
Jumlah Pembayar Cukai Mengemukakan e-InvoisLebih 230,000 pembayar cukai
Jumlah Pengeluaran e-Invois Secara Keseluruhan1.505 bilion e-Invois

Malah bermula 1 Januari 2026, ketelusan sistem diperketatkan lagi di mana semua pembayar cukai wajib mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi jualan barang atau perkhidmatan yang melebihi RM10,000. Pembeli pula perlu memberikan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau nombor kad pengenalan (IC) kepada penjual untuk pengesahan tepat.

Nota Penting: Walaupun sistem semakin ketat, HASiL mendedahkan masih ada segelintir pembayar cukai yang gagal mematuhi keperluan pelaksanaan e-Invois dan pemantauan berterusan sedang giat dijalankan.

Kesimpulan

Zaman untuk “sorok” pendapatan atau buat-buat lupa bayar cukai nampaknya sudah semakin berakhir. Pengajaran daripada angka RM4.07 bilion ini mudah: Sistem cukai Malaysia kini semakin pintar. Sebelum “dicuit” mesra oleh LHDN, ada baiknya kita semak semula pelaporan cukai masing-masing.