Nak Melabur Dengan Mudah & Menguntungkan? Yang Pasti Ini Bukan Scam!

“Pelaburan cara yang berkesan untuk membina kekayaan dalam jangka masa panjang.”

Zaman sekarang dengan harga barang semakin naik, inflasi semakin tinggi, duit makin mengecil, masa inilah kita patut tambah pendapatan kita. 

Berjimat bukanlah langkah terbaik sekarang.

Selain berjimat dan kurangkan perbelanjaan, apa kata kita cari alternatif untuk menyimpan dan menggandakan pendapatan kita? 

Antara cara untuk tambah duit poket ialah dengan melabur. Bila dengar ayat melabur, mungkin agak menakutkan bagi sesetengah orang. Tetapi jangan risau, terdapat beberapa pilihan pelaburan di luar sana yang berisiko rendah dan lebih selamat. 

Sebagai contoh, kita boleh melabur di unit amanah harga tetap yang boleh didapati daripada mana-mana bank antaranya Maybank. Dengan melabur juga kita boleh lawan inflasi. Kalau duit kita tidak dilabur, inflasi boleh makan nilai duit kita. Melabur boleh jaga nilai duit tu.

Nak Melabur Tapi Risau Dengan Risiko?

Ada pelbagai jenis pelaburan dan setiap pelaburan itu datang dengan risiko yang berbeza-beza. Bagi anda yang baru hendak mula melabur tapi hendak mula dengan risiko yang rendah, kami ada jawapannya. Boleh mulakan langkah pertama pelaburan anda dengan melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Sebagai orang muda yang baru dapat kerja, gaji yang diterima mungkin tidak mampu memenuhi semua kehendak dan keperluan. Jadi kami cadangkan eloklah anda mulakan melabur dalam saham amanah seperti Pembiayaan ASB-i yang risikonya rendah.

Tiada modal atau tidak cukup modal tapi berminat untuk melabur ASB? 

Maybank ada menawarkan produk pembiayaan yang sesuai dan mudah dikenali sebagai Pembiayaan ASB-i. Melalui pembiayaan ini, anda dapat memperoleh dana tambahan untuk melabur dalam ASB dengan lebih mudah dan fleksibel.

Apa Itu Pembiayaan ASB-i?

Pembiayaan ASB-i atau ASB Financing–i adalah sebuah produk pembiayaan yang ditawarkan oleh Maybank kepada Bumiputera Malaysia yang berminat untuk melabur dalam ASB. Ia menawarkan pinjaman bercagar, di mana ASB sendiri bertindak sebagai penjamin untuk mendapatkan pembiayaan yang diperlukan bagi tujuan pelaburan.

Kelebihan Pembiayaan ASB-i

Kelebihan utama pembiayaan ini adalah anda boleh mendapatkan jumlah pembiayaan yang tinggi sehingga RM200k dan seterusnya melabur di ASB, tanpa mengeluarkan modal besar sendiri.

Jika anda hanya mempunyai modal kecil, anda masih boleh memohon pembiayaan hingga RM200K dengan bayaran balik bulanan serendah RM48 untuk tempoh 35 tahun.

Pembiayaan ASB-i juga memberikan fleksibiliti dalam memilih tempoh pembiayaan yang sesuai dengan kemampuan kewangan anda. Ini membolehkan anda melabur dalam ASB tanpa terlalu memberatkan kewangan sedia ada.

Kelebihan lain pembiayaan ini adalah skim pembayaran balik yang mudah. Anda boleh membuat pembayaran balik bulanan secara automatik melalui potongan ansuran dari akaun simpanan Maybank anda. Ini memudahkan anda menjaga rekod pembayaran balik dan memastikan anda sentiasa membayar tepat pada masanya dan seterusnya mencantikkan rekod kredit anda.

Strategi Melabur Dalam ASB

Paling penting, anda kena tahu bahawa konsep pelaburan dengan ASB adalah untuk pelaburan jangka pertengahan/panjang. Jadi strategi terbaik untuk mendapatkan pulangan yang maksimum adalah dengan tidak menyentuh langsung dividen yang diperolehi saba tahun untuk membolehkan duit anda “beranak” dengan lebih banyak. 

Bagi mereka yang ingin melabur dalam ASB tetapi memerlukan pembiayaan segera, Pembiayaan ASB-i adalah pilihan yang tepat. Anda akan dapat memperoleh pembiayaan dengan cepat dan memulakan pelaburan dalam ASB tanpa menunggu terlalu lama.

Tambahan lagi, pembiayaan ASB-i juga menyediakan fleksibiliti dalam pengurusan pembiayaan anda. Anda boleh membuat pelarasan terhadap jumlah pembiayaan anda atau membuat bayaran lump sum (secara penuh) jika anda ingin mengurangkan jumlah hutang anda lebih awal. Hal ini membolehkan anda mengawal kewangan dengan lebih baik dan memberikan fleksibiliti dalam pengurusan kewangan anda.

Kelebihan lain yang ada adalah kemudahan dan kelajuan proses permohonannya.

Cara Mudah Daftar Pembiayaan ASB-i Dengan Aplikasi MAE

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pembiayaan ASB-i dengan sangat mudah dan pantas, anda boleh gunakan aplikasi MAE menerusi mana-mana peranti digital.

Untuk pendaftaran di aplikasi MAE caranya mudah sahaja:

1. Log masuk ke Aplikasi MAE.

2. Tekan “Apply” ikon di atas dan pilih “Apply Online”

3. Tatal ke bawah dan tekan ikon “Loans” dan pilih “ASB Financing-i”

4. Isikan butiran peribadi anda sehingga lengkap.

5. Tekan “Confirm”.

6. Muat naik dokumen anda dengan jelas untuk permohonan ini.

Selain itu, anda juga boleh mohon di website Maybank atau pergi ke mana-mana cawangan Maybank terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memulakan proses permohonan. 

Daftar Segera, Jangan Lepaskan Peluang 

Kesimpulannya, pembiayaan ASB-i adalah produk pembiayaan yang sesuai untuk mereka yang berminat untuk melabur dalam ASB. Ia menawarkan kemudahan dan kelajuan proses permohonan, jumlah pembiayaan yang tinggi, tempoh pembiayaan yang fleksibel, skim pembayaran balik yang mudah dan kadar faedah yang kompetitif.

Semoga langkah ini membantu anda, khasnya golongan muda yang mula nak berjinak-jinak dalam dunia pelaburan tapi mahukan pelaburan yang rendah risikonya.

Jangan lepaskan peluang untuk memperoleh pembiayaan yang mudah dari Maybank dan mula melabur dalam ASB sebagai salah satu cara untuk ‘beranakkan’ duit hari ini!

Ingatlah, usia muda bukanlah masa untuk enjoy gila-gila, kita tambahkan sumber pendapatan, buat simpanan dan rancang pelaburan, barulah menjadi anak muda yang bijak!

Baca lagi di sini: Pembiayaan ASB-i Maybank
Versi Bahasa Inggeris klik sini: ASB-i Financing

Follow media sosial Maybank di:
Facebook: Maybank

Youtube: Maybank

Instagram: Maybank

Penafian: Maklumat ini bertujuan untuk pendidikan sahaja. Kami tidak memberitahu pelaburan apa yang perlu dilabur. Sebarang tindakan ataupun keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Previous ArticleNext Article

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.