Bagaimana cara nak beli saham IPO? Mohon online senang

Bagaimana beli saham ipo

IPO mempunyai nama panjang Initial Public Offering. Jika anda dah mula terlibat dalam bidang saham ni, mesti pernah dengar apa itu IPO kan?

Apa sebenarnya IPO ni? Betul ke IPO ni pasti untung? Jom kita rungkai bersama-sama.

Definisi IPO

Kalau menurut Wikipedia – Initial public offering (IPO) bermaksud pelancaran saham baru di pasaran saham. Ia biasanya dijual kepada pelabur institusi, yang kemudiannya dijual kepada pelabur umum buat pertama kalinya. Melalui proses inilah, sebuah syarikat pegangan peribadi bertukar menjadi syarikat umum.

Kenapa Syarikat Perlukan IPO?

Sebab utama sesebuah syarikat perlu kepada IPO adalah untuk penambahan modal. Selain daripada meminjam daripada institusi kewangan untuk tujual modal, IPO juga semakin mendapat tempat di Malaysia.

Beli IPO Pasti Untung?

Untuk menjawab persoalan ini, jom kita tengok jadual di bawah:

Kredit: http://www.shareinvestor.com/ipo

Jika dilihat kepada track record IPO di Malaysia, 8/10 atau 80% daripada syarikat yang ditawarkan secara IPO pada tahun 2016 mencatatkan keuntungan iaitu di paras harga IPO, manakala 2 syarikat atau 20% mencatatkan harga di bawah harga IPO masing-masing.

Ini menunjukkan bahawa jika anda membeli saham IPO, anda berpeluang cerah untuk memperoleh keuntungan. Jika dikirakan nisbah untung:rugi pula adalah 4:1 – suatu keadaan yang sangat baik.

Bagaimana Nak Beli Saham IPO?

Di sini, kami ingin berkongsi kepada cara-cara untuk memohon atau membeli IPO secara online.

  1. Cara Mohon IPO Saham melalui MITI (Ministry of International Trade and Industry)

Ya, cara pertama anda boleh membeli IPO adalah melalui MITI menerusi atas talian di http://sahamonline.miti.gov.my/

Bagi seseorang individu, berikut merupakan syarat-syaratnya:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berstatus Bumiputera;
  • Berumur 18 tahun ke atas; dan
  • Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi

Dan dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan oleh seseorang individu adalah:

  • Mengisi borang IND/SP-QP07-L05 secara atas talian (online);
  • Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) atas nama sendiri;
  • Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI (transaksi berserta baki) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank; dan
  • Salinan penyata buku ASB/Tabung Haji TERKINI (transaksi) dan disahkan oleh pegawai bank/institusi berkaitan (nama & nombor staf) berserta tarikh dan cop bank/institusi berkaitan.
  • Surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada)

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://sahamonline.miti.gov.my/site/faq

  1. Cara Mohon IPO Saham melalui Maybank2u

Bagi seseorang individu, berikut merupakan syarat-syaratnya:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas, yang menetap di Malaysia
  • Pengguna Maybank2u.com yang berdaftar yang mempunyai akaun Simpanan/Semasa Maybank (individu/akaun peribadi bersama)
  • Mereka yang mempunyai akaun CDS (Central Depository System) yang berdaftar menggunakan nama sendiri

Dan ikuti 8 langkah mudah berikut:

  1. Log masuk ke Maybank2u.com dan pilih “Investment“.
  2. Kemudian, pilih “eShare“. Ini akan menunjukkan senarai IPO (Initial Public Offering).
  3. Pilih IPO yang anda mahu dan klik “Apply“.
  4. Baca Terma dan Syarat untuk Aplikasi dan Deklarasi eShare tersebut. Anda diminta untuk membaca dan memahami prospektus sebelum meneruskan.
  5. Pilih “I agree” untuk menerima terma dan syarikat Deklarasi tersebut.
  6. Isi borong permohonan.
  7. Sahkan butiran anda dan hantar permohonan anda.
  8. Cetak resit transaksi untuk permohonan anda.

maybank-ipo

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari FAQ Maybank2u

  1. Cara Mohon IPO Saham melalui CIMB Clicks

Bagi seseorang individu, berikut merupakan syarat-syaratnya:

  • Anda mesti seorang penduduk tetap Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas
  • Anda mesti merupakan seorang pengguna berdaftar untuk Perbankan Internet CIMB
  • Anda mesti mempunyai akaun CDS yang didaftarkan di atas nama anda sendiri, yang dibuka melalui mana-mana broker saham (Tak semestinya kena buka akaun CDS dengan CGS-CIMB). Akaun penama tidak diterima

Ikuti beberapa langkah mudah seperti berikut:

  1. Log masuk ke akaun CIMB Clicks
  2. Klik My Investments > eIPO untuk melihat senarai IPO
  3. Baca prospektus sebelum memohon mana-mana IPO
  4. Terima terma dan syarat
  5. Pilih akaun debit anda, bangsa anda, akaun CDS anda, dan saham yang ingin dipohon

cimb-ipo

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari FAQ CIMB Bank

Ya, memang mudah untuk memohon IPO secara online. Ingat, buka akaun CDS dulu. Baca kiga Tutorial Buka Akaun CDS Secara Online Guna Aplikasi Bursa Anywhere

 

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Artikel ini memberikan penerangan yang sangat berguna bagi sesiapa yang ingin memahami lebih lanjut tentang Initial Public Offering (IPO) dan proses membeli saham IPO secara online. Ia memberikan pandangan yang komprehensif tentang apa itu IPO, mengapa syarikat memerlukan IPO, dan juga memberikan pandangan mengenai peluang keuntungan yang mungkin terdapat dalam pelaburan IPO.

