8 Salah Faham Tentang OPR Yang Selalu Orang Kita Cakap

Bila cakap tentang OPR atau Kadar Dasar Semalaman ramai yang masih keliru tentang kesan naik atau turun kadar OPR itu. Berikut antara lapan salah faham yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia:

1. “OPR naik, kos sara hidup pun naik..”

2. “OPR tak patut naik sebab inflasi dah turun”

3. “Kenaikan OPR terlalu agresif”

4. “BNM naikkan OPR untuk ikut Amerika Syarikat”

5. “Kenaikan OPR akan menyebabkan kemelesetan ekonomi”

6. “Lagi rendah OPR, lagi bagus πŸ‘”

7. “Kenaikan OPR menyebabkan lebih banyak kebankrapan”

8. “Saya tak boleh bayar balik ansuran bulanan saya yang baharu. Apa yang saya boleh buat?”

Sumber grafik: Bank Negara Malaysia

Previous ArticleNext Article

Juwai IQI UnjurΒ Pelaburan China Berjumlah RM30 Bilion Pada 2025


KUALA LUMPUR, 16 JulaiΒ (Bernama) —Β Juwai IQI mengunjurkanΒ Malaysia akan menerimaΒ aliran masuk pelaburan China berjumlah sekurang-kurangnya RM30 bilion tahun ini yang menumpu terutamanya kepada sektorΒ komponen bateri dan solar.

Pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata pada 2024 Malaysia menerima kemasukan modal berjumlah RM31 bilion dari China, yang merupakan jumlah (modal) kedua terbesar dari negara itu setakat ini.  

β€œJumlah pelaburan pada 2024 adalah lebih dua kali ganda berbanding 2023 dan paling banyak sejak 2015. Kami menjangkakan (kemasukan) sekurang-kurangnya RM30 bilion pelaburan dari China tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ekonomi Malaysia sedang mengalami gelombang aliran masuk asing, dan China serta Hong Kong terus menjadi penyumbang terbesar.

“Malaysia membuktikan sekali lagi bahawa ia adalah ekonomi utama Asia. Kita mendapat manfaat besar menjadi sebahagian daripada ASEAN dan mempunyai ekonomi besar seperti China di rantau kita,” katanya.

Kashif berkata Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura juga mencapai kejayaan besar dengan Johor menjadi destinasi untuk projek perindustrian dan logistik berskala besar.

“SEZ adalah kawasan yang menarik minat pelanggan korporat kita di China, terutamanya pengeluar,” katanya.

Dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia yang menyasarkan pembuatan bernilai tinggi dan pertumbuhan hijau, minat pelabur dijangka berterusan pada 2025, terutamanya dalam tenaga boleh baharu dan elektronik canggih.

“Kerajaan menawarkan pelepasan cukai menarik, pelesenan pantas dan pelan tindakan sektor. Itulah sebabnya kami menjangkakan satu lagi tahun pelaburan besar dari China berjumlah sekurang-kurangnya RM30 bilion,” katanya. 

— BERNAMA

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan β€˜safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee