Intel Corp Ulangi Komitmen Pelaburannya Di Malaysia

DAVOS (Switzerland), 19 Jan (Bernama) — Intel Corporation (Intel Corp), pengeluar cip yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) telah mengulangi komitmennya dengan pelaburan lebih RM30 bilion untuk mengembangkan operasinya di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.

“Pelaburan ini dijangka akan mewujudkan lebih 4,000 peluang pekerjaan di Intel serta lebih 5,000 pekerjaan dalam bidang pembinaan,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Saya menyambut baik komitmen diberikan Intel dan kerjasama seumpamanya akan diteruskan dengan syarikat-syarikat lain dalam usaha meningkatkan pelaburan di Malaysia,” katanya selepas bertemu Ketua Pegawai Operasi Global Intel Kevyan Esfarjani di sini.

Intel merupakan syarikat pengeluar semikonduktor terbesar di dunia dan antara perintis industri E&E di Malaysia, operasi syarikat itu bermula pada tahun 1972.

Pada 2021, Intel Corp mengumumkan pelaburan untuk membina kilang pembungkusan dan ujian cip baharu di Malaysia yang dijangka memulakan operasi pada 2024.

Selain itu, Zafrul turut mengadakan pertemuan dengan Presiden P&G Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika Suranjan Magesvaran serta Naib Presiden Hubungan Kerajaan Global dan Dasar Awam, P&G Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika Cecilia Tan.

“P&G juga memberi komitmen untuk melabur lebih banyak di Malaysia. Kami juga membincangkan peluang-peluang di Malaysia,” katanya.

Zafrul berkata Malaysia juga akan menerima satu lagi pelaburan besar dalam sektor logistik.

“Saya akan berjumpa dengan mereka. Ia merupakan hari yang produktif, saya juga akan bertemu beberapa rakan sejawatan saya dari rantau tersebut,” katanya.

Tengku Zafrul turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Perdagangan dan Pertumbuhan Eksport New Zealand Damien O’Connor dan Ketua Pegawai Eksekutif Pelabuhan Antwerp-Bruges Jacques Vandermeiren.

Terdahulu, awal hari ini beliau menghadiri satu sesi tertutup, ‘Global Trade: Navigating The Post Pandemic Supply Chain Challenge’ (Perdagangan Global: Mengemudi Cabaran Rantaian Bekalan Pasca Pandemik).

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Senarai Terkini Saham Patuh Syariah (Kemas Kini Mei 2026)

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru saja mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang berkuatkuasa 29 Mei 2026. Aktiviti ini pada kebiasaannya akan dijalankan pada bulan Mei dan November setiap tahun.

Ada beberapa nama-nama besar yang kini dah tak patuh syariah.

Senarai Terkini Saham Patuh Syariah

Jom kita tengok syarikat-syarikat yang baru masuk dalam senarai saham patuh syariah pada bulan Mei 2026.

Ada sebanyak 44 syarikat kini dah patuh syariah, termasuklah beberapa IPO yang baru seperti Empire Premium Food Bhd dan EI Power Bhd.

Berikut pula merupakan saham-saham yang terkeluar daripada senarai patuh syariah yang terkini. Contohnya Azam Jaya Bhd dan Malayan Flour Mills Bhd.

886 Atau 81% Saham Di Bursa Malaysia Adalah Patuh Syariah, Meningkat Sedikit Daripada November 2025 Lalu.

PENTING! Apa nak buat kalau saham yang kita beli sebelum ini patuh Syariah, tapi bukan lagi patuh Syariah?

1. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Melebihi Pelaburan Pokok

2. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Kurang Daripada Pelaburan Pokok

Macam Mana Nak Kenal Saham Patuh Syariah?

Baca dulu: Tutorial Buka Akaun Online Dengan Webull, Dapat Antara Caj Terendah Di Pasaran

Selain daripada merujuk di laman web Suruhanjaya Sekuriti, kita juga boleh tengok di trading platform dan akan ada simbol yang membezakannya dengan saham-saham syarikat yang tidak patuh syariah.

Contohnya ada simbol ‘[S]’ atau simbol bulat kecil [°] di sebelah nama saham.

Sumber rujukan: Suruhanjaya Sekuriti