    Selain itu, langkah-langkah yang diberikan untuk memohon saham IPO melalui pelbagai platform perbankan online, seperti MITI, Maybank2u, dan CIMB Clicks, adalah sangat berguna dan mudah diikuti. Panduan yang disediakan membolehkan pembaca untuk memahami dengan jelas proses tersebut, dari persediaan dokumen hingga langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghantar permohonan.

    Bagi saya, artikel ini sangat membantu kerana ia memberikan panduan praktikal dan terperinci bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan dalam IPO. Ia juga memberikan keyakinan kepada pembaca bahawa melalui penyelidikan yang teliti dan tindakan yang bijak, pelaburan dalam IPO adalah sesuatu yang boleh memberikan pulangan yang lumayan.

    Dengan pengalaman yang diberikan dalam artikel ini, saya yakin pembaca akan dapat membuat keputusan yang lebih berinformasi dan bijak dalam pelaburan mereka. Terima kasih atas perkongsian yang bernilai ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Timur Tengah Dilanda Konflik: Krisis Menjadi Peluang?

Risiko geopolitik jadi tumpuan utama

Peperangan Iran yang sedang berlaku sekarang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur, memandangkan ia memberikan kesan ekonomi yang runcing berkaitan kekurangan tenaga yang berlarutan. Harga minyak yang lebih tinggi untuk tempoh lebih lama menimbulkan risiko untuk Rizab Persekutuan AS (US Fed) menjadi lebih agresif. Para pelabur ekuiti rata-ratanya dilihat lebih munasabah, dengan mengambil kira jangkaan kes asas untuk konflik yang terkawal, yang bermakna strategi pembelian semasa harga lemah. Perjanjian gencatan senjata masih rapuh.

Semakin lama masa diambil untuk mencapai jalan penyelesaian atau jika terjerumus semula dalam pertelingkahan, semakin tinggi risiko pelabur hilang keyakinan dan menjual pegangan. Sekiranya kes asas gagal dicapai, pelabur akan menjadi lebih berhati-hati dan lebih menjaga simpanan tunai mereka. Kami anggarkan penilaian terendah buat FBM KLCI pada – 2SD (1,433 mata). Sebaliknya, pengakhiran yang berkekalan kepada konflik ini akan menyaksikan kenaikan harga susulan kelegaan, dengan tumpuan pada saham-saham pertumbuhan dan saham ketinggalan nilai yang terjejas oleh peperangan.

Keadaan makroekonomi dan jangkaan pelabur yang berubah-ubah

Andaian kes asas oleh Jabatan Ekonomi RHB, dengan kebarangkalian 60%, ialah situasi gencatan senjata yang berkekalan, dan premium risiko harga minyak mereda. Kes asas untuk ramalan makroekonomi rasmi oleh RHB tidak banyak dipinda, tetapi ia sekarang mengambil kira hanya satu potongan kadar US Fed untuk 2026 (daripada dua). Selagi saluran komunikasi antara watak-watak utama ini kekal terbuka apabila kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian tanpa mencalarkan reputasi, pasaran-pasaran mungkin boleh terus berharap penyelesaian akan muncul. Senario kes “lebih buruk” (kebarangkalian 30%) pula mengandaikan konflik yang berlarutan dan harga minyak meninggi.

Tempoh hari tambahan bagi harga minyak yang tinggi dan bekalan tenaga yang terhad kepada pasaran menimbulkan risiko inflasi berterusan, merendahkan pendapatan boleh belanja, menekan permintaan, menjejaskan keberuntungan syarikat, dan mendesak US Fed. Perjanjian keamanan yang berkekalan dapat mengurangkan kerosakan pada asas-asas makroekonomi dunia dan mengurangkan premium risiko dalam harga minyak mentah dengan ketara. Cabarannya dilihat pada butiran pelaksanaan – khususnya berhubung kebebasan untuk menelusuri Selat Hormuz dan pengesahan jumlah kerosakan secara beransur-ansur pada prasarana pengeluaran dan penapisan minyak di Negara-Negara Teluk.

Strategi

Berdasarkan andaian kes asas RHB, pada asasnya kami dapat kekal positif akan prospek untuk ekuiti dan membiarkan sasaran FBM KLCI kami untuk akhir tahun 2026 sama pada 1,780 mata buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, peperangan Iran ini mencerminkan tahap risiko geopolitik yang runcing yang berpunca daripada Pentadbiran Trump. Pendirian pelaburan berjaga-jaga yang disarankan dalam laporan prospek ekuiti 2026 kami berkisar tentang pendirian berwaspada pelabur, mentaliti dagangan, dan strategi pembelian semasa harga lemah, masih terpakai.

Landskap geopolitik yang semakin meruncing memerlukan pendirian yang lebih mengelakkan risiko, dengan tumpuan pada sektor-sektor yang lebih selamat (seperti tenaga, perladangan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi, pengguna, dan REIT) dan pegangan tunai lebih tinggi. Berdasarkan kejadian dahulu, kami anggarkan tahap penilaian terendah bagi FBM KLCI pada -2SDatau 1,433 mata. Sentimen pasaran yang kembali positif terhadap risiko bermakna strategi pelaburan menumpu pada pertumbuhan dan saham-saham ketinggalan nilai dalam pasaran

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.