Internet 5G Terlaju Untuk Bisnes Anda. Dapatkan U Biz 98 Bundle Dengan Harga Lebih Murah Sekarang!

Tercari-cari pelan data internet yang laju dan stabil untuk bisnes anda? Nak kurangkan kos overhead perniagaan tetapi dalam masa yang sama perlukan internet yang berkuasa tinggi agar urusan perniagaan berjalan lancar? Artikel kali ini kami nak kongsikan pakej terhangat daripada U Mobile Biz, iaitu Unbeatable U Biz 98 Bundle untuk pecutkan bisnes anda dengan 5G. 

Baca sampai habis untuk dapatkan pakej ini pada harga diskaun 50% dan terendah di pasaran berserta tawaran lain yang menarik!

U Biz 98 Bundle

Realisasikan Biz Impian Dengan 5G

Hari ini, kita berada di puncak revolusi 5G yang akan menambah kecekapan dan daya saing berkuasa digital dari internet berkelajuan tinggi di seluruh dunia. 

Pelaksanaan 5G di Malaysia akan memberi kesan kepada pelbagai sektor. Ini akan lebih gah lagi apabila negara berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan 5G kepada sebanyak mungkin pengguna dan syarikat dalam tempoh yang tersingkat. 

Dengan kelajuan sehingga 100 kali ganda lebih pantas dari 4G, 5G dilihat akan membuka kunci inovasi dalam sektor ekonomi digital ini. Justeru itu, dalam merealisasikan impian tersebut U Mobile menyambut baik hal ini dan menyediakan lebih banyak tawaran istimewa dan promo khas buat para usahawan di luar sana.

Kelebihan Unbeatable U Biz 98 Bundle Untuk Bisnes Anda

U Mobile Biz menyediakan data internet dan pelan telefon bisnes terbaik di Malaysia untuk memperkasakan lagi bisnes anda. Dengan tawaran Unbeatable U Biz 98 Bundle, anda boleh nikmati:

1. 5G Rangkaian terunggul

Realisasikan bisnes impian anda dan tukar ke rangkaian 5G ultra pantas tanpa sebarang caj dengan Unbeatable U Biz 98 Bundle & dapatkan 5 talian bisnes.​​

2. 1,000GB Data Pantas & Ultra Hotspot 5G

Nikmati 5G pengalaman pantas terunggul untuk segala keperluan internet. Tiada sekatan Ultra Hotspot 5G untuk semua peranti anda.​​

3. Perantauan Global Percuma

Kekal berhubung dengan rakan kongsi anda walaupun di luar negara dengan 15GB data perantauan bulanan & panggilan masuk PERCUMA di 63 destinasi.

4. Panggilan Tanpa Had

Pastikan perbincangan tidak terputus dengan rakan kongsi anda dengan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.​​

Apa Lagi Tawaran Hebat Unbeatable U Biz 98 Bundle?

U Biz 98 Bundle

Menariknya lagi, kini anda boleh dapatkan Unbeatable U Biz 98 Bundle ini pada separuh harga! . Daripada RM98/ bulan setiap talian, sekarang hanya RM50/bulan setiap talian sahaja! Memang luar biasa jimat kaw-kaw!

Bukan itu sahaja, dengan promosi terhangat ini anda juga akan dapat dua peranti 5G Samsung Galaxy A14 5G* secara PERCUMA

Bila dah ada 5G mesti kena ada gajet yang mesra 5G juga! Tak perlu susah-susah nak beli telefon pintar baharu dengan kemampuan 5G, sebab dengan melanggan pakej ini anda akan terus dapat dua peranti 5G yang berkualiti untuk anda miliki secara percuma.

Syaratnya mudah sahaja, hanya daftar sebagai pengguna U Biz 98 Bundle.

Rebut Tawaran Unbeatable U Biz 98 Bundle Hari Ini

Jom dapatkan pakej premium ini pada harga diskaun RM50 sekarang!

Nikmati kepantasan dan kecanggihan Unbeatable U Biz 98 Bundle istimewa untuk majukan bisnes anda hari ini. Pastikan hanya yang terbaik untuk bisnes anda!

Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan informasi terbaru dan terhangat dari U Biz layari: http://bitly.ws/LeAs

*Tertakluk pada terma dan syarat



Previous ArticleNext Article

Majikan Akan Terima Insentif Tunai Jika Penuhi Keperluan Dasar Gaji Progresif

KUALA LUMPUR 26 Sept (Bernama) — Majikan akan menerima insentif tunai daripada kerajaan setelah mengemukakan dokumen berkaitan sebagai bukti telah memenuhi keperluan dasar gaji progresif, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. 

Beliau berkata majikan perlu terlebih dahulu menaikkan gaji pekerja dan seterusnya menunjukkan bukti barulah kerajaan boleh membayar insentif kepada mereka.

“Majikan kena naikkan gaji terlebih dahulu, kemudian tunjukkan bukti, baru kita boleh bayar. Bukannya kerajaan akan bagi insentif bulat-bulat. 

“Insentif berbentuk tunai ini penting bagi menggalakkan majikan untuk menyertai dasar ini terutamanya dalam kalangan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS). 

“Insya-Allah, oleh kerana peruntukan itu ditentukan oleh kerajaan maka ia dapat mengimbangkan beban kewangan kerajaan juga kerana ia akan dilaksanakan atas dasar ‘first come, first serve’,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Negara, hari ini. 

Inisiatif dasar sistem gaji progresif itu telah diluluskan di peringkat Kabinet dan butirannya akan dibentangkan dalam Belanjawan 2024 pada Oktober ini. 

Rafizi berkata mana-mana majikan yang memohon dan menepati syarat akan mendapat insentif tersebut tetapi sekiranya kuota itu sudah dipenuhi berdasarkan peruntukan yang diberi kerajaan bagi tahun berkenaan mereka boleh memohon semula pada tahun depan.

Beliau berkata, dasar tersebut juga berkaitan dengan produktiviti kerana pekerja diwajibkan untuk menghadiri latihan peningkatan kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan untuk terus kekal dalam daftar gaji progresif. 

“Untuk terus kekal dalam daftar gaji progresif itu mereka perlu memenuhi syarat-syarat latihan supaya bukan sahaja meningkatkan bakat dan kebolehpasaran mereka malah boleh membantu mereka meningkatkan produktiviti ditempat kerja.

“Itu akan mengimbangi keperluan gaji yang lebih baik kepada pekerja tetapi juga untuk berlaku adil kepada majikan supaya majikan juga dapat manfaat dari produktiviti yang lebih baik,” katanya. 

— BERNAMA