Analisis Fundamental : Aemulus Syarikat Automated Test Machine (ATE)

Sektor teknologi merupakan sektor yang disokong oleh dua segmen utama iaitu Electronic Manufacturing Services (EMS) dan juga Automated Test Equipment (ATE). Kedua-dua sektor ini merupakan tunggak utama dalam industri semikonduktor di Malaysia.

Aemulus diasaskan pada tahun 2004 oleh sekumpulan jurutera elektronik. Fokus utama Aemulus adalah dalam ATE dan juga test measuring instrument (TMI) untuk industri semikonduktor. Sejak daripada itu, Aemulus membina pelbagai jenis mesin untuk pelanggan mereka sehingga mereka berjaya mendapat kepercayaan dari pelanggan dari luar negara.

Baru-baru ini Aemulus melakukan kerjasama bersama satu syarikat di China dalam industri CIS dan CMOS image sensor. Aemulus sedar akan peningkatan permintaan dalam produk-produk seperti cctv dan juga telefon pintar. 

Potensi Industri CIS Yang Besar & Sedang Berkembang

Pasaran CIS berkembang dengan pesat sejak 10 tahun yang lalu. Pada tahun 2021 pasaran ini masih lagi mempunyai ruang untuk memberikan pulangan yang baik kepada Aemulus. CIS merupakan salah satu teknologi dalam kamera. Aemulus yakin mampu menawarkan harga yang kompetitif berbanding pesaing yang lain seperti Jepun dan Taiwan.

Baru-baru ini, Aemulus mendapat kontrak bernilai USD5 juta dari syarikat di China untuk membangunkan CIS tester model. Kolaborasi bersama syarikat China membuahkan hasil kepada Aemulus kerana mereka terus diberikan kepercayaan dalam industri CIS.

Pendapatan Syarikat

Sumber : Malaysiastockbiz

Pada tahun 2020, Aemulus berada dalam fasa yang tidak stabil kerana isu perang ekonomi antara Amerika dan China. Banyak pelanggan mereka tidak meletakkan order disebabkan sekatan-sekatan ekonomi yang dibuat oleh pihak Amerika.

Menyedari perkara itu, Aemulus cuba mencari jalan lain iaitu dengan membuat kerjasama dengan syarikat China iaitu Tangren MicroIntelligence untuk produk CMOS image sensor. Kolaborasi ini menunjukkan impak yang positif kerana Aemulus berjaya untuk keluar dari rugi pada awal tahun 2021.

Peningkatan dari segi untung bersih dan juga jualan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Profit margin juga bertambah baik dengan bisnes baru Aemulus di China.

Seiring dengan kitaran superbull dalam sektor teknologi, Aemulus mendapat manfaat sebagai pemain dalam industri. Hal ini kerana industri semikonduktor mengalami kekurangan chip dan juga komponen penting dalam pembinaan mesin kepada pelanggan. Aemulus mempunyai potensi untuk terus berkembang terutama dalam segmen CMOS image sensor. 

Belum Terlambat, Masih Sempat Untuk Belajar

Ingat, pasaran saham tidak kalis rugi. Harga saham akan bergerak. Naik, turun atau duk situ saja. Namun begitu, pelaburan saham telah lama terbukti menjadi salah satu instrumen pelaburan yang paling menguntungkan. Paling penting, gunakan modal dari duit lebihan sahaja supaya tidak serabut dan kusut bila rugi.

Nak melabur saham tapi tak tahu caranya?

Dah mula melabur tapi asyik rugi?

Nak tahu cara cari saham yang boleh dibeli?

Nak tahu analisis teknikal untuk ‘entry’?

Banyak ilmu pelaburan saham turut dikongsikan secara percuma di TheKapital. Jika anda ingin mendapatkan ilmu-ilmu eksklusif berdasarkan kepada tajuk-tajuk yang lebih mendalam, dapatkan ilmu tersebut di sini >> Produk TheKapital

Previous ArticleNext Article

Meridian Ditegur Bursa, Didenda RM8,500

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd mengenakan teguran secara terbuka terhadap Meridian Bhd dan Pengarah Eksekutifnya, Tang Boon Koon, selepas syarikat itu didapati melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities (LR Utama).

Tang turut dikenakan denda keseluruhan RM8,500 berikutan pelanggaran berkenaan.

Bursa Malaysia Securities dalam kenyataan berkata, Meridian melanggar perenggan 9.23(1) LR Utama kerana gagal menerbitkan laporan tahunan termasuk penyata kewangan diaudit dalam tempoh ditetapkan bagi tempoh kewangan 17 bulan berakhir 30 November 2023 dan tempoh kewangan 18 bulan berakhir 31 Mei 2025.

Menurutnya, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 30 November 2023 hanya diterbitkan pada 5 April 2024, iaitu lewat lima hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 31 Mac 2024.

Sementara itu, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mei 2025 diterbitkan pada 8 Oktober 2025, iaitu lewat enam hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 30 September 2025.

“Tang, Pengarah Eksekutif Meridian pada masa itu, melanggar perenggan 16.13(b) LR Utama kerana membenarkan Meridian melakukan pelanggaran berkenaan serta dikenakan teguran secara terbuka selain denda keseluruhan berjumlah RM8,500,” katanya.

Bursa Malaysia Securities turut mengarahkan Meridian memastikan Tang dan kakitangan berkaitan menghadiri program latihan pematuhan LR Utama, khususnya berkaitan penyata kewangan.

Selain itu, lembaga pengarah syarikat diminta menyemak semula kecukupan serta kecekapan sumber kewangan dan perakaunan, selain dasar serta prosedur pelaporan kewangan syarikat.

Bursa Malaysia Securities berkata, dapatan pelanggaran dan tindakan terhadap Meridian serta Tang dibuat menurut perenggan 16.19 LR Utama selepas proses sewajarnya selesai dengan mengambil kira semua fakta dan keadaan berkaitan kes berkenaan.

Pertimbangan itu termasuk kepentingan material pelanggaran, kesannya terhadap Meridian serta pemegang saham atau pelabur, selain peranan, tanggungjawab, pengetahuan dan tingkah laku Tang.

Bursa Malaysia Securities memandang serius pelanggaran berkenaan kerana penyerahan penyata kewangan dalam tempoh ditetapkan adalah kewajipan asas bagi syarikat tersenarai.

“Amat penting untuk memastikan pasaran yang teratur dan adil bagi sekuriti yang diniagakan di Bursa Malaysia Securities serta perlu bagi membantu keputusan pelaburan yang termaklum.

“Bursa Malaysia Securities turut mengingatkan Meridian dan lembaga pengarahnya mengenai tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan piawaian tanggungjawab korporat serta akauntabiliti yang sewajarnya kepada pemegang saham dan orang awam yang melabur,” katanya.

Menurut Bursa Malaysia Securities, kelewatan penerbitan laporan tahunan berkenaan berpunca terutamanya daripada kegagalan Meridian menyelenggara serta menyediakan maklumat, dokumen dan rekod perakaunan yang diperlukan kepada juruaudit luar.

Keadaan itu turut menyebabkan juruaudit memberikan pendapat penafian terhadap kedua-dua set penyata kewangan diaudit berkenaan.

Pendapat penafian itu mencetuskan kriteria yang ditetapkan di bawah Nota Amalan 17 (PN17), sekali gus menyebabkan Meridian diklasifikasikan sebagai penerbit berstatus PN17 pada 8 April 2024.