Mulakan Azam Tahun Baharu Dengan Berhijrah Ke Akaun Patuh Syariah Maybank Islamic

“Dah nak masuk tahun 2023, apa kata kita mula mencari keberkatan dalam setiap sen simpanan kita”

Alhamdulillah hari ini kita masih diberikan peluang untuk terus bernafas di muka bumi Allah sebagai hamba-Nya setelah mengharungi ujian hebat wabak berbahaya yang melanda seluruh dunia beberapa tahun yang lalu. 

Menjadi salah seorang insan yang lahir dan membesar di bumi Malaysia juga merupakan rezeki dan nikmat yang sangat besar kepada kita. 

Hidup dalam persekitaran mesra muslim ini, bukan sahaja mudah untuk mencari makanan halal dan masjid untuk beribadah. Malah untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan dan kewangan Islam juga sangat mudah!

Kenapa Perlu Menggunakan Perbankan Islam?

Sebagai umat islam, adalah wajib untuk kita menghindari perkara yang jelas haram dan membuat perkara yang diredhai Allah. 

Perkhidmatan perbankan konvensional ini jelas haram disisi Islam kerana penglibatan dalam aktiviti seperti:

  1. Riba, apabila pengguna dikenakan faedah atas perkhidmatan yang disediakan
  2. Maisir, penglibatan dalam aktiviti yang mempunyai elemen perjudian
  3. Gharar, ketidakpastian dalam transaksi

Dengan ekosistem perbankan Islam, semua perkara haram ini terhindar dan menjadikan setiap sen duit yang disimpan dalam akaun bank anda lebih berkat dan suci dalam Islam. 

Berita baik kepada pengguna perkhidmatan Maybank, kini anda boleh menukar akaun perbankan konvensional kepada akaun patuh Syariah secara online! Anda hanya perlu layari laman sesawang Maybank2u.

Bukan itu sahaja, kepada mereka yang menukar akaun perbankan konvensional kepada akaun patuh Syariah, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah berbentuk wang ringgit!

Bukan sahaja harta anda menjadi semakin berkat, malah anda berpeluang memenangi hadiah lagi. Nikmat Tuhan apa lagi yang kita nak dustakan ini?

Beralih Ke Perbankan Islam Dan Raih Peluang Menang Sehingga RM1,000

Khas untuk anda yang menukar ke akaun patuh Syariah secara online, anda hanya perlu tinggalkan sekurang-kurangnya baki akhir bulanan sebanyak RM5,000 sahaja. Dengan berbuat demikian, anda akan mendapat 5 peluang kelayakan untuk memenangi hadiah baucar Shopee bernilai RM500.

Selain itu, peluang untuk anda menang wang tunai sebanyak RM50 setiap bulan, anda hanya perlu mengekalkan baki akhir bulanan sebanyak RM10,000 setiap bulan.

Bagi mereka yang berniaga dan mempunyai akaun semasa konvensional, anda juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM1,000 apabila menukar ke akaun patuh Syariah. Anda hanya perlu mengekalkan baki akhir bulanan sekurang-kurangnya RM50,000 untuk Perusahaan Kecil Sederhana dan RM100,000 untuk Perbankan Perniagaan. 

Cara Mudah Tukar Akaun Patuh Syariah

Jadi, macam mana? Menarik bukan hadiah yang ditawarkan? Nak tukar ke akaun patuh Syariah pun senang sangat! Jom ikut langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Klik pada tiga titik di atas belah kanan akaun semasa atau simpanan anda

Langkah 2: Pilih ‘Switch to Islamic Account”

Langkah 3: Ikuti langkah seterusnya untuk menyelesaikan pertukaran ke akaun patuh Syariah  

Akhir sekali, tinggalkan sekurang-kurangnya baki akhir bulanan sebanyak RM5,000. Dengan berbuat demikian, anda akan mendapat 5 peluang kelayakan untuk memenangi hadiah baucar Shopee bernilai RM500. Ada 50 baucar untuk dimenangi semuanya.

Kalau nak peluang menang hadiah wang tunai sebanyak RM50 setiap bulan pula, anda hanya perlu kekalkan baki akhir bulanan sebanyak RM10,000 setiap bulan. 

Mudah sangat!

Bagi mereka yang berniaga dan mempunyai akaun semasa konvensional, ikut langkah mudah seperti di bawah ini:

Langkah 1:

Hantar dokumen yang berkaitan melalui e-mel kepada kakitangan jualan seperti berikut:

  1. Eksekutif Perhubungan (Relationship Executive)
  2. Pengurus Perhubungan (Relationship Manager)
  3. Pengurus Pembangunan Perniagaan (Business Development Manager)

Langkah 2: 

Dokumen yang diserahkan akan disahkan dan akaun anda akan dipindahkan kepada akaun patuh Syariah pada 1 haribulan pada bulan berikutnya.

Kemudian, anda berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM1,000. Anda hanya perlu mengekalkan baki akhir bulanan sekurang-kurangnya RM50,000 untuk Perusahaan Kecil Sederhana dan RM100,000 untuk Perbankan Perniagaan. 

Nilai Yang Kita Bayar Untuk Satu Keberkatan

Dunia ini adalah tempat umat manusia beramal soleh untuk perjalanan ke dunia akhirat. Kita akan sentiasa diuji dan digoda untuk melakukan dosa dan kemungkaran. 

Dengan tindakan anda hari ini menukar dan beralih ke akaun perbankan Islam, semoga ianya menjadi batu loncatan untuk segala kebaikan yang bakal anda lakukan di jalan yang diredhai Allah.

Allah SWT berfirman maksudnya:  “Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.” (Al-A’raf, ayat 157)

Ingat antara tanda-tanda rezeki yang kita peroleh adalah halal dan diberkati Allah adalah apabila berasa cukup dengan apa yang kita ada. Semoga simpanan dan perniagaan kita semua menjadi lebih berkat dan suci dalam Islam.

Jadi, jom beralih ke akaun patuh Syariah hari ini! Untuk akaun individu, klik sini: Akaun Patuh Syariah

Untuk akaun bisnes, klik sini: Maybank Business Account



Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.